Apa
yang berlaku apabila semakin banyak hubungan yang dicipta dan dijalinkan
melalui media baru? Adakah ia akan mengganggu hubungan yang terdahulunya
dicipta apabila bertemu dan bukannya di atas talian? Di dalam entri ini akan
membincangkan bagaimana media baru memainkan peranan dalam membentuk identity baru
seseorang itu apabila menjalinkan hubungan di atas talian. Dapat dilihat
terdapat perubahan identity sesorang itu apabila dia menggunakan media sosial. Tidak
dapat dinafikan lagi bahwa ianya benar terjadi dan pengguna media sosial lebih
gemar dan selesa dengan membentuk identiti yang lain di atas talian.
Sebagai
contoh, apabila seseorang itu mula menggunakan aplikasi Facebook, dia akan
menggunakan nama sebenar ataupun mencipta satu nama lain. Ini menunjukkan identiti
di mana nama merupakan sebahagian daripada diri kita. Nama juga menunjukkan
siapa kita dan bagaimana seseorang itu berdasrkan nama yang dibawa oleh mereka.
Kebanyakan pengguna media sosial selesa dengan menggunakan nama yang berbeza
dari nama sebenar mereka kerana merea merasakan dengan nama yang lain mereka
tidak perlu untuk berkelakuan seperti biasa malah mereka boleh berkelakuan
mengikut identiti baru mereka. Ini akan membolehkan mereka untuk tidak tersekat
dengan norma-norma yang mereka perlu patuh di dunia sebenarnya. Ini juga kerana
dengan identiti yang baru, mereka bebas menjadi orang berbeza untuk menjalinkan
hubungan yang berbeza daripada kebiasaannya.
Terdapat
juga pengguna media sosial yang mempunyai lebih daripada satu identiti di atas
talian. Ini adalah membolehkan mereka untuk meluahkan pendapat yang berbeza
mnegikut kesesuaian identiti yang dicipta. Setiap identiti yang berbeza
mempunyai sifat yang berbeza dan semuanya mewakili sifat sebenarnya pencipta
identiti tersebut. Penciptaan identiti-identiti ini membolehkan pengguna media
sosial ini berinteraksi dengan pengguna lain tanpa perlu takut pendapat mereka
disangkal. Identiti yang berbeza juga melahirkan keyboard warrior, di
mana mereka yang kebiasaannya tidak berani menghadapi dunia luar melalui
percakapan tetapi berbeza apabila di belakang papan kekunci. Mereka ini lebih
berani melontarkan pendapat di atas talian dan berbeza di luar talian. Mereka mencipta
identiti di mana mereka lebih berkuasa dan berani jika dibandingkan di dunia
sebenar. Persoalannya, adakah dengan adanya kepelbagaian identiti di atas
talian yang berbeza dengan kehidupan sebenar memberi kesan terhadap identiti
sebenar mereka?
Kewujudan media baru hakikatnya memang telah memberi impak terhadap identiti seseorang individu. Individu tersebut mampu berubah mengikut apa yang telah individu tersebut postkan pada laman sosial milik mereka seperti Twitter, Facebook dan sebagainya. Menerusi media baru, manusia mampu meluahkan perasaan yang terpendam dan hal ini menjadikan identiti mereka sangat berbeza pada realitinya. Jika realitinya mereka seorang pendiam, namun menerusi media baru ini menjadikan mereka seorang yang lantang bersuara dan menyatakan pandangan dan perasaan mereka. Sedikit sebanyak perubahan identiti menerusi media baru ini sebenarnya mempengaruhi identiti sebenar mereka pada realitinya. Jika dimanfaatkan sebaiknya media baharu ini akan membentuk identiti yang baik kepada individu tersebut. Sekaligus akan membantu memberi manfaat kepada individu ini dalam kehidupan sehariannya.
ReplyDeletePenggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah membuka satu peluang baru untuk masyarakat mengekpresikan perasaan serta membolehkan masyarakat mendedahkan diri mereka terhadap orang lain tanpa rasa ragu-ragu, namun kadang kala, terdapat sesetengah pihak yang menyalahgunakan kemudahan seperti itu untuk memerangkap dan memanipulasi masyarakat. Bukan sahaja berbahaya untuk kelamatan diri dan juga masyarkat malah boleh memudaratkan keselamatan negara juga. Keluasan rangkaian telah memberikan kepelbagaian identiti kepada penggunanya sehingga menyebabkan berlakunya kecurian identiti, serta kekeliruan identiti. Pengunaan identiti yang terlalu banyak menjadikan pengguna sentiasa berkeadaan cemas apatah lagi jika penggunaan nama-nama yang paling dan lebih kepada sifat seseorang ataupun nama yang terlalu umum seperti "budak baik" dan juga "anje comel". Dengan penggunaan nama seperti ini mampu menimbulkan perasaan ragu-ragu kerana identiti pemilik akaun tersebut tidak jelas dan sentiasa menimbulkan tanda tanya.
ReplyDeleteSaya setuju dengan kenyataan saudari di mana apabila nama yang dijadikan sebagai identiti ditukar dengan nama samaran yang tiada kaitan dengan nama mereka. Ini akan menyebabkan kesukaran orang mereka kenali untuk mengecam mereka dan akan mengakibatkan kekeliruan kepada orang yang mengenali mereka ini.
DeleteKewujudan teknologi baru seperti facebook, twitter dan sebagainya telah memberi peluang kepada individu untuk mempamerkan siapa diri mereka yang sebenarnya. Namun, kewujudan identiti baru dengan menggunakan akaun yang lain juga merupakan perkara yang menjadi perhatian. Saya mempunyai pengalaman yang tersendiri menggunakan lebih daripada satu identiti di mana wujudnya kekeliruan di kalangan rakan saya. Hal ini kerana saya menukar identiti diri saya. Di akaun satu saya menjadi diri saya yang sebenar manakala di akaun yang satu pula saya menyamar menjadi orang lain. Hal ini adalah kerana saya membenci seseorang menyebabkan saya menggunakan akaun lain untuk memaki orang tersebut. Saya bersetuju dengan pendapat saudari Shihah, iaitu kebanyakan orang menggunakan media baru ini adalah untuk meluahkan perasaan sama ada rasa tidak puas hati atau sebaliknya.
ReplyDeleteKewujudan media baru memberikan kebaikan kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna boleh bertukar pendapat dan melalui media baru juga pengguna boleh mengeratkan hubungan walaupun berada jauh nun disana.
ReplyDeleteNamun, melalui media baru, pengguna boleh mencipta identiti baru kepada pemilik akaun. Seperti rakan-rakan katakan, pengguna menggunakan media baru untuk meluah atau melepaskan perasaan. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan identiti terhadap individu tesebut. Malah ada yang menyamar menjadi orang lain dan mencuri identiti untuk kepuasan diri sendiri. Oleh yang demikian, pengguna media baru hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan untuk keselamatan diri sendiri.
Pada pendapat saya, kepelbagaian identiti di atas talian yang berbeza dengan kehidupan sebenar tidak memberi kesan terhadap identiti sebenar mereka. Hal ini kerana, tidak mustahil bahawa akaun di media baru merupakan dunia kedua kepada pemilik akaun. Sebab itulah mereka menggunakan identiti yang baharu untuk meluahkan perasaan atau menjadi orang lain dari dunia realiti. Seperti yang saudara Sugim katakan, beliau menggunakan akaun dan identiti lain untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap orang yang tidak disukainya.
Saya berpendapat bahawa sosial media telah membuka pelaung dan menyediakan sebuah ruangan kepada pengguna-penggunanya untuk mewujudkan sesebuah identiti dalam sosial media tersebut. Namun demikian, identiti tersebut tidak semestinya identiti yang biasanya pengguna-pengguna tersebut tunjukkan dalam kehidupan sebenar.
ReplyDeleteHal ini dapat membantu pengguna-penggunanya seakan-akan menjalani kehidupan yang kedua dalam sosial media. Sehubungan dengan itu, pengguna-pengguna boleh menggunakan ruangan dalam sosial media untuk meluahkan perasaan atau emosinya di mana dalam kehidupan sebenarnya berkemungkinan luahan emosinya tidak dapat dilakukan.
Pada masa yang sama, identiti di sosial media merupakan salah satu cara pengguna-pengguna lain untuk membentuk impresi mereka terhadap seseorang pengguna. Hal ini berkemungkinan menyebabkan berlakunya tanggapan terhadap personaliti identiti dalam sosial media adalah sama dengan personaliti sebenar walaupun pada hakikatnya adalah berbeza.
Celik sosial media telah membina satu dunia baru dalam kehidupan manusia. Interaksi dan identiti manusia pada masa kini tidak lagi bersifat tradisonal .Namun identiti dan interaksi manusia kini berpecah pada banyak cabang. Terdapat individu yang mempunyai lebih dari satu akaun facebook. Kewujudan banyak akuan facebook ini kadangkala dipengaruhi oleh faktor kecenderungan politik dan sosial yang berbeza pada individu. Jika perkara berkaitan sosial individu yang curang pada pasangannya cenderung mempunyai lebih dari satu akaun facebook. Perkara ini terjadi kepada sahabat saya , teman lelaki mempunyai lebih dari satu akaun facebook untuk berfoya-foya dengan wanita lain. Perhubungan mereka akhirnya retak kerana sikap lelaki tersebut yang membina lebih dari satu hubungan di dunia maya. Dalam aspek politik pula individu yang mempunyai lebih dari satu akaun biasanya terdiri daripada mereka yang di gelar keyboard warrior dengan mencipta akaun palsu. Mereka enngaan menonjolkan identiti diri ekoran komen dan ulasan mereka di media sosial yang kadangkala berusur sensetif dan mengkritik pemimpin politik. Namun tindakan membuat akaun yang banyak bukanlah langkah yang bijak memandangkan terdapat keyboard warrior yang dikenkan tindakan undang-undang.
ReplyDeleteKepesatan teknologi maklumat juga telah melahirkan individu yang mempunyai multiple identity, hal ini merupakan salah satu aspek dalam masalah personaliti dalam bidang psikologi. Individu sebegini cenderung menjadi manusia yang berbeza didunia maya.Sepertimana mereka yang berlagak alim dialam maya padahal dialam realiti mereka adalah individu yang berbeza.
Saya sebagai pemerhati sejak kewujudan media sosial ini, banyak didapati perkara perkara yang negatif dan juga positif, tetapi apa yang saya cuba kemukakan disini. Melalui pengalaman saya yang sering membuat urus niaga di laman sosial, kebanyakan mereka yang suka membuat kes kes penipuan adalah mereka yang mempunyai nama samaran atau nama kedua di dalam laman sosial. Apabila diminta membuat bayaran, akaun bank nama lain dan nama sebenar di dalam facebook lain. Jadi perkara seperti ini mewujudkan keraguan bagi mereka yang suka membuat urus niaga di laman niaga internet.
ReplyDeleteTetapi ada juga kebaikannya , antaranya ialah kita sebagi pengguna nama kedua tidak mudah di buli di laman sosial. Maksud saya disni ialah mereka yang suka untuk menggodam akan menggunakan akaun facebook. Jadinya apabila kelainan pada nama dan identiti kita tidak memberi impak yang mendalam terhadap personaliti diri apabila berada di dunia nyataa