Friday, 6 March 2015

Shift 2020

Shift 2020 : How technology will impact our future.


Dunia kini semakin istimewa lagi-lagi dengan kewujudan teknologi yang menjadikan dunia kini semakin canggih tanpa kita jangkakan. Setelah menonton video ‘Shift 2020’, telah memberi gambaran kepada kita bagaimana teknologi ini memberi manfaat, mempengaruhi, membentuk serta impaknya dalam kehidupan seharian kita. Dalam video ini juga jelas memperlihatkan begitu banyak teknologi yang telah tercipta untuk memberi kemudahan kepada manusia. Hampir keseluruhan perkara dan tugas manusia dilakukan dan dipermudahkan oleh teknologi yang tercipta, malah bukan itu sahaja, hampir segala permasalahan yang wujud kini juga mempunyai solusinya tersendiri yang mampu diatasi melalui teknologi ini. Kewujudan teknologi seolah-olah menjadikan tiada perkara yang mustahil untuk berlaku di dunia pada masa kini. Namun begitu, kewujudan teknologi yang semakin berlambak kini, telah banyak mengambil alih tugas manusia. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford menyatakan bahawa hampir 50% manusia tidak akan mempunyai pekerjaan pada 10 tahun yang akan datang, dan banyak juga syarikat-syarikat akan terhapus ekoran daripada tidak mampu untuk memiliki kemajuan daripada segi teknologi yang semakin hari semakin canggih.

KOMUNIKASI
Dalam video tersebut juga menjelaskan kepelbagaian teknologi yang diciptakan untuk pelbagai manfaatnya. Dalam perhubungan, video ini turut memperlihatkan bagaimana teknologi terbaharu  kini mewujudkan Skype  kemudahan mentafsirkan bahasa yang dipertuturkan tersebut kepada bahasa yang difahami oleh seseorang individu. Jika sebelum ini aplikasi Skype ini hanya mampu digunakan untuk video calling dengan fungsi biasa sahaja.  Skype bukan hanya dimanfaatkan untuk berkomunikasi biasa malah turut diterapkan juga dalam bidang akademik dengan fungsi terbaharunya tersebut. Hal ini sangat memberi manfaat kepada pengajar serta penuntut ilmu malah ini juga akan  memudahkan lagi manusia untuk berinteraksi dengan mana-mana individu tanpa sebarang permasalahan bahasa pertuturan serta tidak mengira jarak.



Image result for interaksi melalui skype
Penggunaan skype untuk tujuan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran. (Sumber: google Image)

Kemampuan aplikasi Skype kini membuat terjemahan bahasa pertuturan untuk memudahkan pengguna memahami bahasa selain bahasa pertuturan mereka. (Sumber: googleImage)


KESIHATAN
Dalam bidang kesihatan ini juga, teknologi sebenarnya banyak membantu. Bukan hanya teknologi yang jelas terpapar pada mata kini, namun teknologi ini memang banyak memberi impak dalam kesihatan manusia. Berbeza dengan dahulu, kini pelbagai ubat-ubatan dihasilkan melalui teknologi dengan kajian terhadap manfaat perubatan tradisional terdahulu dan ditambahbaikan lagi. Begitu juga dengan pembedahan, kepelbagaian peralatan yang diciptakan sebenarnya juga semakin hari semakin berkualiti serta berteknologi yang semakin memudahkan ahli perubatan membantu manusia merawat serta menjaga tahap kesihatan mereka.

Image result for ubat-ubatan
Kepelbagaian ubat-ubatan yang terhasil daripada teknolgi.(Sumber: google Image)

Image result for teknologi dalam pembedahan 
Teknologi yangdiciptakan dalam pembedahan serta perubatan. (Sumber: google Image)

Teknologi sangat memberi impak yang besar juga dalam kesihatan manusia. Teknologi yang dihasilkan kini semakin canggih dan sangat membantu memudahkan manusia untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan manusia dari hari semakin hari. Menerusi video tersebut, menjelaskan penggunaan Google Glass yang dimanfaatkan oleh doktor-doktor yang menjalankan pembedahan. Mereka mengadakan pembedahan tersebut dan membenarkan dipertontonkan secara langsung  kepada 13 ribu orang pelajar perubatan sebagai salah satu proses pembelajaran mereka menerusi Google Glass. Menerusi teknologi ini, ianya membolehkan manusia lebih mengetahui apa sebenar yang berlaku semasa pembedahan tersebut. Penggunaan teknologi ini juga dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan serta pengetahuan mereka lebih jelas tentang sesuatu penyakit dan cara merawatnya.

Image result for penggunaan google glass dalam pembedahan Image result for penggunaan google glass dalam pembedahan
Penggunaan Google Glass dalam siaran langsung pembedahan. (Sumber: google Image)


Bukan itu sahaja, teknologi turut memberikan kemudahan kepada manusia dengan terciptanya  aplikasi terbaharu iaitu 23andme. Aplikasi ini membolehkan manusia membuat pemeriksaan terhadap DNA mereka dan terus dikongsikan kepada jaringan ini yang bakal menjadi jaringan sosial pada masa akan datang. Aplikasi ini membantu dalam mengenalpasti penyakit yang mudah terjangkiti apabila memiliki ciri-ciri DNA sedemikian. Aplikasi ini turut membantu manusia mengelakkan diri daripada terkena sebarang penyakit lebih awal. Selain daripada itu, aplikasi ini turut membolehkan manusia mengetahui bilangan manusia yang memiliki DNA yang sama serta masalah kesihatan yang sama di seluruh dunia.

Image result for 23andme  Aplikasi 23andMe serta manfaatnya. (Sumber: google Image)


INTERNET DALAM PELBAGAI KEGUNAAN
Jika bicara mengenai internet, sudah pasti manusia terus memikirkan kegunaan internet membolehkan mereka berhubung dengan individu lain menerusi jaringan sosial yang tercipta serta membolehkan mereka untuk mendapat maklumat secara cepat dan pantas. Namun, melalui internet kini, pelbagai teknologi yang telah diciptakan. Penghasilan beberapa aplikasi terutamanya daripada Apple Inc, yang banyak menyambungkan internet kepada aplikasi tersebut untuk memudahkan kehidupan seharian manusia. Misalnya, Apple Watch, jika dahulunya jam tersebut sekadar untuk memberi informasi kepada manusia berkenaan dengan masa. Namun kini, penghasilan Apple Watch bukan hanya membolehkan manusia untuk mengetahui masa terkini tetapi turut membolehkan manusia menerima mesej serta panggilan, malah turut membolehkan manusia mengetahui serta mengawal tahap kesihatan mereka. Apple Inc. juga menghasilkan aplikasi Apple Pay yang memudahkan manusia untuk membuat sebarang pembayaran tanpa perlu membawa kredit kad serta debit kad ke mana-mana sahaja.

Image result for apple watch Apple Watch. (Sumber: google Image)


Image result for apple pay  Image result for apple pay
Apple Pay ( Sumber : google Image)

PENGHASILAN PELBAGAI ROBOT
Melalui teknologi juga, kepelbagaian jenis robot telah diciptakan dengan pelbagai fungsi yang tersendiri. Terhasilnya robot tersebut banyak menggantikan pelbagai peranan manusia dalam kehidupan seharian mereka. Teknologi ini dihasilkan adalah untuk membantu serta memudahkan sesuatu pekerjaan tersebut di samping untuk mempercepatkan lagi penghasilan sesuatu produk.
Bicara tentang robot, ada sebuah robot yang menarik perhatian iaitu penghasilan sebuah robot untuk membantu majikannya memasak di sebuah restoran Kushan, China. Robot ini dihasilkan bukan hanya membantu majikan menghantar makanan kepada pelanggan malah turut membantu menyediakan hidangan untuk pelanggan restoran tersebut. Harga yang ditawarkan untuk robot ini sama nilainya dengan bayaran gaji pekerja selama setahun di restoran tersebut sebelum ini. Pelbagai manfaat diperolehi oleh majikannya melalui robot tersebut, tiada bayaran gaji dikenakan untuk robot tersebut serta tiada penyediaan cuti sakit untuknya. 
(Sumber: http://www.beritateknologi.com/restoran-di-kunshan-cina-menggunakan-robot-untuk-memasak-dan-melayani-konsumen/)

robot-koki-memasak-di-restoran-cina
Robot membantu majikannya menyediakan hidangan untuk pelanggan restoran mereka.
(Sumber: google Image)


Di Korea Selatan pula, telah terciptanya robot yang mengajar pelajar tadika terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Robot ini dihasilkan dengan kelebihannya yang mampu berinteraksi dengan pelajar, membacakan buku kepada pelajar dan sebagainya. Robot ini diciptakan untuk membantu menarik perhatian kanak-kanak tadika mempelajari bahasa asing. 
(Sumber : http://www.jagatreview.com/2010/12/robot-menjadi-guru-sekolah-di-korea-selatan/)

Image result for robot pengajar di korea Robot 'Engkey' yang menjadi guru tadika.
(Sumber: google Image)



Jelas terlihat betapa banyak teknologi telah diperkenalkan dan diciptakan di dunia pada masa kini. Jika teknologi kini yang telah tercipta juga telah mampu menggantikan peranan manusia, bagaimanakah keadaan dunia pada tahun 2020 kelak. Mungkinkah pada tahun 2020 kelak, teknologi ini akan menggantikan semua peranan manusia di muka bumi ini. Terfikir juga, apa yang akan terjadi pada manusia pada ketika itu? Apakah teknologi ini benar-benar akan memberi manfaat kepada manusia pada masa akan datang?


8 comments:

  1. Teknologi yg wujud sememangnya akan memberi manfaat kpd manusia iaitu sesuatu kerja dapat diselesaikan dengan mudah malah menjimatkan masa.. namun ianya juga membawa keburukan jika kita terlalu bergantung kepada teknologi iaitu manusia akan menjadi malas dan tidak memberi sepenuhnya komitmen kpd kerja krna apa yg bermain di fikiran mereka ialah 'teknologi dh ada biarlah mesin yg buat kerja.. sy nk relax'

    ReplyDelete
  2. perkembangan teknologi sememangnya memberi banyak kelebihan serta membantu memudahkan kerja-kerja yang kadangkala mustahil bagi manusia. namun, seperti yang sugim katakan, dengan kecanggihan teknologi dari semasa ke semasa menjadikan manusia semakin lemah dalam melakukan kerja, kecekapan skill turut berkurangan kerana kebanyakkan kerja telah diambil alih oleh mesin. perkembangan teknologi secara kasarnya memberi banyak kelebihan namun, dengan begitu banyak kelebihan yang dapat di beri oleh mesin, manusia harus bersaing dalam mendapatkan pekerjaan kerana saingan mereka adalah mesin.

    ReplyDelete
  3. kemajuan dalam teknologi amat diperluan untuk kemudahan dan manfaat kepada manusia. oleh kerana dihidangkan dengan kecanggihan teknologi, kita akan merasa dunia ini semakin mudah. namun dengan kecanggihan teknologi, tidak mustahil manusia juga akan menjadi semakin tamak untuk menghasilkan teknologi baru yang mempunyai kecanggihan berganda. penyalahgunaan teknologi juga akan meningkat. namun, dengan kemudahan teknologi, ia sangat membantu dalam menyelamatkan nyawa manusia. pendapat saya, teknologi sangat memberi manfaat kepada manusia pada masa akan datang. namun keburukan juga akan timbul dengan kecangihan teknologi.

    ReplyDelete
  4. Melalui video tersebut , saya tertarik dengan soalan yang ditanya iaitu: Apakah yang akan terjadi pada masa yang akan datang? Apabila kita merasakan teknologi telah mencapai tahap yang paling kemuncak, kita diperkenalkan lagi oleh teknologi yang lebih canggih. Oleh itu saya berasa bahawa perkembangan teknologi adalah bersifat berterusan dan tanpa henti.
    Dengan adanya teknologi, kehidupan kita adalah ternyata lebih selesa terutamanya dari segi sosial. Dunia ini tidak lagi mempunyai sempadan. Pada mulanya, manusia boleh berkomunikasi dari jarak jauh tanpa memerlukan kos yang tinggi dengan menggunakan ‘Skype’. Hari ini, Kita boleh berkomunikasi sesama diri walaupun menggunakan bahasa yang berlainan, disebabkan oleh kewujudan teknologi seperti ‘Skype Translator’.
    Oleh itu, perkembangan teknologi membolehkan kehidupan manusia dijalani secara optima dalam keadaan yang paling selesa.

    ReplyDelete
  5. Perkembangan teknologi memberi implikasi yang pelbagai dalam kehidupan manusia. Kecanggihan teknologi dalam dunia hari memberi ruang terbuka untuk manusia berkomunikasi dalam ruang yang terbuka dan tanpa sempadan. Kewujudan teknologi seperti instagram membolehkan peniaga menjual barangan dengan harga yang berpatutan kerana kos sewa primes dapat dijimatkan. Namun kewujudan teknologi yang terlalu canggih juga akan memberi kesan yang buruk kepada manusia sejagat ekoran tugas manusia telah diambil alih oleh manusia , lebih-lebih lagi pekerja separuh mahir. Implikasi lain yang turut terkesan ekoran teknologi yang terlalu canggih juga akan meningkatkan salah informasi atau khabar angin kepada sesebuah isu.hal ini demikian kewujudan teknogi canggih membolehkan sesiapa sahaja menyebarkan berita palsu yang dapat mengundang pelbagai persepsi.

    ReplyDelete
  6. Melalui video tersebut, kita dapat lihat, semua teknologi yang diciptakan adalah untuk kemudahan dan kesenangan manusia itu sendiri kelak. Misalnya, dalam bidang perubatan, pelbagai teknologi baharu yang diciptakan bagi meningkatkan lagi taraf perubatan untuk kesihatan manusia itu sendiri. Pelbagai teknologi yang canggih telah diciptakan untuk mengesan dan menyembuhkan penyakit yang berbahaya pada masa kini. Seperti dalam video 'shift2020' tersebut, memperlihatkan tentang teknologi dalam 'regenerate' organ melalui tisu manusia. Hal ini membolehkan organ yang rosak kelak mampu diganti tanpa mencari penderma organ yang bersesuaian dan turut dapat membantu penyakit tersebut dirawat dengan lebih cepat. Bukan itu sahaja, macam kalian sendiri tahu, kini pelbagai aplikasi yang diciptakan sebagai suatu langkah mengukur tahap kesihatan kita sendiri misalnya berkaitan jantung. Perkara ini dapat membantu manusia untuk menjaga tahap kesihatannya sendiri juga. Bayangkan, jika kini sahaja pelbagai teknologi telah diperkenalkan untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia dan bidang perubatan, mungkin menjelang masa akan datang, akan wujud lagi yang lebih canggih dan teknologi yang terperinci tentang perubatan dan kesihatan manusia. Maka itu akan membantu menjamin dan menjaga kesihatan manusia pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Berdasarkan video tersebut, saya tertarik dengan segala kemudahan teknologi yang menjangkau kebolehan dan pemikiran manusia. Siapa sangka daripada pelbagai kemungkinan yang wujud dapat membantu manusia untuk terus memberi khidmat kepada manusia sejagat. Misalnya teknologi memberi peluang untuk kita menjana pendapatan melalui media sosial. Sebagai contoh Michelle Phan seorang youtuber yang terkenal dengan memuat naik video berkaitan cara bersolek dan cara menjaga kecantikan telah memulakan kariernya dalam media sosial seterusnya berjaya mempunyai bisnes barangan alat solek yang kini mendapat sambutan hebat daripada peminatnya. Di sini kita dapat lihat bahawa teknologi memberi pelbagai kemungkinan yang dapat membantu menaik taraf hidup seseorang.

    ReplyDelete
  8. Saya berpendapat bahawa perkembangan teknologi pada masa memberi pelbagai peluang kepada kita. Contohnya pendidikan dapat diakses secara mudah melalui aplikasi telefon pintar. Misalnya aplikasi Khan dimana pelajar boleh memuat turun nota dan dapat membaca artikel-artikel yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Ini akan menjadikan proses pembelajaran menjadi mudah dan murah agar semua lapisan masyarakat mendapat peluang yang sama dalam menimba pengetahuan.

    ReplyDelete