Wednesday, 11 March 2015

Globalisasi, Masyarakat dan Teknologi

sumber video: www.youtube

           Globalisasi pada dasarnya merupakan pengecilan dunia yang mempercepatkan dan membesarkan aliran wang, masyarakat, barangan dan juga budaya ke serata dunia. Ramai tokoh seperti Marshall McLuhan dan Manuel Castells mempercayai dan membincangkan mengenai bagaimana globalisasi akan mengubah gaya hidup manusia pada tahun 1990-an. Perkembangan teknologi dan media baru seperti internet membolehkan berlakunya pertukaran dari aspek kewangan melalui perdagangan, budaya melalui pergerakkan manusia dan juga politik melalui hubungan diplomatik antara negara. Hubungan yang terjalin ini telah mewujudkan dunia yang saling bergantungan melalui politik dan juga hubungan ekonomi.

           Globalisasi memberikan banyak peluang dan juga kelebihan kepada manusia. Menurut  Education for Global Interdependence (E4GI) globalisasi memberi kesan positif terhadap hubungan manusia antaranya adalah meluaskan meluaskan horizon masyarakat serata dunia, memberi akses kepada pengetahuan dan juga produk sains dan juga teknologi. Namun, globalisasi turut memberi kesan negatif berlaku secara dasarnya terhadap ekonomi dan juga pesekitaran manusia di seluruh dunia .

Pada pandangan kalian, apakah yang menyebabkan globalisasi menjadi pemangkin perubahan masyarakat seantero dunia dan apakah kesan yang dapat di lihat daripada fenomena globalisasi ini ? Untuk mngetahui dengan lebih lanjut, kalian boleh membaca artikel dariapada E4GI


Untuk lihat artikel sepenuhnya, anda boleh layari ke laman rasmi E4GI di:
http://e4gi.weebly.com/globalization--technology.html
 


9 comments:

  1. globalisasi telah menjadikan dunia yang kita diami menjadi semakin kecil. dibantu oleh teknologi canggih globalisasi telah mewujudkan satu kelompok masyarakata yanga baru iatiu masyarakat globalisasi yang mampu berhubuing walau dimana mereka berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejauh mana pendapat anda sekiranya globalisasi menjadikan budaya sesebuah kelompok masyarakat itu hilang?
      Dan itukah yang kita harapkan dari peningkatan teknologi tetapi hilang harta dari warisan budaya?

      Delete
  2. Pada pendapat saya, globalisasi telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah. Manusia pada masa kini boleh berkongsi pandangan terhadap sesuatu isu tanpa sempadan, Pelbagai maklumat juga boleh disampaikan tanpa memerlukan masa yang panjang. Hal ini membolehkan kualiti hidup manusia semakin maju.

    ReplyDelete
  3. Ledakan arus globalisasi telah meresap dan sebati dalam kehidupan manusia. Kemanusiaan dan kecanggihan membolehkan segala maklumat diperoleh dengan pantas tidak kira dimana manusia berada. Namun kecanggihan yang dinikmati sewajarnya digunakan kearah yang positif untuk kemudahan sejagat. Nilai kecanggihan dan kemajuan tidak akan membawa nilai yang tuntas jika disalah guna..lebih lebih lagi seandainya maklumat palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya nilai ketamadunan dan peradaban bukan hanya terletak pada kecanggihan manusia semata2, tapi nilai pada sikap saling melengkapi antara manusia.

    ReplyDelete
  4. Dalam erti kata lain. Saya bersetuju dengan globalisasi. Mungkin pendapat saya berbeza dengan semua orang disini. Tetapi biarlah saya memberi komen berkaitan dengan pendapat diri ini yang mempunyai pandangan luar dari kotak globalisasi.
    Menurut saya, kemajuan yang dicapai adalah sumber daripada kejayaan yang diusahakan melalui pemikiran yang berkembang. Sejak dari zaman tokoh tokoh atau philosphy lagi mereka telah membawa ke arah kemajuan berdasarkan teknologi. Sebagai contoh , zaman capitalism yang mempunyai pengeluaran yang banyak dalam sesuatu produk. Ianya merujuk kepada teknologi yang dimiliki yang mampu memenuhi kehendak manusia. Sama juga seperti zaman kini yang teknologinya sudah semakin canggih. Canggih dari segi mesin, dunia tanpa sempadan yang membuatkan manusia tiada halangan untuk mendapatkan maklumat. "Dunia hujung jari". Generasi Y yang ada dalam dunia kini hendaklah berwaspada bahawa kemajuan yang ada bukanlah untuk disalah gunakan. Tetapi untuk dijadikan sebagai satu pegangan untuk lebih maju. Bukan kerana teknologi atau globalisasi ini menjaguhkan tamadun manusia yang kini semakin nipis.
    Oleh itu, teknologi hendaklah dijadikan satu kaedah untuk kita terus bergerak maju kehadapan. Jika ada kurangnya, maaf dahulunya

    ReplyDelete
  5. Tapi pernah atau tidak kamu semua terfikir u tuk segenap dimensi. Globalisasi ini akan membawa manusia ke arah yang tidak sihat. Contohnya, fitnah, menjatuhkan, dan juga menipu pihak yang berkenaan. Hal i i rentetan daripada kecanggihan yang terdapat di atas talian( internet) tanpa wayar. Sehubungan dengan itu, kesan buruk yang membawa kepada keraguan sesuatu perkara itu banyak wujud seiring dengan kemajuan teknolgi.
    Akan tetapi sampai bilakah kesan negatif ini akan mewujudkan situasi yang semakin mengancam bahaya?
    Walau ada segelintir manusia yang menyokong globalisasi yang banyak membantu manusia. Tetapi bagi saya, saya melihat dari sudut negatif keraa dari segi pemerhatian selama i i, masalah sosial banyak tercetus dengan adanya teknologi dan globalisasi.

    ReplyDelete
  6. Globalisasi sememangnya tidak boleh lari daripada teknologi dan masyarakat. Bagi saya globalisasi memberi kesan yang baik kepada masyarakat iaitu kita boleh berkongsi maklumat dengan pantas dengan orang lain dan ini menujukkan bahawa teknologi semakin maju. Namun, setiap individu tidak sama. Ada yang mengambil kesempatan menggunakan teknologi ini untuk menjatuhkan orang lain seperti apa yang saudari Hidayah katakan. Terpulang kepada individu itu sendiri menggunakan teknologi seperti internet dengan betul. Jika digunakan dengan betul, maka baiklah hasilnya. Jika salah guna, maka buruklah jadinya.

    ReplyDelete
  7. Globalisasi berkait rapat dengan perkembangan media baru dan apa sahaja yang berkaitan. saya agak bersetuju dengan pendapat saudari Hidayah. Tetapi, kita tidak dapat menyalahkan globalisasi 100%. Pada pendapat saya, globalisasi memberikan banyak faedah kepada pengguna. Namun, terpulang kepada pengguna itu sendiri untuk menggunakan perkembangan globalisasi itu ke arah kebaikan atau keburukan. Tidak semua pengguna menyalahgunakan globalisasi untuk kepuasan diri sendiri. Ramai yang memanfaatkan kemajuan dan perkembangan teknologi dan globalisasi untuk meningkatkan taraf hidup. Oleh yang demikian, dari sudut pandangan saya, globalisasi memberikan kemudahan kepada manusia. terpulang kepada manusia ingin menggunakan kemajuan itu ke arah kebaikan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Saya sangat bersetuju dengan pendapat hazimnarawi yang menyatakan bahawa ramai yang menggunakan kemajuan dan perkembangan teknologi serta globalisasi untuk meningkatkan taraf hidupnya. Globalisasi dalam erti kata lainnya pergerakkan seluruh dunia ke arah kewangan , integrasi perdagangan , ekonomi dan komunikasi. Globalisasi ini membawa perubahan kepada manusia. Ianya memudahkan manusia kini tidak kira dalam apa jua bidang sama ada ekonomi, komunikasi dan sebagainya, semuanya boleh dicapai hanya di hujung jari sahaja. Semua kemudahan telah tercipta untuk memudahkan manusia itu sendirinya melalui globalisasi. Melalui globalisasi membolehkan manusia itu merasai perubahan serta peningkatan dalam setiap kehidupan mereka jika mereka benar-benar memanfaatkan globalisasi tersebut ke arah yang betul dalam kehidupan mereka. Jika dipandang ke arah negatif, itu bukanlah tujuan sebenar globalisasi itu wujud dalam kehidupan manusia. Globalisasi juga bukan tercipta untuk membuatkan kehidupan manusia menjadi huru-hara :)

    ReplyDelete