Perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat menunjukkan bahawa
masyarakat pada masa kini semakin celik IT dan terdapatnya perubahan dari tahap
yang lama ke arah kemajuan. Perkembangan teknologi ini juga sekaligus memberi
impak kepada bidang kewartawanan terutamanya dalam menyebarkan maklumat dan
berita kepada masyarakat. Hal ini kerana wujudnya pelbagai saluran atau teknologi baru untuk
menyebarkan berita dan maklumat seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya.
Selain itu, banyak berita juga disampaikan secara online berbanding dahulu yang
hanya disampaikan melalui penghasilan akhbar. Kewujudan teknologi ini
juga membuka peluang kepada banyak pihak untuk menyampaikan berita mereka
sendiri walaupun mereka sedar mereka bukanlah wartawan. Terdapat beberapa
persoalan yang timbul berhubung dengan perkara ini.
- Adakah kewujudan teknologi baru ini membantu para wartawan untuk menghasilkan dan menyebarkan berita dengan lebih baik?
- Adakah penulisan berita secara online lebih berkesan berbanding dengan kaedah biasa iaitu melalui penghasilan akhbar?
- Adakah blog dan facebook sesuai untuk dijadikan medium untuk menyampaikan berita yang telus kepada masyarakat?
Bagi saya, kewujudan teknologi baru ini baik, sekurang-kurangnya kita tidak terlalu bergantung kepada satu medium sahaja namun, ia juga membawa kepada keburukan iaitu banyak orang yang akan mengeluarkan perkara yang tidak betul malah ada yang berbaur hasutan. Bukan wartawan namun cara mereka menympaikan satu perkara tersebut mengalahkan wartawan kerana mereka bebas menggunakan facebokk, blog dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu.
Pada pendapat saya, penulisan berita secara online adalah jauh lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional hal ini kerana berita online dapat dikemaskini dengan lebih kerap. Berita baru juga dapat dimuat naik ke laman berita online untuk dibaca berbanding dengan kaedah tradisional.
ReplyDeleteBerita di media sosial seperti Blog dan Facebook adalah sesuai untuk menyampaikan berita disebabkan oleh kadar pembacaan yang tinggi. Namun demikian, kredibiliti berita terutamanya berita dalam media sosial adalah kurang memuaskan. Kadang-kadang, terdapat sesetengah pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyiarkan pembohongan dan fitnah. Hal ini telah menyebabkan timbulnya keraguan semasa membaca berita di media sosial.
Pada pendapat saya, kemunculan media baru banyak membantu para pengguna untuk mencari berita yang mereka ingin tahu. Malah, kadang-kadang sesetengah wartawan mendapat idea untuk berita melalui media baru. selain itu, saya bersetuju dengan yang diperkatakan oleh saudari Tzyy Hong bahawa penulisan secara online lebih jauh berkesan kerana kebanyakkan pembaca lebih suka mengekses internet untuk mendapatkan bahan bacaan. Seperti saya sendiri, saya sering mencari bahan bacaan melalui internet dan sering melayari internet untuk mencari berita yang saya telah ketinggalan.
ReplyDeleteNamun, pembaca hendaklah berhati-hati dengan berita yang disampaikan di laman sosial kerana tidak semua berita yang dikongsi adalah benar-benar sahih. Ada pihak yang sering menyalahgunakan laman sosial dan menyebarkan berita palsu untuk membangkitkan rasa marah rkyat kepada pihak lain. Seperti isu politik, isu agama dan kaum dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan keamanan negara akan tergugat.
Disamping itu, kewujudan media sosial juga boleh menggugat kerjaya sebagai wartawan. Hal ini kerana pengguna media sosial akan menyebarkan berita yang terjadi di dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. hal ini menyebabkan berita akan tersebar awal sebelum wartawan membuat liputan. Cuma perbezaannya, wartawan menyampaikan berita yang sahih dari temu ramah. Pengguna pula cuma berkongsi berita yang hanya pembaca yang akan membuat kesimpulan terhadap berita tersebut. Hal ini akan menyebabkan wujudnya berita palsu.
Kewujudan media baru dalam menyebarkan maklumat memberi satu cabaran baru kepad dunia kewartawanan . Cabaran ini bukan hanya terkesan pada media cetak namun media eletronik juga turut sama menerima impak pada arus kemodenan ini. Kewujudan media baru juga membolehkan sesiapa sahaja menjadi wartawan dan meyampaikan maklumat atau pendapat tentang sesuatu isu. Diperakui media tradisional di malaysia beranjak ke satu peringkat yang lebih baik yakni mereka mewujdkn portal media online sendiri. Langkah ini dilihat mampan dan tuntas kerana menunjukkan kematangan dan daya saing yang tinggi media ini untuk terus berjuang dan terus wujud. Antara lain memberi kepelbagaian kepada rakyat dalam mendapat maklumat.Apabila mempersoalan tentang keberkesanan penulisan online dan penghasilan online,secara jujurnya tujuan media adalah menyampaikan maklumat namun harus difahami setiap media mempunyai dasar editorial dan pembingkaian yang tersendiri pada sesuatu berita. Ini bergantung kepada individu itu sendiri dalam menilai keberkesanan sesebuah media. Media seperti blong dan facebok sesuai dijadikan medium menyampaikan maklumat,seperti yang di bincangkan sebelum ini kewujudan media baru membuka ruang pada media tidak bercetak seperti malaysi insider, free malaysia today dan malaysiakini menypaikan berita dengan lebih cepat dan wadH yang sedikit berbeza berbanding akbar bercetak.
ReplyDeletesaya merasakan bahawa online news membawa kebaikan dan juga keburukan. Online news kadangkala tidak mengandungi nilai berita yang tinggi berbanding berita bercetak. sya merasakan berita online kadang kali lebih mementingkan jumlah pembaca berbanding nilai berita yang dibawa. namun, dengan adanya berita online ini, masyarakat mampu mendapat maklumat tambahan mengenai berita dan isu semasa.
ReplyDeleteHanya satu yang saya ingin jawab berdasarkan persoalan yang ditulis. Zaman kini tiada lagi perspektif berita yang baik. Yang ada hanya negatif disebabkan oleh isu politik yang menguasai saham besar. Siapa yang mempunyai wang, maka media tersebut beliau yang menetapkan. Kenapa? Hal ini dapat dilihat mereka menggunakan teknologi baru sebagai alat yang paling berkesan untuk menyampaikan fitnah dan berita palsu. Kebanyakannya mereka tidak memikirkan tentang berita yang mempunyai nilai-nilai yang baik. Tetapi mereka menggunakan atau memanfaatkan kecanggihan sebagai satu alat untuk berperang.
ReplyDeleteSaya juga berpendapat bahawa teknologi baru memberi kesan buruk kepada kerjaya wartawan. Kerana bagi saya kelihatan kerjaya sebagai wartawan ini dilihat tidak beretika disebabkan oleh berita berita yang tidak sahih dan disalah olah oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Wartawan dilihat sebagai tidak menyampaikan berita dengan betul disebabkan teknologi baru ini. Ini adalah kerana individu yang tidak bertanggungjawab akan mengolah berita yang betul menjadi fitnah untuk dijadikan bahan bagi menjatuhkan sesebuah pihak, jadi wartawan sebenar yang menulis berita itu akan disalahkan
ReplyDeleteKewujudan teknologi dalam bidang kewartawanan sebenarnya merupakan sebuah transisi baharu dalam bidang ini. Melalui teknologi ini, membolehkan para wartawan lebih cepat serta pantas untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Jika sebelum ini, maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat agak lewat sedikit kerana berita tersebut haruslah dicetakkan terlebih dahulu sebelum diedarkan.
ReplyDeleteNamun begitu, terdapat juga kekurangannya dengan kewujudannya teknologi dalam bidang kewartawanan ini. Melalui teknologi, berita memang mampu disampaikan dengan lebih cepat dan pantas, namun terkadang kesahihan berita tersebut tidak diteliti dengan sebaik mungkin perihal untuk cepat-cepat menyampaikan berita tersebut dan menjadikan ianya sebagai tarikan pilihan pembaca. Teknologi dalam bidang wartawan juga telah mewujudkan ramai wartawan awam untuk turut terlibat dalam bidang ini. Hal ini turut mengganggu dalam memastikan kualiti penyampaian berita tersebut.
Oleh itu, kewujudan teknologi ini sedikit sebanyak telah mengganggu kualiti serta memberi cabaran dalam kerjaya wartawan untuk menyampaikan maklumat dan berita yang tepat.