Sunday, 5 April 2015

Wartawan Warga " Story not told, Question not ask, power not challenge." Falsafah yang kian lenyap dalam dunia kewartawan moden.



Dunia kewartawanan masa kini sedang mengalami satu cabaran baru ekoran kepesatan teknologi maklumat. Kepekaan dan jumlah celik IT telah mewujudkan generasi baru yang lebih peka kepada isu semasa yang terjadi didalam negara tidak kira dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Seiring dengan kemajuan ini , dunia kewartawanan juga sedang menginjak pada satu fasa baru baru yakni wartawan warga yang memberi cabaran baru pada dunia kewartawan tradisional. Wartawan warga kian diberi perhatian oleh banyak pihak memandangkan laporan dan isu yang di kembangkan oleh wartawan warga tidak terikat dengan dasar editorial dan pembingkaian sebagaimana kewartawanan profesional. Isu dan perkara yang dibahasakan oleh wartawan adalah mengutamakan kebenaran (objective truth) dan mengetengahkan idea kebebasan bersuara  di kalangan rakyat Marhaen.

Kewartawanan warga ialah satu gelaran baru kepada pengamal kewartawanan yang terdiri daripada kelompok masyarakat yang bertindak melaporkan apa-apa kejadian kepada kelompok masyarakat yang lain. Mereka tidak terikat dengan operasi institusi media apatah lagi melalui proses penyuntingan.  Semua maklumat yang diperolehi boleh disampaikan secara terus kepada masyarakat melalui perantaraan media baru sama ada blog, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Di negara Barat, kewartawanan warga juga dikenali sebagai network journalism, citizen media, public journalism or participatory journalism (Moeller, 2009).


Sejarah kewujudan wartawan warga di barat mahupun di Malaysia adalah agak kabur. Namun dakwaan yang menyatakan bahawa blogging merupakan batu asas kepada kemunculan wartawan warga adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan (Chamil Wariya, 2012). Kegiatan blogging telah memberi peluang kepada masyarakat untuk berkongsi idea, pendapat, imej, video, maklumat, serta ruang bebas untuk berdebat dan berbincang tanpa sekatan gatekeeping oleh media tradisional.

Era politik Malaysia sedang mengalami perubahan  drastik ekoran pelbagai isu yang timbul dalam kancah politik negara. bermula dengan ekonomi seperti perlaksanaan GST, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan keperluan. Isu lain  termasuklah isu kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat serta tekanan dari pihak kerajaan yang menggunakan Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998  untuk menyekat rakyat untuk menimbulkan atau membangkitkan isu sensitif? Atau mencabar kredibiliti kepimpinan negara? Antara lain krisis skandal Datuk Seri Anuar Ibrahim berkaitan isu liwat telah mewujudkan kelompok yang mempunyai pandangan berbeza. Rentetan dari pelbagai isu yang menekan kehidupan rakyat ini telah mewujudkan pelbagai demontrasi yang dilaksanakan oleh rakyat dan biasanya dianjurkan oleh pihak pembangkang. Seperti perhimpunan Bersih 2.0, # Kita Lawan dan Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram.


Perhimpunan rakyat ini membuka 3 perspektif yang berbeza dalam penyampaian berita kepada rakyat. Pertama cara penyampaian maklumat oleh media yang berpihak oleh kerajaan yang memberi fokus atau pembingkaian (Framing) tentang aspek nagetif kepada rakyat ekoran perlaksanaan perhimpunan tersebut. Dari media pro pemangkang pula konsep penulisan adalah memberi fokus kepada tujuaan perlaksanaan demontrasi tersebut dan perjuangan dalam menyuarakan suara rakyat marhein. Dari sudut wartawan warga pula kepelbagaian penulisan dan pandangan dapat diperhatikan. Hal ini berdasarkan kecenderungan seserang penulis terhadap sesebuah isu.

Antara lain perkembangan wartawan warga juga turut melahirkan penulis-penulis yang mempunyai perspektif dan skop yang tersendiri dalam penulisan. Seperti yang dibincangkan sebelum ini konsep penulisan warga adalah laporan  yang mementingkan kebenaran dan kebebasan bersuara. Namun secara realitinya setiap wartawan warga juga mempunyai kecenderungan yang tersendiri dalam membahsakan sesebuah isu. Antara penulis blog yang menyerlah di Malaysia adalah Milo Suam, dan CHEDET. Namun walaupun kita melihat konsep wartawan warga adalah menyanjung tinggi nilai suara rakyat. Namun wartawan warga di Malaysia tidak terlepas dari dibelenggu deretan Akta yang memungkin mereka di kenakan tindakan seandainya isu yang di perdebatkan adalah bersifat memfitnah dan menyabarkan berita yang tidak sahih. Di Malaysia sendiri terdapat kes-kes saman mega keatas blogger yang menyaksikan mereka tersungkur kerana memegang prinsip kebebasan bersuara atau secara realistiknya tidak memahami konsep dan etika penulisan dalam bidang kewartawanan di Malaysia. Antara wartawan warga yang dikenakan tindakan adalah Papagomo (Wan Muhammad Azri) dan Mohamad Tasyiff Tajuddin.



Secara kesimpulannya setiap manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir dan deria mata untuk memerhati. Adalah tidak salah dalam meluahkan pendapat menerusi penulisan dan perkataan. Namun adalah lebih molek untuk kita sebagai manusia yang dikurniakan akal untuk tidak menulis sesuatu yang memudaratkan diri sendiri pada kemudia hari. Setiap negara mempunyai pentadbir atau manusia yang memegang kuasa. Namun sebagai manusia yang terpelajar kita sendiri perlu bijak menilai konsep permainan kuasa yang diaplikasikan dinegara kita. Impak yang  sepatutnya  diberikan oleh setiap penulisan wartawan mestilah tidak lari daripada tujuan asal kewartawanan iaitu memerhati, mengumpul maklumat yang penting dan menyebarkannya kepada orang awam.

 Sebelum mengakhiri penulisan ini saya tertarik untuk memetik kata-kata dari Mahatma Gandhi.
“Power is of two kinds. One is obtained by the fear of punishment and the other by acts of love. Second is  Power based on love is a thousand times more effective and permanent than the one derived from fear of punishment.

  1. Adakah anda merasakan wartawan warga mempunyai potensi untuk membawa kebebasan media di negara ini?
  2. Adakah anda merasakan industri media tempatan negara seharusnya menaplikasikan konsep wartawan warga dalam laporan dan penulisan berita?
  3. Namun adakah semua maklumat yang dibekalkan oleh wartawan warga melalui media baru mempunyai kredibiliti yang boleh di percayai oleh oleh khalayak?
  4. Adakah anda merasakan wartawan warga merupakan satu ancaman kepada media tradisional di negara ini?
http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/m/mahatmagan395453.html
http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2013/V29_2_175-188.pdf
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/1399-wartawan-warga-cabaran-di-sebalik-kebebasan
http://www.centerforinternationalmediaassistance.org/wp-content/uploads/2015/01/CIMA-Media_Literacy_Citizen_Journalists-Report.pdf






10 comments:


  1. Pada pendapat saya, wartawan warga sememangnya telah menyumbang ke arah kebebasan untuk bersuara. Namun demikian, hak kebebasan untuk bersuara adalah sukar untuk dicapai oleh wartawan warga disebabkan oleh pelbagai akta yang telah diwujudkan oleh kerajaan untuk menyekat aktiviti-aktiviti penyebaran maklumat kepada orang ramai.
    Selain itu, saya berasa industri media tempatan negara tidak harus mengaplikasikan konsep wartawan warga dalam laporan dan penulisan berita. Hal ini demikian kerana penulisan wartawan warga adalah lebih bersifat pendapat. Terdapat juga sesetengah penulisan wartawan warga yang bersifat ekstrem dan kebanyakannya adalah kritikan secara terbuka. Pada pendapat saya, gaya penulisan sedemikian akan menyebabkan perbalahan antara pihak-pihak tertentu.
    Tambahan pula, sesetengah maklumat yang dibekalkan oleh wartawan warga melalui media baru adalah kurang dari segi kredibiliti. Kadang kala, maklumat yang disebarkan adalah tidak benar.
    Akhir kata, masyarakat sekarang lebih terbuka kepada berita yang disampaikan oleh wartawan warga berbanding dengan media tradisional, namun hal ini tidak bermakna ia merupakan suatu ancaman kepada media tradisional. Masyarakat kini hanya ingin menggunakan media baru untuk menambah pengetahuan mereka terhadap sesuatu isu melalui pelbagai perspektif yang berbeza.

    ReplyDelete
  2. Industri wartawan warga telah berkembang seiring dengan perkembangan teknologi, kehadiran blog dan juga berita online memberi lebih ruang kepada wartawan warga bagi melaporkan berita-barita dan juga isu semasa berdasarkan pedapat dan juga maklumat-maklumat yang di kumpulkan. Secara jujurnya saya merasakan bahawa kemunculan golongan wartawan warga bukan sebagai sesuatu yang baik secara keseluruhannya. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas,kebanyakkan wartawan warga lebih menjurus menulis berita berdasarkan ideologi yang dibawa oleh mereka menjadikan wartawan warga golongan yang tidak boleh dipercayai seratus peratus. Namun bagi saya kemunculan golongan ini merupakan satu bentuk cabaran terhadap industri kewartawanan negara kerana mereka turut bersaing bagi memberikan maklumat secara tepat. Pada saya setiap golongan wartawan masing-masing memaparkan kebenaran tetapi seringkali menyelitkan ideologi mereka seperti ideologi politik, dan sebagainya. Namun walaupun dengan munculnya golongan wartawan warga, kerajaan kelihatannya semakin memperketatkan aplikasi undang-undang seperti akta hasutan, akta fitnah dan sebagainya sebagai sebuah alat untuk mengawal haluan wartawan warga agar maklumat sulit dan rasmi serta rahsia dan apa-apa bentuk maklumat yang boleh mengancam kedudukan kerajaan tersebar. Jika hal ini berterusan mimpi pengamal media untuk mewujudkan kebebasan bersuara dan juga kebebasan akhbar dapat di perjuangkan namun, angan-angan masih lagi diteruskan sehingga kini.

    ReplyDelete
  3. Sememangnya setiap cerita ada dua belah pihak. Ini dapat dilihat dengan adanya wartawan media utama dan wartawan warga. Setelah sekian lam kita disuapkan cerita hanya dari sebelah pihak, wartawan warga membuka ruang untuk rakyat melihat cerita di sebelah pihak yang tidak pernah ditunjukkan. Ini sebenarnya membantu meningkatkan industri wartawan kita di mana dengan adanya wartawan warga, wartawan yang sedia ada tercabar dengan isu yang ditimbulkan oleh wartawan warga. Ini akan mewujudkan persaingan untuk menulis artikel berdasarkan isu yang lebih berkualiti dan tidak hanya berat sebelah. Tetapi seperti mana mana perkara, wartawan warga juga mempunyai keburukan di mana, cerita yang dipaparkan mungkin tidak benar dan mungkin telah dimanipulasi dan wartawan warga semakin kurang dipercayai kerana kekurangan kesahihan berita yang dikeluarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada beberapa soalan yang hendak di ajukan. Walaupun saya tau entri ini bukan cik yang punya, tetapi mengikut kaedah penerangan yang dibuat. Saya gemar untuk berkongis pendapat dan persoalan.
      Antaranya ialah adakah masa depan wartawan akan bergantung pada golongan politik sahaja? Ini kerana rata rata wartawan kini bekerja u tuk parti dalam politik. Misalnya seperti berita harian, tidak kelihatan suara dari pembangkang di dalam halaman tersebut berbanding suara kerajaan yang hanya menyalahkan pembangkang. Jadi disini saya ingin mempersoalkan, sekiranya wartawan kini sudah mula bias . Adakah perlu negara malaysia mewujudkan majlis media bagi perkara ini. Yang kedua apakah nasib wartawan sekiranya mereka membuat liputan berkaitan dengan pembangkang dan kebaikannya terus dipost di surat khabar. Sekian

      Delete
    2. Saya tidak merasakan bahawa wartawan hanya kepada golongan politik sahaja kerana pada saya wartawan adalah golongan yang menulis tentang apa yang rakyat mahukan. Dan seperti yang dilihat rakyat di Malaysia terlalu taksub dengan politik menjadikan wartawan lebih fokus terhadap isu politik. Saya juga berpendapat bahawa Majlis Media harus ditubuhkan tetapi dengan syarat pihak kerajaan atau pihak yang ada kepentingan tidak boleh masuk campur dan membiarkan pengamal media menjalankan tanggungjawab mereka sebagai watchdog. Sememangnya jika pihak wartawan membuat liputan mengenai kebaikan pihak pembangkang dan dia bekerja di syarikat yang dinaungi pemimpin parti kerajaan, wartawan itu akan dikenakan tindakan kerana dia tertakluk kepada majikan kerana itulah saya katakan tadi Majlis Media perlu diwujudkan tanpa campur tangan politik.

      Delete
  4. Seiring dengan kewujudan media baru yang menjadi antara wadah baharu untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat, telah mewujudkan wartawan warga. Wartawan warga ini merupakan gelaran untuk golongan pengamal kewartawanan daripada golongan kelompok masyarakat biasa. Kewujudan wartawan warga ini telah memberikan tekanan serta cabaran kepada wartawan yang telah sedia ada. Menerusi wartawan warga sebenarnya telah membuka sedikit sebanyak ruang untuk masyarakat bersuara serta menyampaikan kebenaran yang berlaku di sekeliling mereka. Hal ini berikutan dengan realiti wartawan warga ini yang tidak terikat dengan sebarang peraturan institusi media yang menyebabkan mereka berani untuk menyampaikan berita tanpa mengendahkan perkara sensitif dan hanya ingin menyampaikan kebenaran sahaja.
    Meskipun pada pendapat saya, wartawan warga ini menyumbang kepada kebebasan untuk bersuara serta menyampaikan ketelusan serta kebenaran sesuatu perkara, namun tidak semua maklumat yang disampaikan oleh kelompok ini mempunyai kreadibiliti kebenaran yang hakiki. Hal ini adalah dipengaruhi oleh keadaan sesetengah individu yang hanya melihat sesuatu kejadian tersebut dengan mata kasar sahaja tanpa meneliti dengan lebih mendalam perihal berlakunya kejadian tersebut. Bukan itu sahaja, kredibiliti maklumat tersebut masih diragu-ragukan kerana wartawan warga ini menulis sesuatu maklumat mahupun berita tersebut didorong dengan emosi mereka berkaitan dengan sesuatu isu tersebut yang mampu membuatkan maklumat atau berita tersebut terpesong daripada kenyataan sebenarnya.
    Bagi pandangan saya juga, untuk menerapkan budaya dan etika yang dipraktikkan oleh wartawan warga ini dalam laporan serta penulisan berita oleh industri media tempatan negara adalah tidak bersesuaian. Ini berikutan dengan, negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk serta kepentingan keamanan negara kita. Jika etika dan budaya wartawan warga tersebut dipraktikkan dalam industri media tempatan negara mampu membuatkan negara menjadi huru-hara kerana isu sensitif negara mudah dibahaskan dan diperbualkan secara terbuka yang akan menimbulkan perasaan amarah serta tidak puas hati daripada pihak-pihak tertentu.

    ReplyDelete
  5. Dunia kewartwanan moden masa kini menjanjikan kepelbagaian maklumat dan informasi kepada rakyat. Perbahasan sesuatu isu pada zaman dahulu hanya bersifat satu hala. Namun kemajuan internet dan aplikasi dalam talian memungkinkan kepelbagaian berita dapat dinikmati dan di nilai olehph setiap warga MALAYSIA. Kepesatan teknologi bukan hanya memberi ruang kepada rakyat mendapat berita yang pelbagai. Antara lain memberi wadah dan wacana baru kepada rakyat yang terdiri dari pelbagai latar belakang untuk turut sama memberi pendapat dan menulis berkenaan isu polotik, sosial dan ekonomi. Maka wujudlah wartawan warga yang menulis menerusi blog dan facebook. Pada pandangan saya kelansungan pergerakan wartawan warga di malaysia menunjukkan kematangan kita sebagai penduduk yang menetap di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Pada saya Pemikiran rakyat Malaysia kini sedang mengalami satu revolusi kearah demokrasi yang matang. Saya beranggapan demikian kerana kepekaan rakyat dalam menyuarakan pendapat dan pendirian mereka berkenaan sesuatu isu.
    Wartawan warga pada saya telah memberi nafas baru pada tahap kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat. Persepsi saya ini adalah berdasarkan kedudukan saya sebagai salah seorang rakyat malaysia yang sedikit sebanyak terdedah kepada kemajuan teknologi internet. Namun iklim berbeza dapat saya perhatikan dengan dasar dan polisi pemerintah. Secara jujurnya pada pemerhatian saya pihak yang mentadbir masih melihat malaysia kedudukan negara sebagai masih belum cukup matang. Mugkin dalam aspek arus kebebasan bersuara dan cara berfikir serta bertindak. Hal ini memandangkan negara kita terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Namun lewat kebelakangan ini isu ekonomi melatari senario politik di Malaysia .
    Perbahasan tentang isu GST rancak di dendangkan oleh mereka yang berbeza ideologi. Rakyat marhein yang secara tidak lansung menjadi wartawan warga juga tidak ketinggalan membahaskan isu ini mengikut tunjang pemahaman dan kecenderungan masing masing. Jika diteliti isu yang dibahaskan oleh pelbagai pihak ini mencerminkan tahap pemikiran dan kematangan berfikir sesebuah rakyat. Pada saya tiada kerajaan yang pemerintah yang sempurna , namun pemerintah yang baik adalah pemerintah yang mampu mengurangkan beban di pundak rakyat. Penelitian suara rakyat yang kebanyakannya terdiri daripada wartawan warga ini wajar diteliti oleh pihak pemerintah. Secara kesimpulannya kekayaan sebenar sesuah negara itu bukan terletak pada bagunan yang tinggi atau darjat dimata dunia tetapi kelapangan hidup rakyat keseluruhan. Sekian.

    ReplyDelete
  6. Seiring dengan kemajuan teknologi, wujudnya media baru seperti blog, Facebook dan sebagainya telah yang memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan menyebarkan maklumat. Hal ini telah mewujudkan persaingan dan menimbulkan tekanan kepada wartawan sedia ada dan pihak politik.
    Namun pada pendapat saya, walaupun wartawan warga berpeluang untuk menulis dan menyuarakan pendapat, namun, mereka tetap tidak mempunyai potensi untuk membawa kebebasan media di negara ini. Sya berpendapat demikian kerana negara Malaysia mempunyai banyak akta dan polisi untuk menghalang kebebasan media. Contohnya Akta Hasutan. Terdapat beberapa wartawan warga telah ditangkap dibawah Akta ini. dengan penahanan beberapa wartawan warga di bawah Akta Hasutan, timbul persoalan di minda saya dimanakan kebebasan bersuara untuk rakyat? Adakah rakyat tiada hak untuk mengetahui perkara sebenar dalam dunia politik?
    Sememangnya wartawan warga akan menulis sesuatu berita yang tidak ditulis oleh wartawan sebenar. Malah wartawan warga sering mengkritik sesuatu isu yang melibatkan parti politik. Namun, adakah maklumat yang disebarkan mempunyai kredibiliti dan sahih? Hal ini akan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Malah hal ini akan menyebabkan berlakunya perbalahan.
    Walau bagaimanapun, wartawan warga bukan merupakan satu ancaman kepada media tradisional. Hal ini kerana, masyarakat menggunakan media baru untuk mencari maklumat dari perspektif yang berbeza untuk membuat sesuatu kesimpulan berkenaan sesuatu isu yang mengelirukan.

    ReplyDelete
  7. Konsep penulisan wartawan warga diperakui tidak mengikut landasan yang sepertimana etika kewartawanan profesional. Namun konsep penulisan warga pada persepsi saya adalah terjemahan sebenar realiti kehidupan masyarakat marhein. Lebih-lebih lagi dalam aspek sosial dan ekonomi. Penulisan wartawanan warga pada pandangan saya adalah pada pandangan saya adalah dairi peribadi sebahagian besar luahan rintih perit kehidupan mereka yang tidak berkuasa dalam aspek ekonomi dan politik dan sosial. Bila persolan adakah rakyat tiada hak mengetahui perkara sebenar dalam dunia politik? Dimana kebebasan bersuara rakyat? Jawapan yang dapat saya umpamakan di sini adalah "kuasa politik yang dimenangkan ,negara dan rakyat digadaikan". Cerminan pada pandangan saya dalam menilai iklim politik negara kini adalah seperti kata-kata diatas.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, wartawan warga sememangnya berjuang ke arah kebebasan bersuara namun seperti yang saudari Hong katakan, kewujudan pelbagai akta di negara kita menyebabkan perjuangan mereka ke arah kebebasan bersuara disekat.
    Selain itu, saya berasa industri media tempatan negara tidak harus mengaplikasikan konsep wartawan warga dalam laporan dan penulisan berita. Hal ini adalah kerana berita yang mereka sampaikan kadang-kadang tidak betul dan kebanyakan berita yang mereka keluarkan hanyalah bersifat pendapat mereka sendiri sahaja tanpa disokong oleh mana-mana pihak malah apa yang mereka tulis juga kadang-kadang terlalu melampau dan boleh mewujudkan pergaduhan.

    ReplyDelete