Tuesday, 17 March 2015

Ketagihan Digital

Sumber: Google Image


         Berapa kerap anda menggunakan gajet ataupun 'smartphone' dalam sehari? Pasti anda akan menjawab hanya beberapa jam sehari tetapi sedarkah anda bahawa sebenarnya kita menggunakan 'smartphone' lebih lama daripada apa yang kita sangkakan. Jika dilihat melalui tingkah laku kita, apakah benda yang pertama kita lakukan setelah bangun tidur? Majoriti pemilik 'smartphone' akan membelek 'smartphone' mereka untuk memeriksa pesanan yang mereka terima sewaktu mereka tidur. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya akan memeriksa mesej yang saya terima di WhatsApp dan e-mail setelah bangun dari tidur. Ini kerana saya merasakan ketinggalan semasa saya sedang tidur.
     
 Apabila dunia semakin cepat berubah dan sangat pantas dalam pertukaran isu hangat, kita pasti akan turut sama mengejarnya. Tetapi adakah ini sebabnya kita menjadi ketagih dalam penggunaan 'smartphone' ? Atau adakah kita hanya ingin lari dari dunia sebenar dan memenuhi kepuasan yang mungkin tidak kita dapat di dunia sebenar?

Ketagihan digital yang berlaku menunjukkan kebergantungan yang amat sangat kepada gajet menyebabkan rasa tidak boleh berfungsi jika tiada gajet di tangan. Gajet menjadi lebih penting dalam hidup sehinggakan pengguna tegar gajet dilihat seperti berada di dunia yang lain dan tidak lagi berada di dunia yang sama seperti orang lain. Jadi tidak hairanlah jika apabila seseorang itu terlalu bergantung kepada gajet mereka tidak menghiraukan orang sekeliling dan semakin menjauh dari dunia sebenar.

Sumber: Google Image

Mereka yang mengalami ketagihan digital tidak lekang daripada menggunakan gajet dan melayari internet, tidak kira untuk tujuan hiburan, kerja atau pendidikan. Mereka merasakan penggunaan gajet lebih penting dan mudah berbanding menggunakan medium lain dalam mendapatkan maklumat. Ini dilihat melalui peningkatan penggunaan internet dalam apa jua hal pun. Memang sudah terbukti bahawa ketagihan digital membawa kesan yang negatif kepada hubungan sosial dan memberi kesan positif dalam kepantasan maklumat.



8 comments:

  1. Apakah yang kriteria yang boleh dikatakan ketagih dalam penggunaan 'smartphone'? Adakah kekerapan penggunaan 'smartphone' dalam 1 hari yang menentukan kita adalah ketagih dalam penggunaan 'smartphone'? Seperti saya sendiri, sememangnya dalam 1 hari kerap menggunakan 'smartphone'. Namun kadang-kadang dalam 1 hari saya tidak langsung menyentuh 'smartphone'.

    Ada pelbagai sebab mengapa ramai pengguna smartphone sentiasa menggunakan dan menghabiskan masa dengan smartphone. Pada pendapat saya, kemajuan teknologi memberikan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Dengan kemudahan yang disediakan, pengguna akan akan memanfaatkan kemdahan yang disediakan. Kebanyakan aplikasi yang disediakan digunakan untuk pendidikan seperti belajar secara berkumpulan, perbincangan untuk assignment,dan sebagainya yang berkaitan dengan pembelajaran. semua perkara tersebut mudah dengan adanya smartphone.

    Namun, dengan adanya smartphone, pengguna dengan mudah dan boleh mengekses apa sahaja yang mereka inginkan bila-bila masa dan dimana jua mereka inginkan. Seperti yang saudari Hidayah katakan, mungkin pengguna sekadar menginginkan kepuasan atau tidak mahu ketinggalan dengan informasi yang dikongsikan. Tetapi, ada juga pengguna hanya kerap menggunakan 'smartphone' disebabkan oleh pembelajaran semata-mata. Tidak dinafikan juga pengguna turut mengikuti isu hangat yang melanda negara kerana ingin mengetahui perkembangannya.

    Kesimpulannya, setiap pengguna mempunyai alasan yang tersendiri untuk menggunakan 'smartphone' dengan kerap dan mungkin disebabkan ketahihan terhadap kemudahan teknologi atau kemudahan yang disediakan oleh 'smartphone'. Kewujudan 'smartphone' sepatutnya memberikan kemudahan kepada pengguna. Namun ada pengguna tegar akan menghadapi ketagihan dalam penggunaan 'smartphone' sekiranya pengguna itu tidak pandai mengawal diri dan membahagikan masa dengan 'smartphone' dan aktiviti sosial.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, ketagihan digital sebenarnya bukanlah sesuatu yang baik. Penggunaan smartphone sepanjang masa tanpa henti bukan sahaja memudaratkan kesihatan seseorang, malah kehidupan sosial turut dipengaruhi. Seperti yang dikatakan oleh salah seorang daripada video tersebut, kehidupan sosial dalam realiti akan diketepikan apabila seseorang itu terlalu obses dengan smartphone.
    Namun demikian, saya tidak berpendapat bahawa kita tidak boleh menggunakan smartphone. Tetapi, kita haruslah pandai membahagikan masa untuk penggunaan smartphone dan untuk kehidupan realiti.

    ReplyDelete
  3. Pada zaman masa kini, mungkin hampir keseluruhan manusia boleh dianggap sebagai ketagih menggunakan smartphone. Setiap tahun, jumlah rakyat yang memiliki smartphone semakin meningkat. Smartphone tersebut dianggap sebagai sebuah telefon yang begitu canggih dan peranannya seumpama dengan sebuah komputer mini. Melalui kecanggihan tersebut, ianya banyak memudahkan para penggunanya untuk melakukan sebarang urusan di mana-mana dan pada bila-bila sahaja. Bayangkan sahaja, pada masa dahulu, untuk menghantar sebarang email sahaja, anda perlu membuka komputer barulah anda dapat menghantar email. Namun, wujudnya smartphone ianya memudahkan urusan pekerjaan kita dengan lebih pantas. Semua urusan penting kini mampu disiapkan dan diuruskan dengan cepat dan tepat pada masanya. Perkara tersebutlah yang menyumbang kepada ketagihan manusia kepada penggunaan gajet dalam kehidupan seharian mereka.
    Bukan itu sahaja, smartphone ini turut membuatkan anda lebih peka akan sesuatu perkara. Kepantasan smartphone yang boleh menghubungkan manusia antara satu sama lain dengan lebih pantas, membuatkan seseorang tersebut peka akan sesuatu yang berlaku disekelilingnya. Misalnya, melalui smartphone, manusia mampu berkongsi sebarang maklumat terkini serta mengetahui maklumat terkini dengan kemampuannya untuk mengakses internet. Malah sebarang perkara kecemasan juga mampu disampaikan dengan pantas kepada sesebuah masyarakat melalui smartphone. Oleh sebab itu, saya merasakan manusia ini ketagih dengan penggunaan smartphone tersebut, kerana ianya memberi manfaat kepada mereka untuk mengetahui perkara yang terkini berlaku di sekeliling mereka.
    Smartphone ini juga sangat berperanan kepada individu yang sedang mencari ilmu. Smartphone membolehkan individu tersebut mudah untuk mencari dan berkongsi ilmu yang diperolehinya dengan sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Melalui smartphone, untuk mencari ilmu tidak hanya terhad dengan membaca buku yang terdapat di perpustakaan sahaja, malah mereka mampu mengakses buku secara pantas melalui internet menerusi smartphone dengan lebih pantas apabila sahaja mereka perlukan. Kecanggihan yang ditawarkan oleh smartphone itu yang membuatkan para penggunanya semakin ketagih untuk sentiasa menggunanya.
    Kecanggihan teknologi yang semakin meningkat ini, memang benar-benar membuatkan para manusia terkejar-kejar akan perkembangannya, misalnya smartphone ini. Manusia ingin memilikinya bukan sekadar untuk memenuhi kepuasan memiliki sesuatu yang lebih canggih semata-mata, malah manusia memilikinya adalah manfaat yang diperolehi daripada kecanggihan tersebut. Hidup manusia kini seolah semakin terlalu bergantung dengan smartphone sehingga mereka tidak mampu lekang daripada menggunakan smartphone. Saya merasakan bahawa ketagihan itu bukanlah sesuatu perkara yang tidak baik sebenarnya jika seseorang individu tersebut mampu memanfaatkan kecanggihan yang ditawarkan pada manusia kini dengan sebaik mungkin.:)

    ReplyDelete
  4. teknologi dan manusia sememangnya tidak dapat dipisah dalam dunia kini. pengunaan telifon dan internet menjadi eksosori yang kewajipan dibawa walau dimana mereka pergi. Namun walaupun gajet seperti smart phone memberi banyak manafaat. Namun ramai tidak menyedari pendedahan kepada smart phone dan skrin komputer dalam tempoh yang lama akan memberi kesan buruk pada mata. Pendedahan yang terlalu lama pada skrin akan memberi kesan pada mata seperti rabun jauh, rabun dekat dan kekeringan pada kornea mata. Kepekaan individu khususnya golongan remaja mengenai hal ini masih rendah. Isu ini perlu diberi perhatiaan banyak pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan kenyataan saudari di mana semakin ramai golongan muda yang mempunyai masalah penglihatan akibat terlalu lama terdedah kepada skrin. Jika dilihat sekarang kanak kanak seawal 5 tahun perlu memakai cermin mata akibat rabun dan dilihat sering menggunakan tablet untuk bermain dan menonton video. Sememangnya penggunaan skrin perlulah dikawal tidak kira dari usia muda atau tua kerana penggunaan skrin yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan mata.

      Delete
  5. Bagi saya, memilkki smartphone adalah satu keperluan yang wajib dimilikki oleh setiap orang kerana manusia dan smartphone tak dapat dipisahkan. Namun, ketagihan smartphone bagi saya adalah perkara biasa bagi semua manusia. Kita tidak boleh hidup tanpa smartphone kerana kita akan ketinggalan dalam banyak perkara. Sebagai contoh, masa kini semua orang menggunakan facebook dan watsapp untuk menyampaikan maklumat. Jika kita tidak selalu update maka kita tidak akan dapat informasi tersebut. Namun, ketagihan yang melampau juga akan membawa kesan buruk terutamanya kepada diri kita sendiri. Kita tidak akan dapat mengurus masa dengan baik dan banyak perkara yang kita lupa buat. Oleh itu, kita perlulah seimbangkan pengunaan smartphone kita agar mendatangkan manfaat kepada kita sendiri juga. Tak salah untuk menggunakan smartphone kerana itu adalah kehendak dan keperluan kita juga. Biarlah kita sendiri yang kawal pengunaan smartphone dan bukan smartphone yang kawal kehidupan kita.

    ReplyDelete
  6. pada pendapat saya, masyarakat yang semakin membangun dengan teknologi merasakan bahawa menjadi keperlukan dan kemestian kepada mereka sentiasa update dengan perkembangan dunia dan juga persekitaran mereka. saya merasakan perkataan ketagih tidak wajar digunakan terhadap pengguna smartphone kerana smartphone yang menjadi penghubung mudah alih bukan sahaja bagi mereka yang berada berdekatan namun mereka yang berjauhhan juga. smartpnone kini di lihat sebagai satu bentuk keperluan baru dalam zaman meden ini. setiap individu merasakan bahawa diri mereka sentiasa di kemaskini dengan maklumat dan isu yang terbaru dalam hidup mereka. smartpnone yang juga mempunyai fungsi sambungan internet di lihat sebagi medium penting dalam kehidupan kerana ia mampu memberikan input yang bergunaselain dapat membantu mengeluarkan pendapat serta menyampaikan informasi dalam kadar segera.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete