“Penerbitan internet akan menggantikan penerbitan secara bercetak,”
- Bill Gates, Microsoft, 1998
Berdasarkan pernyataan tersebut,
menunjukkan bahawa penerbitan secara bercetak bakal mengalami kelupusan akibat
daripada perkembangan teknologi yang semakin canggih kini. Jika pada dahulunya,
masyarakat mampu mendapatkan informasi dan berita hanya daripada surat khabar
yang bercetak sahaja. Ekoran dengan perkembangan teknologi pada masa kini,
informasi dan berita kini, boleh dicapai dengan mudah, pantas dan di mana-mana sahaja dengan adanya talian
internet. Akhbar memainkan peranan yang sangat penting kepada masyarakat untuk
mengetahui perkembangan semasa dalam negara tersendiri mahupun luar negara. Melalui perkembangan teknologi ini juga, telah
melihat perubahan dalam penerbitan akhbar daripada akhbar bercetak kepada
akhbar secara elektronik sehingga wujudnya pelbagai rangkaian baharu sebagai penyampai informasi dan berita sama ada
berbentuk laman web, web log atau blog, portal berita dan sebagainya.
Selain daripada itu, bukan hanya
penerbitan secara bercetak sahaja yang berubah, malah penerbitan secara
internet turut mengganggu aliran penerbitan dalam media arus perdana. Globalisasi
dan perkembangan teknologi maklumat komunikasi pada sekitar tahun 1960-an serta
kewujudan jaringan internet yang menjadi media alternatif telah menggantikan
media arus perdana seperti televisyen dan radio (Nur Azween & Nidzam 2008).
Hal ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan internet sangat memberi perubahan
yang sangat drastik dalam penerbitan akhbar terutamanya berita online yang
semakin menjadi pilihan untuk pengguna.
Corak Berita melalui Berita secara Online
Misalnya, Berita
online Harakah dihasil dan diterbitkan adalah khas untuk para penyokong PAS
serta untuk mereka memperjuangkan barisan kepimpinan mereka yang berteraskan
dengan agama Islam. Dapat dilihat dengan jelas, cara penulisan berita online
Harakah ini lebih menonjolkan kearah keagamaan serta perjuangan untuk parti
mereka.
Harakah membicarakan isu Hudud dari perspektif keagamaan.
( Sumber : Harakah Daily)
Manakala, untuk berita online
Malaysia Today pula mensajikan masyarakat dengan berita yang bercorak kritikan
terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia.
Misalnya, berkaitan dengan isu perlaksanaan hudud yang menjadi antara topik hangat di negara kita ketika ini. Malaysia Today telah mengkritik corak pemikiran masyarakat berkaitan isu berkenaan.
(Sumber : Malaysia Today)
Berbeza pula dengan portal berita online Malaysiakini, portal ini menghasilkan berita online yang bercorak umum. Hal ini kerana, portal ini diwujudkan untuk menarik pada wartawan warga untuk terlibat sama dalam melaporkan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita. CEO dan pengasas Malaysiakini iaitu Premesh Chandran telah mewujudkan program melatih masyarakat di Malaysia untuk menjadi wartawan warga melalui kerjasama dengan International Centre for
Journalist di US(Komunitikini 2011).
Berita yang diterbitkan adalah berbentuk umum dan tidak menyebelahi mana-mana individu, dan berita tersebut juga adalah sebagai informasi kepada seluruh masyarakat tentang isu semasa.
(Sumber : Malaysiakini)
Melalui beberapa contoh portal berita online tersebut, dapat dilihat bahawa kepelbagaian portal berita online yang diwujudkan turut mewujudkan kepelbagaian corak berita yang disampaikan dan fokus aundiens yang menjadi tumpuan dalam penerbitan berita online tersebut.
Sudut Positif dan Negatif Berita Secara Online
Penerbitan berita online yang menjadi tarikan kepada masyarakat pada masa kini mempunyai sudut positif dan negatifnya tersendiri terhadap para pembacanya.
Sekiranya ditinjau dari segi kebaikan berita online, adalah dapat dikatakan bahawa berita online sememangnya jauh lebih berkesan daripada berita dalam media cetak. Berita online telah menjadi pilihan oleh generasi pada masa kini disebabkan oleh sifat kesegeraannya. Jika dibandingkan dengan berita yang dicetak, berita online tidak perlu dicetak untuk diedarkan pada hari berikutnya. Sebaliknya, berita online boleh terus dimuat naik ke dalam laman web dengan segera dan maklumat boleh disebarkan dalam kadar yang cepat.
Satu lagi ciri berita online yang positif ialah berita dalam laman web mudah dikongsi dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, Pinterest, dan Linkedin. Dalam erti kata lain, generasi kini makin mudah untuk mendapatkan informasi berita dengan adanya berita online. Generasi kini bukan sahaja mudah untuk mengakses berita dengan menggunakan smartphone atau laptop, malah dapat menyebarkan berita dengan hanya menekan butang 'klik' sahaja. Menurut Pew Research Center Publications (2009), generasi kini lebih kerap mendapatkan berita secara tidak langsung melalui link yang dishare laman media sosial dan seterusnya mereka akan ditujukan ke laman berita online yang utama.
MalaysiaToday membolehkan pembacanya untuk share berita dalam media-media sosial (Sumber: MalaysiaToday)
Jika dilihat dari sudut
negatif, berita online adalah berita yang bersifat bebas, dan hal ini
menyebabkan ia agak sukar bagi mereka untuk beroperasi. Laman berita online
telah menghadapi pelbagai isu fitnah.Tambahan pula, pembaca-pembaca online juga
berkemungkinan didakwa sekiranya tidak berhati-hati semasa memberi komen
dalam laman berita online. Sebagai contoh, dua pembaca Malaysiakini telah
didakwa mencatatkan komen yang berbaur fitnah dalam dua artikel 'Yoursay' yang disiarkan
pada 14 Mei, iaitu 'Kes PM meraih apa yang menabur' dan 'Berapa banyak akan
Najib menghabiskan menyimpan Terengganu?'
Keratan artikel berita online yang menunjukkan Perdana Menteri Malaysia ingin mendakwa Malaysiakini
(Sumber: Malaysiakini)
Ruangan untuk berkongsi pendapat, komen berkaitan sesuatu isu dalam berita tersebut.
Seperti yang kita sedia tahu, berita online adalah bersifat interaktif. Jika dibandingkan dengan media tradisional iaitu berita bercetak, pembaca-pembaca berita bercetak tidak berpeluang untuk memberikan pendapat mereka seperti mana yang dapat dilakukan dalam berita online. Dalam laman berita online pembaca-pembaca juga boleh berinteraksi sesama lain tentang berita yang dibaca. Tambahan pula, pembaca-pembaca boleh melanggani servis SMS news alert dan E-mail Newsletter yang disediakan oleh laman berita online.
Berita online Harakah yang menyediakan ruang untuk pembaca memberikan pendapat masing-masing.
(Sumber: Harakah Daily)
Cadangan Portal Berita Secara Online kepada Masyarakat.
Berdasarkan bahagian Corak Berita melalui Berita Secara Online tersebut yang menjelaskan perihalkan corak berita yang diterbitkan oleh beberapa contoh portal berita online yang dipilih, kami mencadangkan portal yang terbaik untuk dijadikan sebagai sumber informasi dan berita semasa ialah portal berita Malaysiakini. Portal ini menyampaikan berita tanpa memihak mana-mana individu tertentu sekalipun, malah berita yang disampaikan adalah secara meluas dan masyarakat mampu mengetahui keadaan sebenar yang berlaku serta isu-isu semasa melalui berita yang disampaikan tanpa sebarang kawalan serta ideologi-ideologi oleh mana-mana pihak.
Sememangnya berita secara online membawa kepada kebaikan dan keburukan. Kebaikannya sudah tentulah ianya mudah disebarkan melalui laman sosial seperti facebook dan sebagainya malah berita secara online ini mampu membantu atau mengantikan pengeluaran berita secara bercetak dan ini bererti ada penambahbaikan yang dilakukan. Keburukannya pula sudah pastinya pada berita yang terlalu bebas dan berpihak kepada parti yang tertentu sahaja. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian terutamanya pada pengeluaran berita secara online. Pada saya, walaupun ianya mudah untuk disebarkan melalui internet namun tidak semua boleh akses kepada internet. Banyak pihak yang mengatakan bahawa berita secara online adalah kaedah yang terbaik bagi membantu kekurangan berita secara bercetak namun di kawasan pedalaman tidak mempunyai akses kepada internet dan sudah semestinya mereka tidak dapat melihat mana-mana berita secara online. Oleh itu, berita secara bercetak adalah perlu diteruskan bagi memastikan penduduk di kawasan pedalaman tidak ketinggalan daripada sebarang berita atau informasi. Perkara ini saya teliti dan amati di kawasan perkampunagn saya, iaitu semua penduduk kampung banyak berharap kepada bahan bacaan bercertak terutamanya surat khabar kerana tidak mempunyai akses kepada internet.
ReplyDeletesaya merasakan bahawa berita online sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana tedapat perpatah yang berkata "Time is more valueble than money, you can get more money but you cannot get more time". hal ini bersesuaian dengan keadaan ekonomi kini yang kelihatan seolah-olah tidak seimbang. Masyarakat kini bukan sahaja menjaga ekonomi mereka malah menjaga masa. setiap saat yang terbiar dirasakan begitu membazir. Berbeza dengan berita cetak, berita atas talian memberi kelebihan kepada pengguna kerana selain memberi penjimatan ekonomi, ia turut memberi penjimatan masa. Kini tidak perlu menunggu untuk mendapatkan berita. Hanya perlu menekan beberapa butang dan berita dan isu semasa tersedia dihadapan anda untuk dijadikan santapan. ini juga menjimatkan masa kerana berita online dapat dibaca di =mana sahaja melalui gajed canggih anda.
ReplyDeleteBidang kewartawanan masa kini sedang melalui satu zaman yang diaggap mencabar. Media cetak mengalami zaman kemelesetan dari segi ekonomi dan kredibiliti.ekoran kepantasan berita online. Berita secara onlone sememangnya menjajikan paparqn berita yang lebih meluas dan cepat. Antara memberi dememsi yang cukup berbeza mengenai sesebuah isu,lebih_lebih lagi isu politik dan sosial. Namun sebagai pelajar bidang komunikasi saya berminat untuk membincangkan aspek cabaran dan keselamatn pada wartwawn media online yakni mereka yang menerajui atau bernaung di bawah agensi media yang berhaluan kiri atau dengan kata lain media pro pembangkang/ tidak berpihak. Umum mengetahui setiap manusia bebas bersuara dan menyatakan pendapat, lebih _lebih lagi di negara yang mengamalkan konsep demokrasi. Namun konsep yang diguna pakai dlam senario negara kita adalah " we have freedom of speech but no freedom after speech. Konsep kawalan kendiri harus diguna pakai oleh wartwan masa kini. Terdapt pelbagai undang_undang yAng akan membelenggu mereka yang menulis isu yang diaggap menjejaskan keharmonian pelbagai kaum di malaysia. Kesedaran tentang bewujudan dan implikasi Akta HAsutan dan AKta rahsia rasmi perlu diberikan perhatian terutama kepada penulisan online.
ReplyDeleteSaya sendiri berasa berita online adalah lebih mudah untuk digunakan. Berita online juga dapat diakses bila-bila sahaja. Hal ini adalah bersesuaian dengan kehidupan masyarakat yang kini masing-masing sibuk dalam kehidupan seharian.
ReplyDeleteSelain daripada itu, berita online juga dapat diakses dengan percuma. Sekiranya kita masih menggunakan media traditional iaitu akhbar bercetak, kita perlu bayar untuk membeli akbar tersebut. Tambahan pula, kita perlu membazir masa untuk mendapatkan akbar, tidak seperti berita online yang boleh didapatkan pada hujung jari sahaja.
Memang tidak dinafikan bahawa berita secara online lebih memudahkan pembaca untuk mencari informasi dan melakukan perbandingan serta mencari kesahihan sesuatu berita. Malah berita online memudahkan pembaca untuk membaca berita yang mereka telah ketinggalan. Selain itu, pembaca juga boleh memberi pendapat atau komen mengenai berita yang disiarkan. Namun, setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Hal ini kerana tidak semua masyarakat dapat melayari internet untuk membaca bahan secara online. Tidak semua berita secara online akan dicetak dan tidak semua berita yang dicetak akan diterbitkan secara online. Seperti saya sendiri, saya lebih suka untuk membaca berita secara online kerana saya boleh membaca berita yang sama tapi mempunyai fokus yang berbeza. Dengan itu saya boleh membuat kesimpulan tersendiri selepas membacanya. Namun, golongan yang hanya dapat membaca melalui akhbar yang dicatak dan melalui televisyen serta radio hanya dapat mendengar dan membaca berida dari satu fokus sahaja. Ini menyebabkan berlakunya bias dalam membuat kesimpulan.
ReplyDeleteOleh yang demikian, berita online lebih senang, mudah dan cepat diakses serta tidak perlu membazir duit untuk membeli akhbar yang bercetak. Selain itu, kita juga boleh membaca berita dimana-mana sahaja dan bila-bila masa yang diingini. Malah kita dapat mengurangkan penebangan pokok untuk dibuat kertas.
Pada pendapat saya, kewujudan berita secara online ini benar-benar memberi pelbagai manfaat kepada pembacanya di samping menjadi tarikan kepada pembaca. Berita secara online lebih memudahkan pembacanya untuk mendapatkan berita terkini serta mudah diakses di mana-mana sahaja tanpa mengira masa. Berbeza pula dengan berita bercetak yang memerlukan kita untuk mendapatkannya terlebih dahulu di tempat yang terpilih sebelum membolehkan kita mengetahui maklumat dan berita terkini. Selain daripada itu, untuk mendapatkan berita bercetak ini, pembaca dikenakan bayaran berbeza dengan berita atas talian yang dicapai tanpa dikenakan sebarang caj. Berita atas talian juga membolehkan pembacanya memilih serta mencapai berita bukan hanya terhad kepada sebuah syarikat penulisan berita sahaja, malah lebih daripada sebuah. Bahkan bukan itu sahaja, melalui berita atas talian ini turut membenarkan pembacanya berkongsi serta memberikan pandangan mereka terhadap sesuatu isu menerusi ruangan komen yang disediakan.
ReplyDeleteKelebihan yang ditonjolkan menerusi berita atas talian tersebut membuatkan berita bentuk ini menjadi pilihan pembaca dan menyebabkan penurunan terhadap angka dalam pemilihan berita secara bercetak.
Kadar pembelian akhbar bercetak yang menunjukkan penurunan dan ini kerana akhabar di atas talian yang semakin digemari oleh masyarakat. Akhbar di atas talian dilihat lebih mudah untuk diakses dan artikel yang lepas juga boleh diakses berbanding akhbar bercetak yang dikeluarkan setiap hari. Selain itu, akhbar di atas talian dilihat memaparkan berita yang tidak dipaparkan oleh akhbar utama seperti Utusan. Ini mewujudkan keseimbangan di mana cerita dari dua pihak dapat dibaca. Surat khabar utama dilihat menyebelahi sebelah pihak dan akhbar di atas talian pula menyebelahi di pihak yang lain. Masyarakat dapat membezakan dan menilai berita yang dikeluarkan oleh dua medium ini iaitu medium bercetak dan media digital. Perbezaan berita yang ditulis dapat dilihat dan masyarakat menjadi lebih terbuka dan berfikir, dan kini mereka tidak hanya disogokkan berita dari sebelah pihak sahaja. Namun masyarakat haruslah berfikiran matang dalam menilai berita yang mereka terima.
ReplyDeleteBagi saya bidang kewartawan tidak terjejas malah mempunyai peluang yang lebih besar dengan wujudnya medium baru ini. Ini adalah kerana wartawan diperlukan untuk menghasilkan artikel-artikel yang akan dikeluarkan. Wartawan juga akan lebih bersungguh dalam menghasilkan artikel yang lebih berkualiti.
Penerbitan elektronik,selain dari memudahkan kerja-kerja penerbitan, menyingkatkan waktu,serta mengurangkan tenaga manusia,ia juga membawa kesan-kesan negatif yang tidak sedikit terhadap kehidupan manusia kini.Apalagi bahan-bahan yang diterbitkan secara online itu dimonopoli oleh alam siber, bahan bahan internet sekarang mudah untuk diperolehi, terkadang media cetak sukar didapati mengikut kawasan kawasan yang tertentu.
ReplyDeleteSebagi seorang pelajar, kadang kadang untuk mendapatkan media bercetak amat sukar kerana kebanyakan pelajar duduk didalam kolej, tetapi bagi mereka yang gemar media cetak, mereka akan berasa terbeban untuk ulang alik untuk mendapatkan media bercetak. Sebaliknya media elektronik pada masa kini sangat memudahkan para pelajar u tuk mengakses berita walau dimana sahaja. Mereka tidak berasa terbeban dengan media elektronik. Namun apa yang saya risaukan, ramai yang tidak gemar untuk mendapatkan bahan media bercetak dan mereka akan meninggalkan media bercetak walaupun bagi saya media cetak lebih seronok u tuk dijadikan sumber bacaan