Saturday, 28 March 2015

Taasub Media Sosial

Pernahkah anda alami atau melihat situasi dimana anda melepak di gerai makan bersama kawan anda, sebelum makanan yang dipesan sampai, masing-masing bertukar cerita dan rancak berbual. Selepas selesai menikmati hidangan, perbualan menjadi bosan, dan akhirnya masing-masing membelek gajet sendiri. Semestinya anda pernah mengalami bukan?
Menurut Shuhada Mansor, wartawan myMetro, media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta liputan blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Remaja era baru terlalu fanatik dengan pelbagai gajet canggih yang boleh mengakses Internet dan melayari pelbagai jenis laman sosial tanpa had waktu. Hal ini menyebabkan seseorang itu menjadi lalai dan menjadi virus kepada pengguna terutama remaja.
Mengapa? Menurut Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, di myMetro, laman sosial sebenarnya adalah tempat strategik bagi penggunanya untuk meluah perasaan sama ada positif atau sebaliknya seperti kegembiraan, marah, kecewa, dendam, tertekan dan sebagainya. Dan faktor ini menyokong alasan kepada penyakit ketagihan laman sosial. Pengguna mudah terjurumus kepada ketagihan laman sosial kerana ia mudah, dapat mencari kenalan baru dan boleh membentuk satu kumpulan sosial dalam jumlah yang besar.
Kami telah menjalankan sedikit soal selidik mengenai kekerapan seseorang menggunakan media sosial. Mengikut hasil kajian, pengguna media sosial lebih ramai mempunyai akaun Facebook selain media yang lain iaitu seramai 98.6%. Seramai 31.5% melayari media sosial selama 3-4 jam dalam sehari. Namun, terdapat beberapa responden yang menggunakan media sosial selama 8 jam keatas. Selain itu, pengguna lebih ramai menggunakan media sosial untuk mencari hiburan dan bersosial iaitu sebanyak 84.9% dan 80.8% untuk berita. Disamping itu, ada yang merasakan hidup sunyi sekiranya tidak dapat melayari internet dalam tempoh sehari. Melalui soal selidik ini, jelas menunjukkan media sosial adalah sebahagian daripada hidup dan sosial masyarakat di negara kita. Malah ada yang sanggup berjaga sehingga lewat malam semata-mata untuk melayari internet. Bagaimana pula dengan anda. Adakah anda juga sebahagian daripada mereka yang taasubkan media sosial?
Ini merupakan antara soalan yang kami soalkan:









Keputusan yang kami perolehi daripada soal selidik:












Adakah anda menggunakan media sosial? Ataupun media soaial yang menggunakan anda? Tepuk dada tanya minda.

9 comments:

  1. Saya berasa amat tidak selesa sekiranya seseorang itu selalu menghadap smartphone semasa bersosial. Contohnya, mereka akan kurang bercakap dengan orang lain atau tidak menumpukan perhatian semasa berbual. Saya akan berasa tersisih sekiranya bersama dengan orang yang sedemikian.
    Walaupun media sosial itu memainkan peranan yang penting dalam pelbagai aspek, namun, seseorang itu haruslah bijak membahagikan masa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan saudari. Lebih lebih lagi apabila berkumpul untuk bersama rakan atau keluarga, ada salah seorang ahli kumpulan yang akan sibuk menggunakan telefon bimbit tanpa mengisahkan ahli yang lain. Ia seperti menyatakan bahawa menggunakan telefon bimbit lebih penting daripada bercakap dengan orang yang berada dI hadapannya. Saya merasakan itu tidak patut dilakukan.

      Delete
  2. Smartphone? Saya tak boleh hidup tanpanya. Tapi saya tidak pernah mengabaikan rakan-rakan saya apabila saya berbual dengan mereka kerana saya sedar mereka akan rasa tersisih apabila saya berbuat begitu dan sudah pasti saya akan alami benda yang sama sekiranya kawan saya berbuat begitu pada saya. Setuju dengan saudari Hong. Perlu bijak membahagikan masa. Smartphone, smartphone juga namun kena ingat, masih ada insan lain di sekeliling kita yang perlu perhatian kita. Pilih sama ada smartphone yang mengawal kita atau kita yang mengawal smartphone. "Apa-apa pun dari kita saja bah tu".

    ReplyDelete
  3. saya merasakan bahawa smartphone merupakan salah satu keperluan bagi pelajar terutama pelajar Universiti. Hal ini kerana setiap infomasi sama ada formal mahupun tidak formal lebih banyak dipaparkan di dalam laman sosial berbanding di papan kenyataan. Saya menggunakan smartphone untuk melayari dan membuka akaun facebook kerana saya mendapati banyak maklumat penting di siarkan disana. namun terdapat masa- masa tertentu saya menjadi taksub dengan facebook sehingga mengabaikan rakan di sebelah, setelah di tegur baru saya akan berhenti dan menumpukan perhatian kepada mereka, kini saya sedang cuba untuk mengurangkan penggunaan smartphone.

    ReplyDelete
  4. Penggunaan smart phone merupakan satu keperluan lebih-lebih lagi pada mereka yang bergelar pelajar.hal ini demikiaan kerana kebanyakan informasi diperolehi melalui media sosial seperti facebook, tweeter dan group chat. Saya lebih rela manusia lain mengangap saya ketagih smart phone asalkan maklumat dan berita penting tentang sesuatu isu dapat saya ketahui.

    ReplyDelete
  5. Tahun 2005 mungkin perbualan atau topik yang dibincangkan lebih menarik. Ini kerana pengaruh internet dan teknologi pada masa itu hanya pesanan ringkas sahaja. Namun kini, pada tahun 2015 yang merupakan zaman dunia berputar dengan hanya menggunakan jari. Hal ini demikian menjadiikan masalah internet semakin berleluasa. Manusia semakin lupa dan alpa terhadap internet dan teknologi yang canggih. Dan menjadikan satu masalah besar sehingga menyebabkan kematian baru baru ini. Ini melihatkan kesalahan teknologi yang menyebabkan manusia terkesan seumur hidupnya.

    ReplyDelete
  6. Media sosial? Hampir semua lapisan masyarakat rasanya memiliki media sosial. Namun, pada tahap ketagihan manakah diri kita terhadap media sosial. Semakin hari semakin pelbagai teknologi diperkenalkan. Teknologi tersebut banyak membantu masyarakat semakin mudah mencapai media sosial di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Media sosial mampu membuatkan seseorang itu ketagihan dengan kemudahan yang disediakannya. Media sosial memudahkan masyarakat kini untuk berkomunikasi, berkongsi pendapat serta meluah perasaan meskipun tanpa teman berada di depan mata. Kepelbagaian fungsi yang diperkenalkan melalui media sosial ini menyebabkan manusia tidak mampu lekang menggunakannya. Media sosial ini dianggap mampu memenuhi suatu ruang kepuasan serta kesunyian pada penggunanya. Bagi saya sendiri, media sosial sangat bermanfaat kepada saya. Kekangan masa menyebabkan saya jarang untuk sentiasa membaca berita meskipun berita online. Dengan adanya media sosial yang mampu berkongsi pelbagai maklumat membolehkan saya sentiasa mengetahui perkembangan sekeliling saya serta pelbagai pengetahui tentang kehidupan. Kebiasaan saya melayari media sosial ini menyebabkan saya ketagih dengan pengunaannya. Hidup terasa kosong jika sehari saya tidak melayari media sosial. Saya seumpama manusia yang ketinggalan zaman kerana tertinggal sedikit perkembangan. Bagi saya, media sosial ini sangat berguna dalam kehidupan saya :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Taasub media sosial? Sebenarnya saya sendiri kurang faham mengenai perkataan taasub. Saya sebenarnya seorang yang tidak lekang dari smartphone apabila saya berasa sunyi dan apabila bersendirian. Tetapi, apabila saya mula menghadap sesuatu kerja, berjumpa dengan rakan dan menghabiskan masa dengan keluarga, saya mula mengabaikan setiap gajet sekaligus mengabaikan segala media sosial. Bagi saya, media sosial sememangnya penting. Namun apabila untuk tujuan pembelajaran dan ingin mencari sesuatu maklumat. Sejujurnya kadangkala saya sanggup menunggu tengah malam dan berjaga untuk melayari internet. Saya agak kurang setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh saudara Fattyboy yang menyalahkan teknologi. Hal ini kerana, manusia itu sendiri yang tidak bijak dalam mengawal ketagihannya terhadap teknologi yang semakin membangun. Selain itu, kita tidak patut melupakan keistimewaan media sosial dalam membekalkan maklumat dan kemudahan kepada pengguna. Sekiranya tiada media sosial, apakah maknanya kecanggihan teknologi kepada manusia.

    ReplyDelete