Sunday, 10 May 2015

Manusia Kini: Sahabatku Smartphone

Hai.. Last entri. Hope you all enjoy the video. Leave your comment about it.



                                                             Don't forget to comment. =)

6 comments:

  1. Setelah menonton video tersebut, saya merasakan bahawa kewujudan gajet pada masa kini sememangnya telah memberikan impak yang kurang baik kepada manusia. Berdasarkan tajuk sahaja, kita mampu melihat bagaimana gajet ini memonopoli kehidupan manusia. Jika dulu kita lihat manusia ke mana-mana sahaja dengan individu yang bergelar teman, namun pada era kemajuan teknologi kini, meskipun terdapat teman di sisi, tetap gajet yang menjadi teman pilihan di sisi. Melihat pada penggunaan gajet yang melampau, telah membuatkan manusia hilang pertimbangan sendiri sebagai manusia. Nak buat apa-apa pekerjaan sekalipun harus dilaporkan melalui status, jelas kelihatan di situ bahawa manusia tersebut dikawal dan dimanipulasi oleh gajet walhal sepatutnya manusia itu mempunyai akal yang mampu memikirkan bahawa seharusnya mereka yang mengawal gajet daripada menguasai kehidupan seharian mereka. Jika tidak dikawal akan penggunaan gajet ini, ianya mampu mengundang bahaya dalam kehidupan mereka malah turut menjejaskan perhubungan mereka sesama manusia.

    ReplyDelete
  2. After watching the video I found myself to be thinking of my behaviour especially when I'm hanging out with my family or friends. I found that most of the time I would be absorbed into the gadget communicating through social media than to communicate face-to-face with my love ones.
    It is time for me to rethink my habit and try my best to appreciate face-to-face interaction. This is because most probably while I was busy interacting through social media, I might miss what could have been the moments of my life.

    ReplyDelete
  3. Selepas menonton video tersebut, saya dapat simpulkan bahawa kewujudan gajet pada masa kini telah merubah cara hidup masyarakat kini. Rasa sakit hati memang ada ketika anda sedang berbual dengan rakan sebelah, namun rakan tersebut tidak melayan anda. Saya juga dapat perhatikan bahawa gajet menyebabkan komunikasi kita terbatas atau komunikasi antara manusia menjadi kurang. Namun, semua ini terpulang kepada diri kita sendiri. Kita yang mengawal gajet atau gajet yang mengawal kita. Fikirlah baik dan buruk sesuatu perkara terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan vlog yang dimuat turun adalah sangat ideal dan bersesuaian dengan situasi yang dihadapi oleh masyarakat moden masakini. Kelekaan pada gajet kadangkala menjadikan kita seorang manusia yang tidak peka pada persekitaran. Namun yag pasti pada era moden ini tiada siapa yang mampu terlepas dari hambatan keperluan teknologi. Kesimpulannya kita perlu bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran.

    ReplyDelete
  5. Hai HumanNewTech. Saya amat tertarik dengan video yang dikongsikan. Hal ini kerana secara automatik saya telah melihat sesetengan tingkah laku saya ketika keluar bersama rakan dan keluarga. Sememangnya gajet tidak lekang dari tangan masing-masing dan menyebabkan kurangnya pergaulan dan komunikasi sesama sendiri. Hal ini kerana masing-masing khayal dengan dunia sendiri. Namun, kini saya telah berubah dan mula meninggalkan tabiat buruk tersebut agar dapat menghabiskan masa dengan orang yang kita sayangi.

    ReplyDelete
  6. lucu, tapi itulah realiti kehidupan, setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza- beza memiliki telephone smartphone. namun setiap orang juga mempunyai persamaan, segala benda mahu di konsi, setiap orang sepatutnya merenung kembali mengapa talifon pintar di cipta agar penggunaannnya dapat di maksimumkan. video ini sangat menarik hati saya kerana saya juga pengguna telefon pintar tetapi jarang mengupdate status mengenai setiap pekara yag sayaa lakukan.

    ReplyDelete