Wednesday, 29 April 2015

"Money Boy"

  “Kami ada menawarkan khidmat sex ataupun rumah urut”. Selepas mendengar perkataan tersebut, secara automatik kita akan mengaitkan wanita dengan perlakuan tersebut. Namun, apakah yang bermain di fikiran anda sekiranya lelaki yang menawarkan perkhidmatan tersebut? Pernahkah anda mendengar istilah jantan upahan atau lebih dikenali “Money Boy”?

  Money Boy adalah lelaki yang menawarkan khidmat kepada pelanggan lelaki dan wanita. Golongan ini berbekalkan wajah ‘jambu’ selain bertubuh maskulin mirip ‘Abang Sado’, segelintir lelaki muda dikesan bergiat aktif meraih pendapat puluhan ribu ringgit sebulan dengan menawarkan khidmat sebagai teman lelaki upahan atau ‘Money Boy’ sehingga membawa ke hubungan ranjang (Metro Ahad, 2015).


  Money Boy, menawarkan layanan istimewa kepada kaum sejenis dan juga wanita dengan merangkumi sesi urutan dan seks dalam tempoh tertentu. Selain itu, golongan ini juga turut berfungsi sebagai ‘escort male’ atau lelaki pengiring kerana bersedia diupah menjadi peneman untuk membeli-belah atau bercuti di luar negara menerusi bayaran bernilai ribuan ringgit. Mereka biasanya mengenakan caj bermula antara RM200 hingga RM3,000 bagi sesi sejam sehingga seminggu (Iskandar Shah, Siraj & Mohamad Hanafis, 2015).

  Aktiviti ini membabitkan penuntut Universiti Awam serta Kolej. Namun, selain penuntut, golongan kakitangan swasta dan profesional yang berusia dalam lingkungan 20 an turut menyertai aktiviti ini. Saya tertanya-tanya apakah yang ingin dikejar dan dicapai sedangkan golongan ini telah bekerja dan mempunyai gaji?

  Untuk pengetahuan anda, golongan ‘Money Boy’ kini semakin berani mengiklankan diri melalui laman sosial dengan menunjukkan wajah dan tubuh yang seksi sehingga sanggup berbogel serta hanya berseluar dalam semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan. Malah ada yang membuat iklan di internet dengan memaparkan nombor telefon untuk berkomunikasi dengan lebih lanjut.

 Tetapi, adakah golongan ini patut dipersalahkan atau di sisihkan? Adakah desakan hidup menyebabkan mereka mengambil jalan singkat untuk menjana pendapatan yang lumayan? Apakah mereka tidak layak untuk berubah atau diberi peluang untuk memperbaiki diri? Tidakkah mereka takut akan dosa? Walaupun mereka tahu bahawa hubungan tersebut mempunyai kesan buruk, namun, mereka tetap melakkan aktiviti tersebut. Ada sesetengahnya mempunyai niat untuk berhenti dan bertaubat daripada melakukan aktiviti ini. 

  Namun, menurut Utusan Online 2013, apabila ditanya, tidak mahukah berubah ke arah yang lebih baik , Zack terdiam sebentar selaku berfikir sebelum berkata, "siapa yang tidak mahu berubah, saya pun tidak mahu selama-lamanya hidup bergelumang dalam dosa seperti ini tetapi masyarakat mahukah menerima keadaan kami. "Masyarakat selalu memandang kami hina, tetapi tidak mahu pula membantu kami pulang ke pangkal jalan malah menuduh kami yang bukan-bukan sedangkan kehidupan saya ini berpunca daripada sikap orang tua yang menyakiti saya sehingga menimbulkan dendam dalam diri,".


  Tetapi timbul persoalan dalam minda saya, adakah wujudnya peluang mereka untuk berubah walaupun menerima segala kutukan dan cacian? Adakah masyarakat sudi menerima golongan ini dan membimbing mereka kearah kebaikan? Adakah masyarakat yang harus dipersalahkan?


Monday, 13 April 2015

Media Baru dan Identiti

Apa yang berlaku apabila semakin banyak hubungan yang dicipta dan dijalinkan melalui media baru? Adakah ia akan mengganggu hubungan yang terdahulunya dicipta apabila bertemu dan bukannya di atas talian? Di dalam entri ini akan membincangkan bagaimana media baru memainkan peranan dalam membentuk identity baru seseorang itu apabila menjalinkan hubungan di atas talian. Dapat dilihat terdapat perubahan identity sesorang itu apabila dia menggunakan media sosial. Tidak dapat dinafikan lagi bahwa ianya benar terjadi dan pengguna media sosial lebih gemar dan selesa dengan membentuk identiti yang lain di atas talian.


Sebagai contoh, apabila seseorang itu mula menggunakan aplikasi Facebook, dia akan menggunakan nama sebenar ataupun mencipta satu nama lain. Ini menunjukkan identiti di mana nama merupakan sebahagian daripada diri kita. Nama juga menunjukkan siapa kita dan bagaimana seseorang itu berdasrkan nama yang dibawa oleh mereka. Kebanyakan pengguna media sosial selesa dengan menggunakan nama yang berbeza dari nama sebenar mereka kerana merea merasakan dengan nama yang lain mereka tidak perlu untuk berkelakuan seperti biasa malah mereka boleh berkelakuan mengikut identiti baru mereka. Ini akan membolehkan mereka untuk tidak tersekat dengan norma-norma yang mereka perlu patuh di dunia sebenarnya. Ini juga kerana dengan identiti yang baru, mereka bebas menjadi orang berbeza untuk menjalinkan hubungan yang berbeza daripada kebiasaannya.



Terdapat juga pengguna media sosial yang mempunyai lebih daripada satu identiti di atas talian. Ini adalah membolehkan mereka untuk meluahkan pendapat yang berbeza mnegikut kesesuaian identiti yang dicipta. Setiap identiti yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza dan semuanya mewakili sifat sebenarnya pencipta identiti tersebut. Penciptaan identiti-identiti ini membolehkan pengguna media sosial ini berinteraksi dengan pengguna lain tanpa perlu takut pendapat mereka disangkal. Identiti yang berbeza juga melahirkan keyboard warrior, di mana mereka yang kebiasaannya tidak berani menghadapi dunia luar melalui percakapan tetapi berbeza apabila di belakang papan kekunci. Mereka ini lebih berani melontarkan pendapat di atas talian dan berbeza di luar talian. Mereka mencipta identiti di mana mereka lebih berkuasa dan berani jika dibandingkan di dunia sebenar. Persoalannya, adakah dengan adanya kepelbagaian identiti di atas talian yang berbeza dengan kehidupan sebenar memberi kesan terhadap identiti sebenar mereka?


Sunday, 12 April 2015

Kesan Dunia Kedua

Dalam mencari kehidupan sebagai seorang manusia yang mempunyai kehidupan normal. Kadang kala kita terlepas pandang terhadap beberapa perkara yang tidak ramai manusia mengetahui. Adakalanya separuh manusia terlupa bahawa ada kehidupan di dalam dunia yang kedua, sama ada kehidupan yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat. Mana mungkin manusia akan dapat melihat dunia yang tidak nyata seperti alam bukan dunia yang didiami oleh makhluk halus.

Namun entri pada blog yang saya ingin ceritakan bukan berkaitan dengan dunia ghaib, tetapi sebaliknya saya ingin menceritakan tentang kehidupan dunia kedua yang nyata dan sememangnya wujud. Antaranya ialah dunia permainan sosial atau game. Game merupakan dunia ilusinasi manusia untuk bermain dengan dunia yang tidak nyata, tetapi video game juga memberi kesan terhadap kehidupan manusia. 

Dunia kedua video game menjadi satu daripada dunia untuk manusia menghabiskan masa dengan permainan yang mengasyikkan. Manusia akan menjadi lupa bahawa dunia mereka seolah-olah berada di dunia khayalan. Namun ianya memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan manusia. Antara yang pertama ialah manusia menjadi tidak sihat. Tidak sihat berdasarkan taraf kesihatannya. Manusia yang suka duduk dihadapan komputer dengan menghabiskan masa bermain video game. Mereka sanggup tidak makan, dan memakan makanan yang tidak sihat. Hal ini akan memudahkan seseorang itu mudah mendapat penyakit.

Yang kedua pula adalah menyebabkan seseorang itu tidak bersosial. Bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga, khayalan seperti itu dapat menghancurkan hubungan yang dibina. Terdapat beberapa pasangan yang telah dibina lebih kurang 20-30 tahun, tetapi mereka hanya bercakap hanya satu jam atau dua jam sahaja. Bagi pendapat saya sebagai seorang yang normal, cara seperti itu akan menjadikan mereka dalam kehidupan yang berada dibawah tekanan. Lebih teruk lagi apabila mereka sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, mereka akan berasa keruntuhan dalam keluraga itu membebankan kehidupan mereka. 

Bagi saya cukup hanya dua perkara yang jelas dimata manusia biasa akibat daripada dunia permainan video game. Namun adakalanya ianya akan membawa keburukan hanya terhadap diri sendiri dan diri orang lain. Bagi saya, ianya melibatkan keburukan dalam kehidupan biasa, tetapi tidak pasti bagi pendapat orang lain.


Sunday, 5 April 2015

Wartawan Warga " Story not told, Question not ask, power not challenge." Falsafah yang kian lenyap dalam dunia kewartawan moden.



Dunia kewartawanan masa kini sedang mengalami satu cabaran baru ekoran kepesatan teknologi maklumat. Kepekaan dan jumlah celik IT telah mewujudkan generasi baru yang lebih peka kepada isu semasa yang terjadi didalam negara tidak kira dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Seiring dengan kemajuan ini , dunia kewartawanan juga sedang menginjak pada satu fasa baru baru yakni wartawan warga yang memberi cabaran baru pada dunia kewartawan tradisional. Wartawan warga kian diberi perhatian oleh banyak pihak memandangkan laporan dan isu yang di kembangkan oleh wartawan warga tidak terikat dengan dasar editorial dan pembingkaian sebagaimana kewartawanan profesional. Isu dan perkara yang dibahasakan oleh wartawan adalah mengutamakan kebenaran (objective truth) dan mengetengahkan idea kebebasan bersuara  di kalangan rakyat Marhaen.

Kewartawanan warga ialah satu gelaran baru kepada pengamal kewartawanan yang terdiri daripada kelompok masyarakat yang bertindak melaporkan apa-apa kejadian kepada kelompok masyarakat yang lain. Mereka tidak terikat dengan operasi institusi media apatah lagi melalui proses penyuntingan.  Semua maklumat yang diperolehi boleh disampaikan secara terus kepada masyarakat melalui perantaraan media baru sama ada blog, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Di negara Barat, kewartawanan warga juga dikenali sebagai network journalism, citizen media, public journalism or participatory journalism (Moeller, 2009).


Sejarah kewujudan wartawan warga di barat mahupun di Malaysia adalah agak kabur. Namun dakwaan yang menyatakan bahawa blogging merupakan batu asas kepada kemunculan wartawan warga adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan (Chamil Wariya, 2012). Kegiatan blogging telah memberi peluang kepada masyarakat untuk berkongsi idea, pendapat, imej, video, maklumat, serta ruang bebas untuk berdebat dan berbincang tanpa sekatan gatekeeping oleh media tradisional.

Era politik Malaysia sedang mengalami perubahan  drastik ekoran pelbagai isu yang timbul dalam kancah politik negara. bermula dengan ekonomi seperti perlaksanaan GST, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan keperluan. Isu lain  termasuklah isu kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat serta tekanan dari pihak kerajaan yang menggunakan Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998  untuk menyekat rakyat untuk menimbulkan atau membangkitkan isu sensitif? Atau mencabar kredibiliti kepimpinan negara? Antara lain krisis skandal Datuk Seri Anuar Ibrahim berkaitan isu liwat telah mewujudkan kelompok yang mempunyai pandangan berbeza. Rentetan dari pelbagai isu yang menekan kehidupan rakyat ini telah mewujudkan pelbagai demontrasi yang dilaksanakan oleh rakyat dan biasanya dianjurkan oleh pihak pembangkang. Seperti perhimpunan Bersih 2.0, # Kita Lawan dan Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram.


Perhimpunan rakyat ini membuka 3 perspektif yang berbeza dalam penyampaian berita kepada rakyat. Pertama cara penyampaian maklumat oleh media yang berpihak oleh kerajaan yang memberi fokus atau pembingkaian (Framing) tentang aspek nagetif kepada rakyat ekoran perlaksanaan perhimpunan tersebut. Dari media pro pemangkang pula konsep penulisan adalah memberi fokus kepada tujuaan perlaksanaan demontrasi tersebut dan perjuangan dalam menyuarakan suara rakyat marhein. Dari sudut wartawan warga pula kepelbagaian penulisan dan pandangan dapat diperhatikan. Hal ini berdasarkan kecenderungan seserang penulis terhadap sesebuah isu.

Antara lain perkembangan wartawan warga juga turut melahirkan penulis-penulis yang mempunyai perspektif dan skop yang tersendiri dalam penulisan. Seperti yang dibincangkan sebelum ini konsep penulisan warga adalah laporan  yang mementingkan kebenaran dan kebebasan bersuara. Namun secara realitinya setiap wartawan warga juga mempunyai kecenderungan yang tersendiri dalam membahsakan sesebuah isu. Antara penulis blog yang menyerlah di Malaysia adalah Milo Suam, dan CHEDET. Namun walaupun kita melihat konsep wartawan warga adalah menyanjung tinggi nilai suara rakyat. Namun wartawan warga di Malaysia tidak terlepas dari dibelenggu deretan Akta yang memungkin mereka di kenakan tindakan seandainya isu yang di perdebatkan adalah bersifat memfitnah dan menyabarkan berita yang tidak sahih. Di Malaysia sendiri terdapat kes-kes saman mega keatas blogger yang menyaksikan mereka tersungkur kerana memegang prinsip kebebasan bersuara atau secara realistiknya tidak memahami konsep dan etika penulisan dalam bidang kewartawanan di Malaysia. Antara wartawan warga yang dikenakan tindakan adalah Papagomo (Wan Muhammad Azri) dan Mohamad Tasyiff Tajuddin.



Secara kesimpulannya setiap manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir dan deria mata untuk memerhati. Adalah tidak salah dalam meluahkan pendapat menerusi penulisan dan perkataan. Namun adalah lebih molek untuk kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk tidak menulis sesuatu yang memudaratkan diri sendiri pada kemudia hari. Setiap negara mempunyai pentadbir atau manusia yang memegang kuasa. Namun sebagai manusia yang terpelajar kita sendiri perlu bijak menilai konsep permainan kuasa yang diaplikasikan dinegara kita. Impak yang  sepatutnya  diberikan oleh setiap penulisan wartawan mestilah tidak lari daripada tujuan asal kewartawanan iaitu memerhati, mengumpul maklumat yang penting dan menyebarkannya kepada orang awam.

 Sebelum mengakhiri penulisan ini saya tertarik untuk memetik kata-kata dari Mahatma Gandhi.
“Power is of two kinds. One is obtained by the fear of punishment and the other by acts of love. Second is  Power based on love is a thousand times more effective and permanent than the one derived from fear of punishment.

  1. Adakah anda merasakan wartawan warga mempunyai potensi untuk membawa kebebasan media di negara ini?
  2. Adakah anda merasakan industri media tempatan negara seharusnya menaplikasikan konsep wartawan warga dalam laporan dan penulisan berita?
  3. Namun adakah semua maklumat yang dibekalkan oleh wartawan warga melalui media baru mempunyai kredibiliti yang boleh di percayai oleh oleh khalayak?
  4. Adakah anda merasakan wartawan warga merupakan satu ancaman kepada media tradisional di negara ini?
http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/m/mahatmagan395453.html
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_2_175-188.pdf
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/1399-wartawan-warga-cabaran-di-sebalik-kebebasan
http://www.centerforinternationalmediaassistance.org/wp-content/uploads/2015/01/CIMA-Media_Literacy_Citizen_Journalists-Report.pdf






Friday, 3 April 2015

Telefon Bimbit dan dunia masa kini

        Penggunaan telefon bimbit ataupun handphone semakin menjadi perkara biasa dalam hidup masyarakat setempat. Di Malaysia bagi mereka yang lahir sekitar 80-an pasti masih segar mengingati bagaimana perkembangan telekomunikasi berjalan. Bermula dengan telefon awam yang menggunakan duit syiling sehungga ke telefon pinta pada masa kini yang hanya memerlukan sekeping kad bagi mengaktifkannya. Sehingga kini masyarakat telah turut berevolusi sama dengan fungsi telefon pintar, jika dahulu, hanya orang tertentu sahaja yang menggunakan telefon bimbit, kini sesiapa sahaja boleh memilikinya. Telefon pintar telah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang. Satu gajed berbagai fungsi dan tujuan. 
Telephone pertama yang menggunakan frekuensi radio
       Telefon Bimbit telah di cipta buat pertama kalinya dengan menggunakan frekuensi radio telah di perkenalkan oleh  Martin Cooper pada tahun 1973, telefon pertama yang di cipta oleh beliau di kenali sebagai "Brick" oleh kerana bentuknya yang seakan-akan batu bata. Bermula dari situ, telefon pintar mula berkembang dengan pelbagai fungsi yang di perbaharui.  sehinggalah aplikasi android di perkenalkan pada tahun 2003 oleh  Andy Rubin, Rich Miner,  Nich Sears, dan Chris While mendirikan Android Incorporation

di Palo Alto, California, pada Oktober 2003. Pada abad yang ke- 21 ini, masyarakat seantero dunia telah di sajikan dengan variasi teknologi yang cangih tidak terkecuali juga  telefon pintar yang kini telah di pasarkan bukan sahaja dalam bentuk yang perbagai malah variasinya telah di perluas lagi melalui kepelbagaian bentuk, warna, fungsi dan juga saiz.
        Sebuah blog yang bertajuk Berita Teknologi telah memaparkan berita di mana  sebuah syarikat di Jepun yang bernama Willcom telah menghasilkan  telefon bimbit Phone Strap 2 WX06A yang  dikatakan adalah telefon paling kecil dan paling ringan di dunia dengan ukuran 
lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter dengan berat 32 gram sahaja. Namun, telefon ini bukan sejenis smartphone tetapi lebih kepada featurephone kerana fungsinya yang hanya untuk berhubung dan bermasej sahaja. Bateri telefon ini mampu bertahan selama dua jam perbualan dan 12 hari jika berada dalam mode stand by. dalam satu kajian yang di jalankan oleh comScore dan telah di pamerkan dalam penilaian pasarannya pada bulan Februari 2014 mendapati bahawa gajed yang paling popular masa kini adalah smartphone.
Phine Strap 2 WX06A


   
 gadjed yang paling popular
  
  Setelah melalui evolusi, telefon pintar telah menjadi kegilaan dan menjadi salah satu simbol gaya hidup. Setiap orang di klasifikasikan mengikut jenis telefon bimbit yang digunakan serta jenama yang digunakan.
   Persoalannya, adakah pengenalan smarphone atapun telefon pintar ini membawa kebaikan atau kebukukan?, adakah kemunculan variasi smartphone ini  membawa kita melangkah kehadapan ataupun membawa kita menyingkap semula sejarah kemunculan telefon bimbit?.