Sunday, 12 April 2015

Kesan Dunia Kedua

Dalam mencari kehidupan sebagai seorang manusia yang mempunyai kehidupan normal. Kadang kala kita terlepas pandang terhadap beberapa perkara yang tidak ramai manusia mengetahui. Adakalanya separuh manusia terlupa bahawa ada kehidupan di dalam dunia yang kedua, sama ada kehidupan yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat. Mana mungkin manusia akan dapat melihat dunia yang tidak nyata seperti alam bukan dunia yang didiami oleh makhluk halus.

Namun entri pada blog yang saya ingin ceritakan bukan berkaitan dengan dunia ghaib, tetapi sebaliknya saya ingin menceritakan tentang kehidupan dunia kedua yang nyata dan sememangnya wujud. Antaranya ialah dunia permainan sosial atau game. Game merupakan dunia ilusinasi manusia untuk bermain dengan dunia yang tidak nyata, tetapi video game juga memberi kesan terhadap kehidupan manusia. 

Dunia kedua video game menjadi satu daripada dunia untuk manusia menghabiskan masa dengan permainan yang mengasyikkan. Manusia akan menjadi lupa bahawa dunia mereka seolah-olah berada di dunia khayalan. Namun ianya memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan manusia. Antara yang pertama ialah manusia menjadi tidak sihat. Tidak sihat berdasarkan taraf kesihatannya. Manusia yang suka duduk dihadapan komputer dengan menghabiskan masa bermain video game. Mereka sanggup tidak makan, dan memakan makanan yang tidak sihat. Hal ini akan memudahkan seseorang itu mudah mendapat penyakit.

Yang kedua pula adalah menyebabkan seseorang itu tidak bersosial. Bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga, khayalan seperti itu dapat menghancurkan hubungan yang dibina. Terdapat beberapa pasangan yang telah dibina lebih kurang 20-30 tahun, tetapi mereka hanya bercakap hanya satu jam atau dua jam sahaja. Bagi pendapat saya sebagai seorang yang normal, cara seperti itu akan menjadikan mereka dalam kehidupan yang berada dibawah tekanan. Lebih teruk lagi apabila mereka sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, mereka akan berasa keruntuhan dalam keluraga itu membebankan kehidupan mereka. 

Bagi saya cukup hanya dua perkara yang jelas dimata manusia biasa akibat daripada dunia permainan video game. Namun adakalanya ianya akan membawa keburukan hanya terhadap diri sendiri dan diri orang lain. Bagi saya, ianya melibatkan keburukan dalam kehidupan biasa, tetapi tidak pasti bagi pendapat orang lain.


9 comments:

  1. Kehidupan manusia di dunia kedua kadangkala memberi sejuta pengertian yang sukar diterangkan atau ditafsirkan dalam bentuk kata-kata. Secara jujurnya saya sendiri mempunyai dunia kedua. Namun dunia kedua saya bukan dunia permainan video game tetapi sebaiknya dunia penulisan. Boleh dikatakan dunia penulisan adalah suatu perasaan kuat yang bercambah dalam diri saya. Apabila mendapat idea dan mula menulis , saya seolah-olah tenggelam dan berada didunia yang sedang saya cipta dalam novel, puisi atau cerita yang sedang ditaip. Sememangnya agak sukar untuk dijelaskan , namun apabila seseorang mempunyai minat mendalam bidang penulisan mereka akan memahaminya.Ada waktunya apabila idea datang mencurah-curah jari-jemari tidak akan merasa penat untuk terus menaip. Masa berlalu denga n pantas dan kadangkala saya sendiri tidak menyedari bahawa saya tidak melelapkan mata sehingga ke pagi. Saya sering kali tidak tidur pada waktu malam , hal ini terjadi apabila kerana ilham dan idea sering diperolehi pada waktu malam. Tabiat atau sikap saya ini menimbulkan perasaan risau pada ibu saya. kerana saya kerap sakit kepala dan kurang makan. Saya selesa menghabiskan masa mengadap komputer peribadi dan hidup dalam dunia yang saya cipta dalam penulisan. Saya akui dunia kedua memberi impak yang kurang baik pada perhubungan sosial dengan manusia yang lain. Ibu saya sendiri pernah berkecil hati dengan situasi ini. Hal ini demikian kerana pada suatu hari saya menjerit kearahnya apabila dia menyentuh bahu saya pada saat saya sedang leka menulis. Hal ini kerana pada saat dia mengetuk pintu bilik, saya sedang leka menaip satu plot peperangan. Selepas perkara tersebut ibu seakan berkecil hati dengan sikap saya. Akhirnya saya sedar dunia kedua tidak menjanjikan kebaikan pada hubungan sesama manusia.Selepas kejadian itu saya mula membahagikan masa untuk bersosial. Namun saya tetap menulis, kerana dunia penulisan seumpama deruaan angin pagi yang mampu menyegarkan jiwa dan sanubari saya. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for sharing, Mazeah. Your experience is suitable to be related to the second life game It is how people becoming so obsessed with something that is virtual. I personally feel that perhaps it is one way of people seeking refuge from the stressful life in the real world. The virtual world is one of the way for them to escape from the reality of the real world.

      Delete
  2. This second life game, in my opinion, has significantly affect people's life in the reality. People can spend great amount of time playing the game without really realising that they have ignored their daily life and routines. People who plays second life games are so attached to the virtual world that somehow lose contact with their real life. From the video above, we can see how people changed when they are obsessed with the game. They no longer put importance in the relationships they have in their real life, instead, they spend more time building relationships in virtual life.
    Perhaps, being in virtual life is much more interesting than being in real life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan saudari di mana saya mereka seperti tidak lagi hidup di dunia nyata dan sebaliknya fokus untuk menjalani hidup di atas talian yang mana buakn realiti sebenar. Mereka yang bermain permainan Second Life ini seakan-akan lari dari mengahdapi masalah yang mereka hadapi di dunia sebenar dan lebih gemar hidup di dalam fantasi. Bagi saya adalah sangat tidak wajar apabila seseorang menharapkan dunia fantasi akan menjadi dunia sebenar jika mereka menghabiskan masa yang banyak di atas talian. Dan berdasarkan video Life 2.0 di atas, mereka menjadi lebih selesa untuk terus bermain kerana segala yang mereka ingini mereka boleh dapatkan tidak seperti kesukaran yang perlu mereka lalui di dunia nyata.

      Delete
  3. Dunia kedua..... Apabila berbicara mengenai 'Dunia Kedua' ini terus memikirkan bahawa aplikasi ini sesuatu perkara yang indah serta mampu membuatkan individu yang terlibat dengannya ketagihan menggunakannya. Aplikasi Dunia Kedua ini memberikan suatu kepuasan kepada penggunanya untuk melaksanakan suatu perkara yang mustahil untuk dicapai di alam realiti mereka. Selain daripada itu, menerusi 'Dunia Kedua' ini juga telah membolehkan para penggunanya untuk melepaskan rasa tekanan yang dihadapi di alam realitinya dengan menjalani dunia khayalan mereka menerusinya.
    Namun, manusia telah melakukan kesilapan dalam menggunakan kelebihan yang tercipta menerusi aplikasi ini yang sebenarnya boleh membantu mereka. Manusia telah leka dan mengabaikan aspek kepentingan mereka sendiri di alam realiti kerana leka dengan dunia fantasi yang diciptakan dalam 'Dunia Kedua' tersebut. Manusia juga telah tenggelam daripada memajukan serta melakukan perubahan dalam kehidupan realiti mereka kerana mereka berupaya untuk mencapai perubahan tersebut dalam kehidupan fantasi mereka tanpa perlu bersusah payah sekalipun.
    Perkara tersebut telah mendorong kepada 'Dunia Kedua' ini sebenarnya membawa impak yang negatif kepada manusia. Mereka lebih memilih untuk terus tenggelam dalam dunia fantasu tersebut dan mengabaikan kehidupan realiti mereka yang sebenarnya lebih penting.

    ReplyDelete
  4. Seperti yang di paparkan di kelas minggu lalu, kita telah di dedahkan mengenai kewujudan sebuah game yang di beri nama second life. Kewujudan game seperti ini, pada saya bolhe mendatangkan kecelaruan identiti kerana salah satu keistimewaan game ini adalah pengguna boleh mereka sendiri watar ataupun avatar yang kadangkala jauh berbeza dengan personaliti sebenar mereka. Kewujudan permainan seperti ini pada pandangan saya membawa lebih kesan buruk berbanding kesan positif. Hal ini kerana, jika diperhatikan secara logiknya, permainan ini seolah-olah satu dimensi kehidupan yang terpisah dari alam nyata dimana penggunanya boleh menjalani kehidupan harian mereka disana dan ada sesetengah pemain berkenalan dan bercinta di kehidupan kedua mereka. Dunia disana kelihatan sangat realistik pada pandangan pemain sehingga ada yang melakukan pekerjaan, dan membina kerjaya sendiri serta ada yang melakukan hubungan kelamin. Ketaksubpan mereka terhadap dunia ini telah menyebabkan mereka lupa akan kehidupan mereka dialam nyata, sehingga meruntuhkan perhubungan yang telah dibina sekian lamanya. Pada pandangan saya, walaupun kehidupan kedua memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri serta menjalani kehidupan seperti yang diharapkan namun, terlalu leka di dalam dunia itu, mampu memusnahkan segalanya yang ada dalam kehidupan sebenar pengguna.

    ReplyDelete
  5. Dunia kedua... Satu topik yang sangat menarik bagi saya kerana, saya sendiri akan mula untuk berkhayal iaitu "saya mahu menjadi seorang individu yang lain daripada diri saya sekarang". Hal ini adalah kerana, di dunia kedua, kita sendiri yang mengatur diri kita sendiri, kita bebas untuk menjadi apa yang kita mahu. Seperti saya, saya merasakan diri saya sangat teruk dengan pengalaman lalu yang saya lalui dan saya merasakan bahawa di dunia kedua itu nanti saya mampu mengubah diri saya untuk menjadi yang lebih baik daripada apa yang saya alami sekarang. Namun, di sebalik kebaikan tersebut ada keburukannya. Dunia kedua ini hanyalah sekadar fantasi dan khayalan semata-mata. Ini hanya menyebabkan kita hanyut dibuai mimpi yang tidak nyata dan hanya membuang masa melakukan perkara yang tidak pasti berlaku. Bak bait lagu Stacy, semua ini hanya kisah dongeng sahaja. Kehidupan sebenar kita akan menjadi terabai dengan permainan yang hanya membawa kepada sesuatu yang tidak pasti.

    ReplyDelete
  6. Mengenai Dunia Kedua, secara peribadi saya merasakan Dunia Kedua sangat indah dan saya berpeluang untuk menjadi seorang yang sempurna dan boleh menjadi seperti yang saya ingini. Walaupun ramai yang mengatakan dunia kedua tidak memberikan sebarang kebaikan kepada hubungan sesama manusia, namun bagi saya, saya bersyukur kerana saya berpeluang menjadi seseorang yang sempurna walaupun bukan dalam realiti. Sekurang-kurangnya saya dapat merasa kesempurnaan itu sendiri.
    Hal ini kerana dalam dunia realiti, saya merupakan seorang insan yang tiada keyakinan diri dan tidak berani untuk berdepan dengan realiti hidup. Melalui dunia kedua, saya belajar bagaimana untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga terutama ibu saya sendiri. Malah memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki diri. Hal ini kerana, apabila memikirkan idea untuk menjadi lebih sempurna atau memikirkan jalan untuk memperbaiki diri sendiri, dunia kedua telah memberi idea kepada saya untuk mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga. Saya akui bahawa dunia kedua memberikan keburukan kepada diri. Tapi ia tetap memberi peluang kepada saya untuk merasa menjadi lebih sempurna.

    ReplyDelete
  7. Jangan kita terlupa bahawa dunia kedua juga mampu menjadikan diri kita lebih mendirong ke arah kegelapan. Mengikuti perkembangan yang hanya merosakkan diri bagi saya adalah perkara yang sangat merugikan. Bukankah kita hidup hanya sekali? Bukankah kehidupan di luar sana lebih indah ? Mengapa kita seharusnya membuang masa. Ya saya bersetuju dengan pendapat dan pengalaman yang diberikan oleh rakan rakan yang mengikuti entri blog ini. Tetapi bagi saya, biarlah kita terdedah dengan kehidupan yang mencabar dari kita terpaksa berkejar kejar untuk ke hospital gara gara dunia ke dua ini.

    ReplyDelete