Seperti
yang kita sedia maklum, baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di
Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu
bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman
Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk
menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas
desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan
bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu
ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak
respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada
juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini.
Antara
respon yang diterima adalah seperti personaliti tv Wardina, yang menyuarakan
pendapatnya di laman sosial facebook miliknya menyatakan bahawa tanda salib
tersebut tidak perlu untuk diturunkan dan menganggap perbuatan tersebut seperti
membuli penganut agama Kristian.
Apa
yang menarik perhatian saya tentang isu ini ialah, alasan yang diberikan oleh
penduduk Taman Medan mengenai tanda salib tersebut. Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, Penduduk mengatakan
bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah
tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda
salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda
tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar
akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam.
Terdapat
beberapa persoalan yang timbul dan bermain di fikiran saya mengenai isu ini iaitu:
1. Mengapa
tanda salib baru sekarang menjadi isu atau dijadikan isu sedangkan tanda salib
telah lama digunakan sejak dari dulu lagi namun tidak pernah menimbulkan
sebarang masalah.
2. Adakah
rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah semakin
terhakis sehinggakan berlakunya isu ini?
3. Adakah
dengan hanya terlihat atau melihat tanda /alib tersebut, akidah dan kepercayaan
seseorang akan terus goyah atau berubah?
Kehidupn masyarakat di Malaysia sememangnya dilatari oleh masyarakat terdiri dari pelbagai kaum ,bangsa dan agama. Kepelbagaian yang wujud ini dapat membina kesefahaman diantara pelbagai kaum di Malaysia. Namun tidak kurang juga memberi kepincangan dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Secara jujurnya saya katakan setiap manusia mempunyai sikap rasis dalam hidup mereka. Masing- masing mempunyai sikap membela kaum,agama dan bangsa sendiri. Jika diteliti sikap radikal agama bukan hanya tertumpu pada kaum melayu sahaja.Malah kaum lain juga mempunyai sikap yang sama kepada masyarakat islam di Malaysia. Sebelum ini kekecohan berlaku ekoran isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa melayu. Dalam isu agama islam pula juga tidak kurang hebatnya apabila terdapat sesetengah individu seperti Alvin Tan yang memuat naik gambar "selamat berbuka puasa bersama bakutea" yang menjadi viral di media sosial. Kes kedua pula melibatkan individu yang sama yang mempersendakan Azan dengan membuat remix lagu berunsurkan melodi muzik. Dalam penulisan ini saya tidak meletakkan kesalahan pada mana-mana kaum atau agama. Hal ini demikiaan kerana tidak ada agama yang menyuruh umatnya berbuat kejahatan. Semua agama menganjur pada keharmonian dan kebaikan. Dalam penulisan ini saya akan membahaskan fungsi dua badan penting dalam sesebuah negara . Pertama kerajaan dan yang kedua media. Pada perspektif kerajaan ,saya tertarik untuk membahaskan tentang kewujudan Akta Hasutan 1948 dan Akta Multimedia Malaysia. Kita mempunyai Akta dan undang-undang yang jika dilihat secara teorinya dapat melindungi semua rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Namun bagaimana dari segi penguatkuasaan? Organisasi di bawah kementerian mana yang sepatutnya terlibat jika isu ini berlaku? Mengapa tiada tindakan drastik dibuat ke atas pesalah? Sehinggakan orang yang radikal dari segi agama ini dapat lepas lari keluar negara? Walaupun melakukan kesalahan yang sama kali kedua masih dapat hidup bebas di luar negara? Apakah tujuaan wujudnya Akta dan penguatkuasaan Akta ,namun tidak di aplikasikan demi menjaga keharmonian rakyat? Atau perlaksanaan akta ini hanya retorik politik semata-mata?
ReplyDeletePerbahasan kedua adalah mengenai isu media di Malaysia. Media mempunyai kuasa yang amat penting dalam membentuk dan membina fikiran rakyat. Pada saya media adalah satu medan pertembungan idelologi yang memusatkan penyampaian maklumat dan keuntungan jualan. Namun dalam usaha mencari keuntungan adlah tidak wajar mensensasikan berita sehingga membawa kepada perpecahan. Hal ini demikiaan kerana fungsi dan etika kewartawanan itu sendiri adalah untuk menyampaikan berita yang telus dan tepat pada rakyat.
Saya menganggap isu ini adalah suatu isu yang sebenarnya tidak perlu diperbesarkan kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan pelbagai agama. Bagi saya tidak mudah untuk akidah seseorang untuk goyah hanya kerana melihat tanda salib di premis tersebut setiap hari. Kerana tanda salib ini tidak asing lagi di Malaysia dan sebenarnya bukan isu agama yang dimainkan di sini tetapi isu golongan Evangalista yang tidak sensitif terhadap kebebasan beragama di Malaysia. Isu penurunan tanda salib Evangelis bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut terjadi di Singapura dan China. Golongan Evangelista dilihat tidak sensitif terhadap agama lain sebagai contoh di Singapura golongan ini kerap menganggu orang Islam untuk berdakwah dan kebanyakan gplongan Evangelis yang menjadi doktor di Singapura berusaha untuk menukar agama pesakit Islam yang telah mati menjadi Kristian.Dan ada juga kejadian dimana kuil Hindhu di Singapura diletakkan poster mengenai gereja Kristian dan ini telah menimbulkan kemarahan penganut agama Hindhu. Di China golongan ini dilihat sebagai menganggu ketenteraman awam dan kerajaan China telah merobohkan kebanyakan gereja Evangelis kerana menganggap mereka penganggu. Telah wujud pandangan bahawa negara Singapura dan China yang didiami masyarakat cina lebih tegas bebanding Malaysia.
ReplyDeleteSaya juga berpendapat bahawa, sebenarnya isu ini tidak seharusnya diperbesarkan, lebih-lebih lagi dalam negara yang memiliki masyarakat majmuk. Meskipun negara kita, agama Islam merupakan agama rasmi negara namun tidak bermaksud bahawa negara ini menyekat rakyatnya untuk menganuti agama lain selain agama rasmi. Melalui kejadian ini, benar-benar menunjukkan bahawa tiada rasa hormat terhadap agama lain yang turut dianuti dalam negara ini. Kenapa bila tanda salib yang sudah sekian lama wujud di negara ini dijadikan isu mampu menggoyahkan akidah seseorang? Bahkan, jika dilihat banyak lagi sebenarnya unsur lain yang wujud dalam negara kita ini, misalnya kewujudan sosial media, hiburan semakin berleluasa itu tidak pula dititikberatkan mampu menggugatkan akidah. Sepatutnya tidak wujud kejadian seperti ini jika saling menghormati agama masing-masing terutamanya di negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini.
ReplyDeleteBenar, kadangkala bukan sahaja mereka yang beragama
DeleteHendak memulakan kontroversi seperti ini. Jika kita lihat melalui pengalaman dan pengajaran terhadap kes kes sebelum ini, mereka yang berada dalam kelompok politik banyak memainkan isu isu agama demi kepentingan mereka. Kadangkala mereka sendiri yang sengaja memecah belahkan rakyat yang pelbagai agama di malaysia.
Namun jika kita lihat pada kes ini, golongan evangelis ini merupakan penganut agama yang sering memaksa orang lain untuk memeluk agama mereka secara paksaan. Dan mereka juga sering membuat bising dengan menyanyi. Sebagai rakyat malaysia, kita seharusnya menjaga adab dan kesejahteraan agama lain bukanlah untuk memecah belahkan agama orang lain. Dan persoalan saya, bukankah isu ini mereka tidak mempunyai lesen?
Seperti yang kita tahu Malaysia merupakan negara yang berbilang Bangsa dan Agama. Oleh yang demikian, perpaduan hendaklah diutamakan untuk menghormati agama dan bangsa masing-masing.
ReplyDeleteKebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya. Sememangnya di Malaysia, perlembagaan menetapkan bahawa islam adalah agama persekutuan (Perlembagaan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi), tetapi agama-agama lain juga boleh dipraktikkan dengan damai dan harmoni.
Namun, realiti masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai latarbelakang termasuk agama ternyata masih belum berjaya membina hubungan harmoni dengan semangat satu bangsa Malaysia. Selain itu, fahaman masyarakat Malaysia terhadap agama lain juga boleh menyebabkan timbul isu perselisihan yang boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum.
Untuk menjawab segala persoalan tersebut, saya tidak menyebelahi sesiapa. Cukup masing-masing menghormati agama masing-masing agar isu seperti ini tidak berlaku. Seperti yang saudari Mazeah katakan diatas, banyak isu yang berkaitan dengan agama sering terbangkit. Tetapi, dimanakah letaknya istilah perpaduan dan saling menghormati dalam permasalahan ini. Kita ingin agama kita dihormati? Tetapi, cuba tanya pada diri sendiri. Adakah kita menghormati agama lain? Adakah hanya agama kita sahaja yang patut diutamakan? Sebelum menilai dan membuat sebarang bantahan, cuba kita letakkan diri kita di tempat orang tersebut? Apakah perasaan kita sekiranya kita diperlakukan sebegitu?
Pada pandangan saya, masyarakat muslim masih lagi terasa dengan beberapa isu keagamaan yang melibatkan penganut kristian dan juga muslim seperti isu penggunaan kalimah ALLAH yang sering kali menimbulkan kontroversi. saya merasakan hal sebegini sepatutnya tidak menjadi penghalang kepada perpaduan masyarakat yang menganuti pelbagai agama di negara ini. Jika ia berterusan boleh mendatangkan peluang kepada pihak luar untuk menyerang dan menghancurkan perpaduan kaum. Saya merasakan bahawa setiap penganut harus saling bertolerasi agar sentiasa berada dalam keadaan harmoni.
ReplyDeletePada pendapat saya, isu-isu seperti ini tidak sepatutnya dibangkitkan terutamanya dalam negara yang berbilang kaum dan agama. Seperti yang kita semua sedia tahu, untuk mencapai keamanan dan perpaduan, sikap hormat-menghormati itu adalah penting. Sekiranya, tidak wujudnya sikap menghormati, isu-isu sensitif yang akan menyinggung perasaan agama dan kaum lain akan berlaku dan seterusnya mewujudkan perbalahan dan perpecahan.
ReplyDeleteSekiranya isu-isu seperti ini masih berlarutan, apakah pandangan orang luar terhadap masyarakat negara kita? Secara langsung, imej negara kita akan terjejas.