Dalam pencapaian kemajuan teknologi yang tiada halangan pada tahun 2015. Internet menjadikan dunia tiada lagi sekatan dalam mencari sesebuah kehidupan yang sempurna. Dengan adanya internet, semua golongan tidak kira muda, mahupun tua dapat menikmati kebebasan dalam mencari pengetahuan. Tetapi terdapat beberapa persoalan dan halangan dalam internet. Antaranya seperti :-
- Kebebasan internet menjadikan 'class stratification' dalam masyarakat. Hal ini kerana, masalah kewangan yang meletakkan jurang perbezaan antara golongan berpendapatan rendah dan pendapatan tinggi.
- Menjadikan masyarakat luar bandar semakin sukar memperolehi maklumat. Hal ini juga disebabkan oleh bahasa yang digunakan dalam internet. Kebiasaannya, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar satu dunia. Akan tetapi ia mewujudkan pemahaman yang berbeza terhadap sesuatu kelompok masyarakat yang berbeza pengetahuan dalam kehidupan.
- Internet juga meletakkan diri manusia itu pada tahap yang bawah.
Hal ini dapat dijelaskan melalui pemasaran internet yang semakin hari semakin mahal nilainya kerana ketamakan untuk mengaut keuntungan yang berganda.
Oleh itu, pendapat saya berkaitan dengan internet sememangnya tidak memuaskan kerana banyak mewujudkan kesan yang negatif dan juga diskriminasi.
Saya juga berpendapat bahawa internet banyak mewujudkan kesan negatif tetapi jika diteliti semula, ianya juga banyak membawa kepada kebaikan. Oleh sebab itulah wujudnya internet. Saya tertarik dengan persoalan yang pertama dan kedua. Bagi persoalan yang pertama wujudnya 'class stratification', bagi saya itu terpulang kepada individu tersebut. Jika dia mampu maka dia mampu. Kewujudan internet tidak bermaksud kita harus atau wajib menggunakan internet. Bergantung juga kepada kewangan individu tersebut. Bagi persoalan kedua pula, saya akui ianya memang benar. Saya tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan saya dapati penduduk di kawasan kampung saya menghadapi masalah ketika ingin mendapatkan maklumat terutamanya dari segi pengunaan bahasa. Mereka menggunakan bahasa pertuturan harian dan ini menyebabkan mereka sukar untuk search apa yang mereka mahu. Mereka rasa marah kerana biarpun sudah mempunyai akses kepada internet namun mereka tidak dapat cari apa yang mereka mahu kerana dihalang oleh pengunaan bahasa.
ReplyDeleteKetidaksamarataan internet sememangnya tidak berpihak kepada masyarakat yang lebih miskin. Sekiranya hal ini berterusan, ianya hanya akan menyebabkan golongan yang berpeluang untuk mendapatkan akses internet untuk menjadi semakin maju dan golongan yang tidak berpeluang untuk mendapatkan akses internet pula menjadi semakin mundur.
ReplyDeleteDari segi pengunaan bahasa di internet pula, saya bersetuju dengan penulis bahawa Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar satu dunia. Web yang dilayari oleh saya biasanya adalah dalam Bahasa Inggeris. Namun demikian, seperti yang dikatakan oleh saudara Sugim, pengguna-pengguna yang tidak seberapa memahami Bahasa Inggeris akan mengalami masalah untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Di sini jelas terserlah ketidaksamarataan digital yang wujud dalam masyarakat.
Kewujudan internet memang memudahkan manusia untuk mencari pelbagai infomasi dan maklumat mengenai apa sahaja yang diingini. Oleh yang demikian, saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara Sobri dengan mengatakan internet memberikan banyak kesan negatif dan deskriminasi. Hal ini kerana, saya berpendapat bahawa pengguna itu sendiri yang mewujudkan deskriminasi dan menyalahgunakan internet ke arah negatif.
ReplyDeleteNamun, saya bersetuju dengan persoalan yang kedua iaitu masyarakat luar bandar sukar untuk memperolehi maklumat kerana kekangan bahasa yang digunakan. seperti yang dikatakan oleh saudara Sugim dan saudari Tzyy Hong, pengguna yang tidak berapa fasih dan tidak berapa memahami bahasa inggeris akan mengalami masalah dalam mencari maklumat yang mereka inginkan. hal ini kerana mereka akan menggunakan bahasa ibunda dan bahasa yang mereka fahami untuk mencari maklumat. Namun, internet tidak menyusahkan kita. terdapat 'translation' seperti 'citcat' dan 'Google Translate' untuk membantu pengguna yang mengiginkan infomasi lebih.
Pendapat saya, internet memberikan kebaikan dan keburukan kepada pengguna. Terpulang kepada pengguna itu sendiri untuk memikirkan cara untuk mereka maju seperti pengguna yang lain.
Kewujudan internet kini, banyak memberi kemudahan kepada manusia dalam kehidupan seharian mereka. Pada pendapat saya, saya tidak bersetuju akan ketidaksamarataan dalam menggunakan internet seperti yang dinyatakan. Pertama, untuk pernyataan bahawa wujudnya jurang dalam masyarakat melalui kebebasan internet. Jelas kini, bahawa semua kelas masyarakat sama ada yang susah, sederhana dan miskin berpeluang untuk menggunakan internet. Melalui penggunaan internet tersebut, kita tidak mampu menilai kelas-kelas masyarakat tersebut kerana cara penggunaan internet masyarakat kini semuanya hampir sama.
ReplyDeleteKedua, ketidaksamarataan penggunaan internet itu wujud terutamanya melibatkan masyarakat luar bandar atas dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam internet. Kini, wujud pelbagai aplikasi dalam internet yang membantu para masyarakat untuk mempelajari pelbagai bahasa malah bukan sahaja untuk bahasa Inggeris malah bahasa ibunda yang terdapat di negara lain. Penggunaan bahasa Inggeris dalam internet sebenarnya membantu masyarakat luar bandar lebih fasih dan mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka, dan saya tidak melihat perkara itu menjadi isu ketidaksamarataabn bagi mereka.
Ketiga, penggunaan internet ini menjadikan manusia tahap yang terbawah melalui kadar pemasaran dalam internet yang semakin mahal. Saya tidak melihat bahawa perkara tersebut mewujudkan ketidaksamarataan dalam penggunaan internet. Kini, hampir semua manusia mampu memasarkan produk mereka secara berterusan dan secara persendirian untuk memastikan produk yang mereka tawarkan itu laku tanpa memerlukan sebarang ejen pemasaran khas dalam internet. Pemasaran persendirian tersebut tidak mengenakan sebarang caj malah mereka cuma hanya perlu memiliki sebarang laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.
Melalui semua perkara yang dinyatakan tersebut, sebenarnya tidak mewujudkan sebarang ketidaksamarataan dalam penggunaan internet tetapi perkara tersebut berlaku adalah disebabkan gaya pemikiran manusia yang mewujudkan ketidaksamarataan atas kemudahan yang diwujudkan untuk kegunaan semua pihak :)
penggunaan internet yang meluas menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan manusia. apa yang di bahaskan oleh sobrie
ReplyDeleteyang pertama : internet mewujudkan pembahagian kelas sosial. saya merasakan bahawa hal ini tdak menjadi isu kerana penggunaan internet tidak di tentukan oleh ekonomi seseorang. Dengan kemajuan internet yang pesat syarikat telekomunikasi seperti Maxis sebagai contoh telah menyediakan perkhidmatan pelan internet percuma kepada penggunanya, selain itu pelan telekomunikasi dan juga syarikat internet seperti TM dan Celcom juga turut menyediakan pelan internet yang ekonomik disamping mampu milik bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memilikinya. Hal ini menunjukkan bahawa pendapatan atau keadaan ekonomik seseorang tidak mempengaruhi penggunaan internet.
yang kedua memang benar bagi mayarakat luar bandar untuk mendapatkan maklumat namun pihak kerajaan dan juga persendirian telah membina pusat-pusat maklumat dan juga kafe cyber bagi masyarakat luar bandar untuk melayari internet. kecanggihan teknologi juga boleh di manfaatkan secara keseluruhan. sebagai contoh kewujudan enjin pencarian seperti Google telah menghasilkan satu lagi aplikasi yang dikenali sebagai Google Translate yang mengandungi hampir kesemua bahasa di dunia bagi membantu pengguna memahami masej yang di sampaikan.
pendapat yangketiga di lihat lebih kearah keuntunggan syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet. seperti yang saya katakan tadi, syarikat perkhidmatan internet telah menyediakan pelbagai pake ineternet bagi membolehkan pelanggan mendapat pelan yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi dan gaya hidup mereka dengan harga yang berpatutan. hal ini seterusnya dapat membantu pelanggan bagi melayari internet walaupun bergaji rendah dan sedehana. bagi mereka yang berkemampuan, pelan yang lebih advance dan juga menarik di tawarkan dengan harga mampu milik. segalanya bergantung kepada pengguna itu sendiri sama ada mahu memilih pelan yang mahal mahupun yang ekonomik.
Kewujudan internet pada dunia moden hari ini telah menjadi keperluan dalam kehidupan manusia. Saya bersetuju bahawa kewujudan class stratification dalam masyarakat. Hal ini demikan kerana mereka yang mempunyai akses tethadap internet mempunyai kemampuan untik mendapat maklumat dan berita dalam ruang demensi yang lebih luas dan pelbagai. Hal ini demikiaan dengan adanya internet individu berpeluang mengetahui berita dari perspektif yang berbeza, yang mana tidak tersedia dada akhbar bercetak, television dan radio. Kewujudan internet juga yang impak yang amt mendalam kepada golongan yang tidak mempunyai pendedahan kepada kecanggihan dan kepengunaan intrtnet. Saya suka mengetengahkan isu pelajar luar bandar yang ingin membuat permohonan UPU. Kadangkala kurangnya pengetahuan penggunaan internet atau keterbatasan penggunaan internet membuaTkan mereka tidk berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Wajarkah golongan yang dikatakan buta IT ini dijadikan mangsa kepada arus kemodenan hanya kerana kawsan tempat tinggal yang jauh di pendlaman dan kekangan ekonomi menjadikan mereka ketinggalan dari semua aspek kemodenan?
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan saudari. Internet yang sengaja diwujudkan didalam negara malaysia misalnya banyak menunjukkan keburukan yang membawa kepada kebobrokan budaya. Tambahan pula internet dimonopoli oleh golongan atasan yang hanya mementingkan keuntungan sahaja.
DeleteContohnya, indonesia merupakan negara yang baik dalam memberi kuota internet dengan harga yang sangat rendah. Berbanding dengan malaysia yang menyediakan kuota internet pada harga yang teramat sangat tinggi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya bersetuju bahawa wujud jurang dalam komuniti internet. Bukan sahaja boleh dilihat dari segi bahasa yang digunakan seperti bahasa inggeris tetapi kuota internet. Jika dibandingkan dengan jiran seperti Indonesia dan Thailand kuota internet mereka boleh diperoleh dengan harga yang lebih murah berbanding Malaysia. Ini juga dikatakan tidak samarata. Bagaimana boleh terjadinya jurang harga kuota internet yang terlalu besar?. Adakah kerana terlalu sedikit syarikat telekomunikasi yang memonopoli ruangan telekomunikasi di Malaysia?. Ketidaksamarataan yang ada menjadikan rakyat di Malaysia tidak mendapat peluang yang ada di negara lain kerana perlu membayar harga yang mahal untuk kuota yang tidak setimpal. Malahan ada juga syarikat telekomunikasi yang sengaja menghadkan kuota walaupun kuota yang telah bayar itu belum digunakan sepenuhnya. Sudahlah perlu bayar mahal, kemudian pelanggan ditipu dengan dihadkan kemudahan internet.
ReplyDelete