It may be stated
that the peculiar nature of political knowledge, as contrasted with the “exact”
sciences,
arises out of the inseparability…of knowledge from interest and motivation.
–
Karl Mannheim, Ideology and Utopia (1955 [1936], p. 190)
Konsep penerangan Utopia diatas merupakan masyarakat zaman sebelum perkembangan teknologi maklumat seperti blog, Twitterdan Facebook. Rakyat pada suatu masa dahulu tidak mempunyai gelangang yang bebas untuk berdebat, berbincang dan bersatu dalam menyampaikan kehendak dan pemikiran mereka. Kecanggihan dunia moden memberikan rakyat satu batu loncatan yang baru dalam menyampaikan wacana perbahasan yang yang bersesuaian dengan pemikiran dan minat mereka. Kewujudan blog memberikan peluang kepada rakyat mengikuti perkembangan dan sekaligus terlibat secara lansung dalam memberi komentar berkenaan isu yang melatari kehidupan mereka, Dunia perbahasan di laman sosial ini bukan hanya mencakupi aspek politik malah merangkumi bidang sosial, ekonomi, hobi dan sukan. Dunia Utopia yang diciptakan oleh mereka ini membina satu kesatuan dan perasaan kekitaan dalam dimensi minat dan kecederungan mereka.
Pada perspektif rakyat pula mereka cenderungan membuat penilaian dan pemantauan pada isu-isu dalam masyarakat melalui entri-entri yang bersesuai dengan kepompong pemikiran mereka. Sebagai contoh mereka yang mendokong falsafah pemikiran yang menyokong ideologi penulis Satira akan menyertai Facebook : Zunar Kartunis Fan Club. Penyertaan mereka dalam kumpulan ini adalah berdasarkan minat dan kecenderungan mereka yang bersifat radikal dalam isu politik dan ekonomi di Malaysia. Kelansungan Laman page ini menydiakan tempat bagi mereka mencipta Utopia bagi ahli-ahlinya yang mendokong falsafah tersebut.
Namun berlainan pula pada mereka yang menyokong aliran pemikiran yang menyokong ideologi politik kerajaan. Meraka yang menyokong ideologi kerajaan akan menyertai Facebook: Datuk Seri Najib Tun Razak dan blog milik Milo Suam. Penyertaan mereka didalam laman ini adalah sebagai gelangang memperolehi maklumat dan perbincangan berkisar pada sesebuah isu. Tidak ketinggalan bagi mereka menyokong falsafah pemikiran bebas seperti Tun Mahatir pastinya akan setia memberi dokongan pada blog: Chedet dan facebook page saya sayang Tun Dr. Mahathir Muhammad.
1) Adakah kewujudan dunia Utopia pada hari ini menimbul suasana yang tidak aman kepada iklim perpaduan kaum di Malaysia?
2) Adakah dunia Utopia yang diciptakan oleh masyarakat di alam maya ini memberi lebih kuasa pada rakyat dalam membentuk corak kepimpinan negara?
3) Peesepsi anda berkenaan pertimbagan dan kajiaan kerajaan Malaysia yang ingin menharamkan penggunan Facebook di Malaysia (Petikan kata-kata Datuk Seri Sabry Cheek- Malaysian Insider)?
http://www.soc.duke.edu/~jmoody77/TheoryNotes/manheim.pdf
http://izquotes.com/author/karl-mannheim
Saya mempunyai beberapa persoalan yang masih terbuntu dan tiada jawapan.
ReplyDeleteAntaranya seperti..
1-sekiranya ramai pihak yang berkuasa berada di laman sosial, adakah benar benar mereka yang memberi jawapan apabila ditanya oleh rakyat?
2-dan selepas itu, sekiranya bukan mereka, adakah page page yang ditu uhkan di dalam facebook dan sebagainya itu memberi jawapan yang benar benar dari pihak yang berkuasa.
Jika tidak, bukankah ianya dikategorikan sebagai fitnah dan boleh memberi kesan terhadap prestasi pemimpin di negara malaysia. Sekian
Bagi saya konsep Utopia itu tidak akan berlaku di negara kita ini. Kerana Utopia menekankan bagaimana manusia itu harus hidup dalam keadaan ideal di mana mereka tidak akan disekat suaranya, namun di dunia yang kita hidup pada masa kini pihak yang memerintah sentiasa mengawal gerak geri golongan marhaen ini. Menyebabkan suara mereka masih disekat walaupun wujudnya medium untuk mereka bersuara di atas talian.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat saudari Hidayah Karim mengenai pihak memerintah sentiasa mengawal gerak geri golongan marhaen dan menyebabkan hak bersuara tetap disekat walaupun wujudnya medium untuk menyuarakan pendapat di atas talian. Hal ini kerana, apabila pihak pemerintah terasa tergugat dan tercabar dengan apa yang disuarakan, Mereka akan mengenakan tindakan terhadap penulis tersebut. Hal ini terbukti kerana terdapat individu yang dikenakan saman dan ditahan dibawah akta hasutan. Kononya mempunyai penulisan yang berbaur hasutan. Hal ini membuktikan bahawa pihak pemerintah tetap mengawal segala gerak geri golongan ini. Memang benar pihak pemerintah tidak dapat mengawal kesemuanya. Namun, pihak pemerintah mempunyai pelbagai medium untuk mengawal tindak tanduk pengguna sosial.
DeleteSaya juga bersependapat dengan saudar bahawa utopia itu hanyalah ilusi semata-mata. Pada luarannya, memang setiap lapisan masyarakat mempunyai peluang dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapatnya. Terutamanya, pada masa kini, media sosial telah menyediakan medium yang selesa dan sesuai untuk orang ramai berkongsikan pendapat masing-masing, Namun, pada hakikatnya, kebebasan ini hanyalah ilusi semata-mata. Hal ini kerana, pengguna-pengguna media masih disekat oleh undang-undang seperti akta rahsia rasmi, akta hasutan dan sebagainya. Pengguna-pengguna yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu, saya bersetuju bahawa hak kebebasan bersuara di negara demokratik ini hanyalah utopia.
DeletePada pendapat saya, sebelum kewujudan dunia Utopia lagi telah wujudnya perbalahan kaum di Malaysia. Oleh itu, suasana tidak aman yang terjadi di Malaysia yang mengaitkan perpaduan kaum bukanlah disebabkan kewujudan dunia Utopia semata-mata. Tetapi disebabkan ideologi yang dipegang oleh individu masing-masing. Mengenai persoalan yang kedua, ciptaan dunia Utopia dalam alam maya tidaklah memberi kuasa terhadap rakyat dalam membentuk corak kepimpinan negara. Hal ini kerana, setiap tindak tanduk rakyat dalam media sosial diperhati dan dikawal oleh pihak pemerintah. Mungkin mengugat sedikit corak kepimpinan negara. Namun, tetap juga pemimpin menggunakan ideologinya sendiri untuk memimpin negara. Pengharaman Facebook? Di sini saya ada satu persoalan yang bermain di minda setelah membaca pertimbangan dan kajian kerajaan Malaysia yang ingin mengharamkan Facebook. Adakah pihak pemerintah dapat menghalang kewujudan Facebook dan menghalang Facebook dari memasuki negara kita? Walaupun tiadanya Facebook, terdapat banyak lagi media sosial yang dapat digunakan oleh rakyat untuk menggugat atau mengkritik corak kepimpinan negara.
ReplyDeletePada pendapat saya, agak sukar sebenarnya konsep Utopia ini hendak dilaksanakan di negara kita. Hal ini kerana undang-undang di negara serta kawalan yang dilakukan atas setiap tindakan rakyat negara ini demi menjaga kahrmonian dan keselamatan negara. Jelaslah juga, sekiranya wujud dunia Utopia ini, mereka akan menyumbangkan nilai negatif dalam iklim perpaduan negara ini kerana perbezaan dunia yang diimpikan dengan keadaan realiti sekarang.
ReplyDeleteMeski wujud medium untuk melaksanakan konsep ini, tetap terhapus serta disekat juga. Tiada kebebasan hakiki di mana-mana negara sebenarnya yang membenarkan konsep seperti ini untuk dilaksanakan. Maka tiada mana-mana pihak mampu mengatasi kuasa sesebuah pimpinan negara meskipun wujud pelbagai medium untuk melaksanakan dunia Utopia seperti ini.
Berkenaan dengan pengharaman Facebook, meskipun pihak kerajaan mengharamkan Facebook, rakyat masih mampu mengakses laman sosial media yang lain. Bagi saya, tidak akan terjejas untuk rakyat menyuarakan pendapat, mengkritik kepimpinan sekarang serta mempengaruhi individu lain untuk cenderung menyokong impian mereka tersebut dengan adanya kepelbagaian sosial media pada masa kini.
Konsep Utopia sebenarnya tidak akan terlaksana oleh mana-mana negara dan tidak akan dapat dilaksanakan oleh mana-mana pemerintah didunia ini. Konsep utopia adalah mimpi,kehendak dan dambaan setiap ahli dalam masyarakat yang pelbagai. Adalah sukar untuk merealisasikan dan memenuhi impian serta kehendak setiap ahli dalam masyarakat. Hal ini demikiaan kerana pentafsiran kekayaan,keharmonian dan kebahagian di tafsirkan berbeza pada setiap individu. Ada manusia yang melihat kekayaan dan keharmonian sebagai kemewahan material dan bangunan yang megah.Namun terdapat individu yang mentafsir kekayaan dan keharmknian dan kekayaan sebagai kelapangan,ketenteraman dan kurangnya penemaran dan rendahnya masalah sosial. Adalah mustahil untuk pemerintah memenuhi setiap kehendak dan impian setiap warga.
ReplyDeleteJawapan pada setiap persoalan dalam kehiduoan manusia dan masyarakat tidak akan terjawab dengan 100% ketetapan atau memuaskan hati semua pihak. Kebenaran pada zaman kecanggihan teknologi maklumat adalah terlalu sukar untuk digapai dan dibuktikan. Dapat di ibaratkan seperti sukarnya mencari sebiji permata dalam himpunan kaca yang berselerakan. Rakyat pada zaman muktahir ini umpama boneka yang dapat diperalatkan oleh sesuatu isu. Pihak yang bijak menonjol dan mempunyai daya tarik rhetoric yang bijak akan mendapat pengikut yang ramai. Pada perspektif pemikiran saya undang-undang di Malaysia pada masa kini dijadikan seperti serampang dua mata. Undang- undang dan akta yang wujud adalah untuk menjaga kepentigan rakyat. Namun perlaksanaan,kegunaan dan pengukuhannya masih lagi menjadi persolan. Yakni dalam aspek kepada siapa? Atas kesalahan apa? Dan ketelusan penggunaanya pada mereka yang dianggap bersalah atau disabitkan kesalahan.sekian.
konsep ataupun ideologi Utopia merupakan sebuah konsep yang ideal bagi sesebuah negara namun,ianya merupakan sebuah mimpi yang tidak akan pernah terlaksana. masing-masing berkeras untuk menegakkan ideologi utama untuk memimpin. setia individu mempunyai persepsi dan juga angan-angan yang berbeza-berbeza menyebabkan utopia hanya tinggal angan-angan
ReplyDelete