Pada 26 Februari 2015, syarikat Lion Air dikatakan telah memuat naik status yang dianggap menghina syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dan Air Asia. Status yang dimuat turun adalah
"tweet: dalam penerbangan kalian pilih yang mana? kena delay atau enggak penah sampai"(dengan emoticon tersenyum). selamat malam. salam # LIONAIR
Selepas Lion Air memuat naik status ini, syarikat penerbangan tersebut menerima pelbagai kecaman dari pelbagai pihak. Status yang di muat naik menunjukkan sikap yang tidak matang dan tidak menghormati perasaan keluarga dan sahabat mangsa penerbangan Malaysia. Namun tidak lama selepas itu, Pengarah Perkhidmatan dan Operasi Lapangan Terbang Lion Air menafikan penah menghantar tweet tersebut dan syarikat Lion Air tidak memiliki apa-apa akaun tweeter rasmi. Selepas pengunguman itu di buat tweter _officiallionair telah dipadamkan. Situasi yang dihadapi oleh Lion Air boleh digambarkan dengan peribahasa Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Tidak dapat dinafikan kemajuan memberikan manusia kemudahan namun tidak bermakna nilai insani patut di lenyapkan.
Globalisasi telah menyebabkan kemajuan semakin berkembang, internet telah muncul menyebabkan keluasan untuk perhubungan semakin luas dan semakin tidak dapat di kawal. Jika hal ini di teruskan, tidak mustahil kes diatas akan berulang ataupun akan terjadinya konflik yang lebih parah lagi. Kemajuan yang telah di sediakan akan hendaklah digunakan dengan sebaiknya agar ia dapat di manfaat dengan sewajarnya.
saya merasakan bahawa globalisasi memberi kesan yang negatif berbanding kesan positif kerana apabila dunia menjadi semakin kecil, kita semakin terdedah kepada konflik yang kadangkala tercetus oleh tulisan yang sedikit. selain itu, pembawa masej tersebut seringkali terlepas kerana kecanggihan internet yang bolehmelakukan apa sahaja.
ReplyDelete“Tweeps dalam penerbangan kalian pilih mana? Kena delay atau nggak pernah sampai (dengan emoticon tersenyum). Selamat malam. Salam. #LIONAIR.”
ReplyDeletePetikan diatas adalah komen dari tweet yang dimuat naik oleh akaun twitter milik Lion Air, namun tidak lama selepas itu pihak pengurusan Lion Air menyatakan akaun twitter tersebut adalah palsu. Namun kebenaran disebalik isu ini masih menjadi tanda tanya. Impak globalisasi yang meresap dalam kehidupan manusia pada dunia hari ini dapat memberikan kesan yang pelbagai termasuk menimbulkan perselisihan dan pertelingkahan yang bukan hanya memberikan imej yang buruk pada satu-satu organisasi malah seakan tidak menhormati nilai insani dan sifat hormat-menhormati sesama manusia. saya tertarik meninggalkan anda semua denga suatu persoalan iaitu adakah kemajuaan arus globalisasi itu sendiri menghakis nilai kemanusiaan sehingga tidak menghormati perasaan dan emosi manusia yang terlibat dalam sesebuah tragedi? atau adakah nilai kebebasan bersuara dan berpendapat dijadikan batu loncatan sehingga nilai hormat-menghormati antara manusia kian luntur..
Saya bersetuju dengan pandangan saudari tentang kesan globalisasi yang menimbulkan perselisihan dan pertelingkahan sesama manusia. Globalisasi boleh mendatangkan kesan yang buruk sekiranya manusia itu sendiri tidak mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengeluarkan pendapat. Oleh itu, pengguna media sosial harus mengetahui impak daripada kata-kata yang disebarkan dalam media dan harus fikir dahulu sebelum berkata-kata.
ReplyDeleteDalam mencari makna yang sesuai sememangnya kita sebagai manusia tidak dapat menilai dan mengukur jarak kemodenan seseorang. Maka sebagai manusia yang yang mampu berfikiran waras, globalisasi ini hendaklah merujuk kepada kepentingan atau kebaikan yang dibawa.
ReplyDeletePada pendapat saya tidak salah globalisasi atau konsep nya yang meningkatkan pemikiran manusia. Namun sebaliknya segelintir manusia yang tidak berjaga jaga serta membuat sesuatu perkara itu dengan hawa nafsu. Mungkin dalam keadaan marah, kecewa, menyindir. Kita tidak akan dapat memahami isi hati mereka kerana mengikut tweet yang di sebarkan itu hanya bersandar pada perasaan marah.
Saya setuju dengan tzyyhong dengan pendapat saudari bahawa pengguna media sosial harus berjaga untuk mengeluarkan pendapat.
Sememangnya kita tidak dapat menyalahkan globalisasi tetapi cuba untuk mengawal perasaan sendiri untuk berfikiran positif.
Dengan adanya globalisasi, kebebasan suara seakan akan membolehkan manusia melontarkan pendapatan tanpa perlu ad garis panduan. Disebabkan istilah itu jugalah semakin banyak komen mahupun pendapat yang menyalahi etika kebebasan bersuara. Bagi saya konsep globalisaisi telah disalah erti dan tidak difahami secara betul oleh manusia. Penggunaan teknologi dengan betul membolehkan sesebuah masyarakat itu lebih matang dalam menyuarakan kenyataan.
ReplyDeleteGlobalisasi ini boleh menjadi sesuatu perkara yang bermanfaat atau suatu permasalahan kepada manusia. Namun ianya akan menjadi sesuatu permasalahan apabila seseorang tidak menggunakannya ke arah yang betul. Misalnya, seperti artikel tersebut yang menyatakan sesuatu yang boleh menimbulkan masalah serta rasa tidak kepuasan hati individu lain melalui media baharu sebagai perantaraan telah menjadikan perkembangan sesebuah globalisasi itu sebenarnya suatu perkara yang negatif terhadap manusia. Media baharu yang diwujudkan atas dasar globalisasi telah menjadikan ianya suatu kepercayaan baharu, di mana setiap apa yang ditulis, dibincangkan dan disampaikan melaluinya membuatkan ramai individu mempercayainya. Tetapi sebenarnya, globalisasi itu mampu menjadi sesuatu yang bermanfaat jika individu tersebut mampu menggunakannya dengan baik. Globalisasi melalui media baharu ini menjadi sesuatu yang bermanfaat kerana ianya sesuatu yang melibatkan proses peningkatan halalaju dan mempercepatkan dalam aktiviti dan hubungan manusia. Misalnya, globalisasi ini mampu meningkatkan kelajuan dalam interaksi sosial manusia serta pengaliran idea-idea, bahan, wang dan sebagainya ( Sumber elektronik : https://globalsociology.pbworks.com/w/page/14711303/What%20is%20Globalization) Oleh itu, globalisasi ini mampu menjadi sesuatu perkara yang bermanfaat dalam kehidupan manusia dan ianya bergantung bagaimana manusia itu memanfaatkan kewujudan globalisasi dalam kehidupan mereka.
ReplyDeletezaman yg semakin maju ini memperlihatkan betapa pentingnya proses globalisasi. Globalisasi bermaksud peningkatan taraf hidup masyarakat dan mambawa banyak manfaat kepada manusia jika ia digunakan dengan betul. Ia memperlihatkan bahawa masyarakat pada masa ini tidak ketingalan zaman dan menggunakan teknologi sebaiknya. Namun ia juga membawa keburukan jika disalahgunakan. Oleh itu, masyarakat seharusnya menggunakan teknologi ini dengan sebaiknya seperti jangan sembarangan mengeluarkan sebarang kenyataan jika itu tidak betul.
ReplyDeletePerkembangan globalisasi memberikan banyak manfaat kepada manusia untuk menjalinkan hubungan antara satu sama yang lain. pada pendapat saya, globalisasi dapat merapatkan hubungan antara kaum malah antara negeri dalam sesebuah negara. namun, penyalahgunaannya akan memberikan impak negatif dan mungkin menyebabkan berlakunya perbalahan. contohnya di Malaysia sendiri, akibat perkembangan globalisasi, manusia majoriti mengeluarkan pendapa masing-masing. namun, pendapat yang dikeluarkan memngikut emosi dan tidak rasional akan menimbulkan krisis antara pengguna. oleh itu, saya bersetuju denga apa yang diperkatakan oleh saudari Tzyy Hong bahawa pengguna harus berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pendapat. kenapa harus menyalahgunakan perkembangan globalisasi sedangkan perkembangan itu banyak memberikan kesan positif kepada manusia dan negara. contohnya menjalinkan hubungan baik dengan negara luar, berkongsi pendapat dalam memajukan negara dan mengeratkan silaturahim antara manusia. oleh itu, manusia hendaklah berhati-hati apabila mengeluarkan pendapat. Impak globalisasi itu berada di tangan manusia sendiri samada inginkan keamanan, kerjasama, kemajuan atau menginginkan impak negatif seperti perbalahan dan sebagainya.
ReplyDelete