“Kami ada menawarkan khidmat sex ataupun rumah urut”. Selepas mendengar perkataan tersebut, secara automatik kita akan mengaitkan wanita dengan perlakuan tersebut. Namun, apakah yang bermain di fikiran anda sekiranya lelaki yang menawarkan perkhidmatan tersebut? Pernahkah anda mendengar istilah jantan upahan atau lebih dikenali “Money Boy”?
Money Boy adalah lelaki yang menawarkan khidmat kepada pelanggan lelaki dan wanita. Golongan ini berbekalkan wajah ‘jambu’ selain bertubuh maskulin mirip ‘Abang Sado’, segelintir lelaki muda dikesan bergiat aktif meraih pendapat puluhan ribu ringgit sebulan dengan menawarkan khidmat sebagai teman lelaki upahan atau ‘Money Boy’ sehingga membawa ke hubungan ranjang (Metro Ahad, 2015).
Money Boy, menawarkan layanan istimewa kepada kaum sejenis dan juga wanita dengan merangkumi sesi urutan dan seks dalam tempoh tertentu. Selain itu, golongan ini juga turut berfungsi sebagai ‘escort male’ atau lelaki pengiring kerana bersedia diupah menjadi peneman untuk membeli-belah atau bercuti di luar negara menerusi bayaran bernilai ribuan ringgit. Mereka biasanya mengenakan caj bermula antara RM200 hingga RM3,000 bagi sesi sejam sehingga seminggu (Iskandar Shah, Siraj & Mohamad Hanafis, 2015).
Aktiviti ini membabitkan penuntut Universiti Awam serta Kolej. Namun, selain penuntut, golongan kakitangan swasta dan profesional yang berusia dalam lingkungan 20 an turut menyertai aktiviti ini. Saya tertanya-tanya apakah yang ingin dikejar dan dicapai sedangkan golongan ini telah bekerja dan mempunyai gaji?
Untuk pengetahuan anda, golongan ‘Money Boy’ kini semakin berani mengiklankan diri melalui laman sosial dengan menunjukkan wajah dan tubuh yang seksi sehingga sanggup berbogel serta hanya berseluar dalam semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan. Malah ada yang membuat iklan di internet dengan memaparkan nombor telefon untuk berkomunikasi dengan lebih lanjut.
Tetapi, adakah golongan ini patut dipersalahkan atau di sisihkan? Adakah desakan hidup menyebabkan mereka mengambil jalan singkat untuk menjana pendapatan yang lumayan? Apakah mereka tidak layak untuk berubah atau diberi peluang untuk memperbaiki diri? Tidakkah mereka takut akan dosa? Walaupun mereka tahu bahawa hubungan tersebut mempunyai kesan buruk, namun, mereka tetap melakkan aktiviti tersebut. Ada sesetengahnya mempunyai niat untuk berhenti dan bertaubat daripada melakukan aktiviti ini.
Namun, menurut Utusan Online 2013, apabila ditanya, tidak mahukah berubah ke arah yang lebih baik , Zack terdiam sebentar selaku berfikir sebelum berkata, "siapa yang tidak mahu berubah, saya pun tidak mahu selama-lamanya hidup bergelumang dalam dosa seperti ini tetapi masyarakat mahukah menerima keadaan kami. "Masyarakat selalu memandang kami hina, tetapi tidak mahu pula membantu kami pulang ke pangkal jalan malah menuduh kami yang bukan-bukan sedangkan kehidupan saya ini berpunca daripada sikap orang tua yang menyakiti saya sehingga menimbulkan dendam dalam diri,".
Tetapi timbul persoalan dalam minda saya, adakah wujudnya peluang mereka untuk berubah walaupun menerima segala kutukan dan cacian? Adakah masyarakat sudi menerima golongan ini dan membimbing mereka kearah kebaikan? Adakah masyarakat yang harus dipersalahkan?
Satu topik yang amat menarik untuk dibincangkan. Bagi saya, terdapat 3 perkara atau sebab yang menyumbang kepada remaja melibatkan diri dalam perkara ini. Antaranya ialah:
ReplyDelete1.Desakan hidup
2.keadaan sekeliling
Desakan Hidup:
Memang diakui, ada sesetengah daripada mereka yang sudah bekerja dan mempunyai wang namun, kehidupan masa kini dengan keadaan ekonomi yang berubah menyebabkan gaji yang dimilikki tidak mampu untuk menampung kehidupan mereka menyebabkan remaja terdesak untuk mencari pekerjaan sampingan dan melibatkan diri dalam perkara ini.
Keadaan Sekeliling:
Perkara ini berkait rapat dengan perkara yang pertama tadi. Apabila sudah terdesak untuk mencari wang tambahan, maka remaja akan melihat kepada keadaan sekeliling mereka untuk memilih sesuatu pekerjaan. Jika keadaan sekeliling mereka banyak dipengaruhi dengan aktiviti 'money boy' ini, maka mereka akan memilih aktiviti atau pekerjaan ini kerana mereka mungkin berfikir bahawa pekerjaan ini sahaja yang memberikan wang yang lebih kepada mereka. Selain itu, pengaruh daripada rakan juga menjadi punca kepada penglibatan mereka dengan aktiviti ini. Pengaruh media sosial juga boleh dikatkan dengan perkara ini. Hal ini kerana golongan remaja akan belajar mengenai kegiatan ini di laman sosial dan akan mencuba perkara tersebut. Remaja sering dikatkan dengan kenyataan, suka mencuba perkara baru, dan apabila terpengaruh, maka mereka akan terus mencuba perkara tesebut.
Bagi saya, golongan ini tidak perlu disishkan kerana mereka juga mampu untuk berubah. Namun cara manusia untuk berubah juga berbeza, ada yang berubah dengan sendirinya dan ada juga yang berubah dengan memerlukan bantuan daripada orang lain dan tempoh untuk berubah juga berbeza. Ada yang memerlukan masa yang panjang dan ada yang memerlukan masa yang pendek. Oleh itu, masyarakat sekeliling janganlah menyisihkan mereka kerana mereka juga memerlukan sokongan daripada orang lain.
Masyarakat perlu dipersalahkan? bagi saya tidak. Masyarakat tidak perlu dipersalahkan namun, apa yang perlu diberikan perhatian ialah janganlah masyarakta menghina mereka. Cuba letakkan diri anda sendiri dalam keadaan mereka. Mesti anda akan rasa apa juga yang mereka rasa.
Saya agak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh saudara Sugim. Sememangnya ada individu mempunyai desakan hidup sehingga melakukan aktiviti seperti ini. Malah ada yang memerlukan duit yang banyak untuk pembiayaan rawatan. Sememangnya dan golongan ini perlu diberi peluang untuk meneruskan hidup dan berubah tanpa disisihkan. Malah masyarakat tidak perlu dipersalahkan. Kerana setiap manusia mempunyai pendapat dan ideologi masing-masing.
DeleteNamun, Pada pendapat saya, niat tidak menghalalkan cara. Banyak lagi cara untuk keluar dari desakan hidup. Namun, saya tidak menyalahkan golongan ini kerana mereka juga manusia yang tidak lari dari melakukan kesalahan.
Pada pendapat saya, kewujudan sosial media telah menyebabkan isu atau keadaan ini kian menular. Seperti yang dinyatakan di atas, perniagaan haram ini dipromosikan dalam sosial media dengan menggunakan gambar-gambar bogel untuk menarik minat bakal-bakal pelanggan.
ReplyDeletePada masa yang sama, sosial media telah membuka peluang bakal-bakal pelanggan untuk lebih senang untuk menempah servis-servis haram yang ditawarkan tersebut.
Saya berpendapat bahawa media sosial menjadi sebuah platform kepada golongan seperti money boy untuk menarik pelanggan kerana tiada peraturan yang menghalang mereka untuk tidak melakukan sedemikian. Namun jika perkhidmatan yang ditawarkan mengundang bahaya kepada masyarakat seterusnya merosakkan akhlak, sewajarnya pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan bantuan masyarakat untuk menghindari perkara ini daripada terus berlaku. Golongan yang menawarkan khidmat haram tidak seharusnya dipersalahkan tanpa usul periksa kerana undang undang diwujudkan untuk keadilan dan bukannya untuk menjatuhkan hukuman
ReplyDeleteTerdapat banyak faktor yang membawa kepada gejala tidak sihat seperti money boy . Pertamanya kerana desakan hidup dikota raya besar seperti kuala Lumpur dimana kos sara hidup yang tinggi. Desakan dan himpitan kos sara hidup yang tinggi ini kadangkala membuatkan manusia yang rendah iman dan crgak akhlaknya memilih jalan mudah dengan menjadi money boy. Kedua adalah pengaruh persekitaran, kebanyakan mereka yang menjadi money boy ini adalah pelajar institusi pengajian tinggi awan dan swasta. Mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang hidup mewah dan mendapat kesenangan dengan cara yang mudah.
ReplyDeleteSemakin hari semakin sukar untuk mendapatkan pendapatan yang cukup bagi seseorang rakyat yang hidup negara ini. Sukar u tuk dibincangkan tetapi jika secara sosial nya, kehidupan seperti money boy itu biasanya mereka memerlukan duit yang banyak. Kerana bayaran bagi money boy bukan sahaja mahal, tetapi money boy juga merupakan pelayan yang bergender kan lelaki. Hidup tidak bermoral seperti ini mungkin kerana desakan hidup. Tetapi bagi saya, pihak berkuasa yang tidak memantau golongan money boy ini bergerak bebas tanpa meninggalkan kesan u tuk dijejaki. Mungkin mereka bijak menggunakan media sosial untuk menjual tubuh dan tanpa kita ketahui, mungkin telah banyak group group di media sosial telah ditu uhkan bagi mereka mereka ini mencari duit lebih untuk menyara hidup. Persoalan saya, dimanakah penguatkuasaan undang undang media oleh skmm ketika ini?
ReplyDeleteSaya juga bersetuju dengan Sugim tentang beberapa perkara yang mendorong golongan ini menjadi Money Boy. Bahkan, dengan kewujudan sosial media kini seolah-olah lebih memudahkan serta menjadikan kegiatan ini semakin berani untuk menonjolkan kewujudan golongan ini. Melalui sosial media, mereka menjadikan pekerjaan mereka tersebut menjadi mudah. Hanya menawarkan perkhidmatan mereka serta berhubung melalui sosial media sahaja, mereka mampu mendapat pendapatan yang sangat lumayan. Berbeza dengan individu lain, mereka terpaksa bekerja keras untuk memperolehi pendapatan, bahkan pendapatan yang diperolehi kadang kalanya tidak setimpal dengan usaha yang diberikan. Hal ini juga menyebabkan mereka sukar untuk berubah menjadi sama seperti manusia yang biasa serta menyumbang kepada angka penambahan kegiatan yang tidak bermoral dalam kehidupan masyarakat. Jelas bahawa, meskipun sosial media terlihat bermanfaat kepada manusia, namun ianya juga memberi peluang kepada manusia untuk memudahkan lagi perlakuan yang negatif seumpama ini.
ReplyDeletePada pandangan saya, golongan sebegini seharusnya dibantu bukan di hina. jika kita melihat dari segi psikologi, terdapat juga faktor luaran seperti gaya hidup semasa kecil, pengalaman semasa kanak-kanak dan juga persekiitaran mereka mungkin boleh menjadi faktor sehingga mereka bertindak sedemikian rupa. Seperti pelayan wanita atau GRO, Money Boy turut mengalami permasalahan yang sama selain faktor dalaman yang mendorong mereka melakukan perbuatan sedemikian. Tidak salah jika menegur tetapi jangan menghina. Tidak salah jika ingin menjauh tetapi jangan mencemuh. Kadangkala sikap prejudis masyarakat menyebabkan golongan seperti ini takut untuk kembali kepada jalan sebenar dan berubah kerana takut tidak di terima. Bagi saya, masyarkat harus menjadi pendorong bukan menakut-nakutkan mereka dengan segala stereotype dan juga prejudis terhadap golongan seperti ini.
ReplyDelete