Friday, 3 April 2015

Telefon Bimbit dan dunia masa kini

        Penggunaan telefon bimbit ataupun handphone semakin menjadi perkara biasa dalam hidup masyarakat setempat. Di Malaysia bagi mereka yang lahir sekitar 80-an pasti masih segar mengingati bagaimana perkembangan telekomunikasi berjalan. Bermula dengan telefon awam yang menggunakan duit syiling sehungga ke telefon pinta pada masa kini yang hanya memerlukan sekeping kad bagi mengaktifkannya. Sehingga kini masyarakat telah turut berevolusi sama dengan fungsi telefon pintar, jika dahulu, hanya orang tertentu sahaja yang menggunakan telefon bimbit, kini sesiapa sahaja boleh memilikinya. Telefon pintar telah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang. Satu gajed berbagai fungsi dan tujuan. 
Telephone pertama yang menggunakan frekuensi radio
       Telefon Bimbit telah di cipta buat pertama kalinya dengan menggunakan frekuensi radio telah di perkenalkan oleh  Martin Cooper pada tahun 1973, telefon pertama yang di cipta oleh beliau di kenali sebagai "Brick" oleh kerana bentuknya yang seakan-akan batu bata. Bermula dari situ, telefon pintar mula berkembang dengan pelbagai fungsi yang di perbaharui.  sehinggalah aplikasi android di perkenalkan pada tahun 2003 oleh  Andy Rubin, Rich Miner,  Nich Sears, dan Chris While mendirikan Android Incorporation

di Palo Alto, California, pada Oktober 2003. Pada abad yang ke- 21 ini, masyarakat seantero dunia telah di sajikan dengan variasi teknologi yang cangih tidak terkecuali juga  telefon pintar yang kini telah di pasarkan bukan sahaja dalam bentuk yang perbagai malah variasinya telah di perluas lagi melalui kepelbagaian bentuk, warna, fungsi dan juga saiz.
        Sebuah blog yang bertajuk Berita Teknologi telah memaparkan berita di mana  sebuah syarikat di Jepun yang bernama Willcom telah menghasilkan  telefon bimbit Phone Strap 2 WX06A yang  dikatakan adalah telefon paling kecil dan paling ringan di dunia dengan ukuran 
lebar 32 milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter dengan berat 32 gram sahaja. Namun, telefon ini bukan sejenis smartphone tetapi lebih kepada featurephone kerana fungsinya yang hanya untuk berhubung dan bermasej sahaja. Bateri telefon ini mampu bertahan selama dua jam perbualan dan 12 hari jika berada dalam mode stand by. dalam satu kajian yang di jalankan oleh comScore dan telah di pamerkan dalam penilaian pasarannya pada bulan Februari 2014 mendapati bahawa gajed yang paling popular masa kini adalah smartphone.
Phine Strap 2 WX06A


   
 gadjed yang paling popular
  
  Setelah melalui evolusi, telefon pintar telah menjadi kegilaan dan menjadi salah satu simbol gaya hidup. Setiap orang di klasifikasikan mengikut jenis telefon bimbit yang digunakan serta jenama yang digunakan.
   Persoalannya, adakah pengenalan smarphone atapun telefon pintar ini membawa kebaikan atau kebukukan?, adakah kemunculan variasi smartphone ini  membawa kita melangkah kehadapan ataupun membawa kita menyingkap semula sejarah kemunculan telefon bimbit?.

7 comments:

  1. Syarikat telefon atau mereka yang hanya menggunakan duit untuk meluaskan empayar bisnes mereka. Tidak mustahil untuk mereka sentiasa berfikiran kehadapan untuk mencipta sebuah telefon bimbit yang semakin canggih dan semakin berguna. Tetapi kita lihat pada kesannya pada masa ini, adakah ianya memberi kebaikan mahupun memberikan keburukan? Mustahil disebabkan oleh sikap segelintir manusia yang akan menggunakan hanya untuk bersosial. Dan bagi mereka yang berprofessional, mereka akan gunakan dengan sebaik yang mungkin. Dan jelas sekali disni bahawa, telefon memusnahkan banyak institusi termasuklah institusi keluarga. Yang bergaduh pasal agama dan fitnah memfitnah antara kaum dan negara. Ini menunjukkan bahawa pembawaan kemajuan tidak mencapai tahap kepuasan hidup seseorang manusia. Dan jelas disini saya mengatakan bahawa kemajuan telah memusnahkan kehidupan manusia sebenar. Dan hanya meninggalkan kesan yang buruk sahaja. Manusia tiada nilai, sanggup bercakaran dalam media sosial semata mata berlainan pendapat, mengadu domba membuka aib sendiri. Jelas bahawa ianya tidak menjadikan kebaikan untuk kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, kewujudan smartphone adalah amat penting kepada kehidupan manusia pada masa kini. Dengan wujudnya smartphone lengkap dengan segala aplikasi yang boleh dimuat turun, seperti aplikasi media sosial, aplikasi navigasi, aplikasi kamus dan sebagainya telah menjadikan kehidupan lebih mudah dan bermakna.
    Sebagai contoh, pengguna-pengguna dapat menggunakan aplikasi navigasi yang ada dalam smartphone mereka. Dengan hanya membawa smartphone, pengguna dapat menggunakan aplikasi navigasi untuk mengetahui arah tuju ke destinasi-destinasi yang tertentu tanpa membazir masa yang panjang untuk mencari lokasi-lokasi yang hendak ditujui.
    Selain itu aplikasi kamus yang boleh dimuat turun ke dalam smartphone adalah juga amat bermanfaat kepada pengguna. Pengguna boleh menggunakan aplikasi kamus untuk mencari makna kepada sesuatu perkataan atau istilah di mana-mana sahaja tanpa membawa kamus yang berat.
    Oleh itu, saya berpendapat bahawa smartphone sememangnya membawa banyak kebaikan kepada pengguna-penggunanya sekiranya diggunakan dengan bijak.

    ReplyDelete
  3. Pengenalan telifon pintar secara keseluruhan memberi implikasi yang tersendiri dalam kehidupan manusia. Kemajuaan dan kemodenan sebarusnya memberi kesenangan dan kemudahan pada umat manusia. Namun segala terpulang pada manusia itu sendiri. Dari segi kebaikan kewujudan telifon pintar memudahkan manusia berhubung dengan pantas dan murah. Seperti whatApps, Weechat dan Telegrem. Namun sudut negatif pula penggunaan smart phone membuatkan manusia terpisah dari dunia realiti, dengan kata lain kurang berkomunikasi dan berinteraksi dengan manusia sekeliling. Hal ini memberi kesan buruk interaksi dan kemampuan verbal seseorang individu dalam dunia nyata. Dari aspek ekonomi dan fesyen pula perkembangan telifon pintar kadangkala menjadikan manusia berlumba lumba menggunakan telifon keluaran terbaru . Hal ini menjadikan mereka hamba pada fesyen dan gajet terkini yang kadangkala tidak setimpal dengan harga yang dibayar.
    Variasi dalam perkembangan telifon pintar membawa manusia melangkah kehadapn dengan aplikasi yang ditawarkan , namun dari aspek reka bentuk saya melihat ianya umpama putaran roda. Dengan kata lain penggunaan telifon dalam saiz yang besar semakin mendapat tempat dihati penguna.

    ReplyDelete
  4. Kewujudan telefon pintar sememangnya suatu kemajuan dalam dunia komunikasi kerana jika dahulunya setiap aplikasi atas talian memerlukan alat yang berbeza untuk diakses seperti email hanya boleh diperoleh melalui pda dan komputer. Namun kini semua aplikasi internet boleh digunakan pada satu alat sahaja iaitu telefon pintar dan ini merupakan satu pencapaian bagi dunia komunikasi. Pelbagai ciptaan telefon pintar dengan aplikasi yang lebih canggih memberi kemudahan dan menyebabkan kebergantungan seseorang itu kepada telefon pintar.
    Tidak hairanlah jika ada diantara kita yang tidak boleh berfungsi tanpa telefon pintar mereka kerana segalanya boleh dilakukan menggunakan telefon pintar. Setiap tugasan dapat disapkan dengan menggunakan telefon pintar yang ringan dan sennag dibawadan dengan adanya powerbank, masalah kehabisan bateri telefon pintar dapat diatasi. Tiada lagi masalah untuk menyiapkan tugasan jika tiada laptop mahupun komputer.

    ReplyDelete
  5. Terciptanya telefon pintar kini menunjukkan transisi kemajuan dalam komunikasi. Jika pada dahulunya, pemilikan telefon pintar ini menjadi ukuran terhadap status seseorang tersebut kerana pada ketika itu, untuk memiliki telefon pintar bukanlah suatu perkara yang mudah dengan tawaran harganya yang sangat tinggi. Namun, kini, pemilikan telefon pintar ini dijadikan suatu keperluan kepada manusia.
    Telefon pintar ini membantu memudahkan lagi komunikasi antara manusia tidak mengira jarak mahupun masa dengan kemampuan telefon pintar ini mengakses jaringan sosial. Telefon pintar ini juga banyak membantu manusia dalam melaksanakan tugasan seharian mereka. Misalnya, urusan jualan belian sesuatu produk turut dapat dilakukan menerusi telefon pintar ini. Bahkan bukan itu sahaja, untuk individu yang bekerja, telefon pintar ini mampu menggantikan peranan komputer riba untuk melaksanakan tugasan mereka. Malah menerusi telefon pintar ini membolehkan seseorang individu tersebut mencapai segala maklumat mahupun berita di seluruh pelosok dunia dengan hanya satu klik sahaja.
    Berbalik dengan persoalan yang diusulkan dalam entri di atas, dengan ini, penghasilan telefon pintar ini sebenarnya membawa kebaikan kepada penggunanya dan kewujudan variasi telefon pintar ini membawa penggunanya melangkah maju kehadapan dengan peningkatan teknologi untuk menghasilkan variasi telefon pintar dengan kelebihannya tersendiri.

    ReplyDelete
  6. Pada zaman kemajuan teknologi, pelbagai gajet telah dicipta untuk memudahkan masyarakat untuk berhubung antara satu sama yang lain. Malah pada masa kini, telefon bimbit bukan sekadar alat perhubungan atau alat untuk berkomunikasi. Malah fungsi telefon bimbit semakin canggih dan serbaguna. Saya amat bersetuju dengan pendapat rakan saya Tzyy Hong bahawa telefon pintar membawa banyak kebaikan kepada penggunanya sekira digunakan dengan bijak. Namun, seperti yang saudara Sobri katakan, pada masa kini, pengguna menyalahgunakan telefon pintar untuk kepentingan diri sendiri. Malah ada yang bergaduh dan saling bercanggah pendapat. Hal ini kerana masing-masing ingin mempertahankan pendapat dan mempunyai perinsip yang tersendiri. Tetapi, cuba kita fikir sejenak. Adakah kita yang menggunakan telefon pintar atau sebaliknya? Kita sendiri yang mencipta kebaikan dan keburukan penggunaan telefon pintar dan aplikasi yang dicipta. Sedangkan penciptaan telefon pintar adalah untuk memudahkan pengguna. Pada pendapat saya, kewujudan telefon pintar memberikan kebaikan dan memudahkan para pengguna. Malah variasinya memberi peluang kepada penggunanya untuk maju kehadapan.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, kewujudan smartphone membawa kepada kebaikan dan juga keburukan. Kebaikannya ialah kita dapat mengakses maklumat dengan mudah kerana smartphone sentiasa berada di tangan kita tidak kira masa. Kita tidak perlu lagi untuk membuka laptop atau membawa laptop ke mana-mana kerana smartphone lebih mudah untuk dibawa dan tidak menyusahkan. Keburukannya pula ialah, apabila terlalu menghadap smartphone, kita akan lupa segala benda di sekeliling kita contohnya, apabila berkumpul dengan rakan-rakan atau keluarga kita, kita hanya akan fokus kepada smartphone dan komunikasi akan menjadi kurang. Hal ini akan menyebabkan orang di sekeliling kita rasa tidak dihargai dan mereka akan rasa tersisih. Selain itu, ada juga yang menggunakan smartphone untuk menjatuhkan orang lain.

    ReplyDelete