BLOG yang menjadi pilihan :) ...
BLOG yang kurang digemari =_= ...
BLOG? APA ITU BLOG?
- Blog merupakan sebuah penerbitan secara kronologi mengenai pemikiran seseorang dan ianya berbentuk link Web. (Marketingterms dictionary)
- Blog juga didefinisikan sebagai hierarki teks, data dan media serta gambar-gambar yang disusun secara kronologinya dan mampu diakses serta dilihat dalam browser HTML (Harvard Universiti).
Pelbagai jenis blog
telah diwujudkan oleh individu atas keperluan serta kepentingan masing-masing. Ada
yang menjadikan blog ini sebagai coretan kehidupan mereka, perkongsian pelbagai
maklumat, serta ada juga yang menggunakan blog ini untuk mempengaruhi individu
terhadap idea yang ingin dibangunkan dan sebagainya.
Mesti kalian juga
pernah membaca pelbagai jenis blog yang sedia ada. Kalian juga pasti memiliki
blog yang kalian gemari dan tidak menjadi pilihan kalian kan?
Entri kali ini akan
melihat kepada perkongsian blog yang digemari dan kurang digemari (berdasarkan pendirian sendiri).
Blog yang diberi nama
oleh pemiliknya, blog cikpuanbunga
ini membuatkan para pembaca entrinya akan tertarik dengan perkongsian dalam
blog persendiriannya.
(Pemilik blog cikpuanbunga. Sumber : www.cikpuanbunga.com)
Blog ini bukan hanya berkongsi mengenai kehidupan
sehariannya, malah pelbagai maklumat bukan hanya perkara berkaitan tentang spesifik perkara sahaja. Menariknya blog ini, ianya
sebuah blog yang sangat dekat dengan diri setiap pembaca, seolah-olah setiap
perkongsian yang dibuat melalui entri tips yang dikongsikan menjawab pelbagai
persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh setiap golongan masyarakat.
( Entri yang menjelaskan tentang antara kejadian yang berlaku dalam kehidupan penulis blog ini. Sumber : www.cikbunga.com)
( Antara entri blog yang berkongsi pelbagai maklumat termasuklah resepi masakan. Sumber: www.cikbunga.com)
( Antara entri yang dikongsi untuk membantu pembaca untuk mengatasi sesuatu masalah yang dialami oleh mereka. Sumber : www.cikbunga.com)
Blog ini sangat menarik
entrinya kerana ianya berkongsi perkara yang membolehkan kita juga mendapatkan
kehidupan yang menarik seperti penulis blog tersebut juga.
Manakala terdapat juga
blog yang kurang digemari. Blog yang lebih menekankan perihal politik, iaitu
blog yang sangat dikenali dengan nama, milosuam.
Hal ini kerana input atau entri yang dikongsikan oleh penulis adalah lebih
berkaitan dengan ideologi yang diperjuangkan sesebuah pihak.
(Antara entri yang menunjukkan penulis ini yang mencabar sesebuah pihak yang bertentangan dengan ideologi yang diperjuangkan. Sumber: milosuam.blogspot.com)
Berdasarkan blog tersebut, kita mampu melihat bagaimana blog ini hanya lebih banyak memasukkan entri yang hanya menonjolkan serta menekankan setiap tindakan sesebuah pihak tersebut sahaja adalah silap. Bukan itu sahaja, menerusi blog ini juga, pihak penulis berusaha untuk mempengaruhi pemikiran pembaca melalui entri yang diterbitkan.
( Antara entri yang menunjukkan kelemahan tindakan yang dilakukan sesebuah pihak tersebut. Sumber : milosuam.blogspot.com)
(Antara entri bahawa penulis cuba menunjukkan sikap angkat bakul terhadap pihak yang disokongnya. Sumber : milosuam.blogspot.com)
Berdasarkan beberapa aspek yang diketengahkan oleh penulis menerusi penulisan entri mereka tersebut yang menjadi sesebuah blog tersebut digemari mahupun kurang menjadi pilihan pembaca.
Menerusi aspek tersebut, adakah kalian juga memiliki pendapat yang sama yang mempengaruhi tahap minat kalian terhadap sesuatu blog tersebut?
Penulisan b!og meruoakan satu wadah untuk saya mencari maklumat dan pengetahuaan mengenai sesuatu isu setelah membacanya di portal berita. Blog adalah sumber kedua dalam gerbang memperolehi maklumat selepas saya merujuk pada portal berita, television dan ilmuan.
ReplyDeleteSecara jujurnya saya membaca dua jenis blog. Pertama adalah blog politik dan kedua adalah blog masakan.
Dalam mendapatkan maklumat atau pemantauan tentang blog politik saya tidak mempunyai pendirian "suka" atau tidak suka. Hal ini demikian kerana saya bukanlah hamba pada mana~mana ideologo politik di Malaysia. Saya membaca dan membuat penilaian peribadi pada semua entri blog yang mempunyai kecenderungan ideologi yang berbeza. Biasanya saya akan membaca 3 blog yng berbeza setiap minggu seperti CHEDET, milosuam,papagomol dan Blog Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya akan membaca dan membuat penilaian pada setiap penulisan mereka berkenaan sesuatu isu. Antara lqin juga saya juga akan meneliti setiap komen dan perbahasahan antara pengikut sesuah blog diruang komen. Sebelum saya melanjutkan pengajian di UNIMAS saya mengambil pengajian dalam bidang psikologi. Pematauan dan pembacaan yang pelbagai ini membolehkqn saya mendapatkan maklumat yang pelbagai. Antara lain saya berminat mengkaji manusia. Pada saya adalah cukup menarik apabila kita dapat melihat personaliti manusia upyang pelbagai dalam satu satu entri blog. Penilaian dan pemerhatian yang saya laukakn ini adalah sangat bermanafaat pada saya untuk mengenali manusia karekter manusia yang pelbagai.
Untuk pembacaan santai pula saya gemar membaca blog masakan .hal ini demikian kerana jika mempunyai kelapangan semasa berada di semenanjung saya gemar memasak dan mencuba resepi baru.
Hai berjumpa lagi dalam komentar. Saya suka penerangan yang diberikan. Tetapi idea saya mengenai blog yang baik adalah entri yang tidak mengangkat diri sendiri. Maksud saya ialah, apabila kita sendiri yang memasukkan isi isi demi menarik minat pembaca untuk membaca, isi tersebut hendaklah mempunyai penerangan yang jelas dan bukanlah penerangan yang diambil dari idea orang lain. Biasanya blogger kini hanya mengambil enteng terhadap entri yang dimasukkan. Dan setelah itu, mereka pula yang syok sendiri....
ReplyDeleteTetapi bukan semua manusia gemar entri yang sama, saya suka minum milo. Anda suka minum kopi, jadinya ianya bergantung pada topik yang digemari...
Walau apa cara sekalipun, blogger di malaysia kini mula mencari jalan mudah iaitu dengan copy dan paste. Cuma ada sedikit tambahan ,dalam isu yang dibangkitkan. Jadi sejauh manakah blogger malaysia akan berada di tahap pemikiran yang cemerlang sekiranya rata rata mereka masih berada dalam kelompok yang ortodok
Saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh saudara fattyboy. Penulis hendaklah menulis penerangan tentang sesuatu isi yang ditulis agar tidak menimbul kekeliruan dan unsur yang berbaur fitnah serta mempunyai kesaihan. Namun, pada pendapat saya, ideologi yang dipegang oleh penulis turut mempengaruhi setiap isi yang ditulis.
DeleteBlog??? Sejujurnya saya sebelum ini kurang untuk melawati sesuatu blog. Apatah lagi untuk membacanya. Namun, akibat minat dalam sesuatu aktiviti telah menarik diri saya untuk mencari sesuatu maklumat yang sering dikongsikan oleh penulis-penulis blog. Saya bersetuju dengan penulis di atas. Minat terhadap sesuatu merupakan faktor tertentu seseorang untuk membaca entri yang dimasukkan oleh penulis. Namun, saya tidak membaca entri yang ditulis oleh seorang sahaja dan tidak terikat dengan satu blog sahaja. Saya lebih mementingkan minat dari isu semasa yang diceritakan. Contohnya, saya lebih gemar mencari perkongsian mengenai resepi untuk membuat kek atau desert. Di samping itu, saya agak kurang gemar dengan isu politik. Hal ini kerana saya akan mula menyalahkan golongan yang di kritik tanpa mengetahui hal yang sebenar. Saya hanya akan membaca blog yang menulis mengenai politik sekiranya saya ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan perkara tersebut membuatkan saya tertanya-tanya kisah sebenar. Walaupun entri yang diutarakan memberikan maklumat yang sepatunya pembaca perlu tahu, namun, minat lebih menguasai setiap keputusan seseorang untuk melawati blog seseorang atau blog yang tertentu.
ReplyDeletepenulisan blog pada dasarnya di mulakan dengan tujuan blog itu di reka. Jika seseorang penulis mereka blog bagi tujuan akademik, maka segala entrinya akan berbaur akademik dan penuh dengan input-input akademik. begitu juga jika seseorang itu bertujuan untuk menyebarkan ideologi mereka maka semua entri yang di utarakan akan menjurus kearah menjatuhkan pihak lawan dan juga mengangkat ideologi sendiri. Bagi saya, kebanyakkan penulis blog di Malaysia mengamalkan prinsip "play safe" di mana mereka lebih gemar menggunakan blog sebagai sebuah diari alam maya mengenai kehidupan harian mereka tidakubah seperti sebuah diari yang hanya memuatkan kisah hidup mereka. Kebanyakkan penulis blog lebih gemar mengutarakan hal-hal yang tidak berbahaya kepada diri mereka seperti menimbulkan kontroversi jauh sekali yang di kategorikan sebagai menyalahi undang-undang seperti provokasi kerajaan dan bermain dengan isu-isu politik
ReplyDeleteSaya hanya akan membaca blog yang menarik minat saya. Contohnya blog mengenai masakan dan pelancongan. Blog yang saya baca, saya jadikan sebagaI rujukan dan inspirasi. Saya suka makan dan memasak maka saya akan rujuk blog yang berkaitan untuk mengikut cara yang dinyatakan untuk memasak sesuatu masakan agar memudahkan saya. Pada pendapat saya, blog adalah sesuai untuk digunakan namun ada sesetengah blog yang lari daripada tujuan sebenar contohnya sebagai tempat untuk melakukan fitnah untuk menjatuhkan seseorang.
ReplyDeleteSaya bersependapat dengan saudara. Saya juga gemar membaca blog terutamanya blog yang berbentuk diari. Di samping itu, saya juga gemar untuk membaca blog pelancongan. Pada pendapat saya, blog merupakan suatu medium yang bagus untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan saya juga lebih suka untuk mendapatkan sesuatu 'review' melalui blog. Hal ini disebabkan oleh formatnya yang lebih bersantai dan penulis menceritakan pendapat atau perasaannya di mana saya berasa sesuatu maklumat itu lebih menyeluruh bukan sahaja perbincangan sesuatu perkara sahaja tetapi termasuk juga perasaan penulis blog tersebut.
DeleteSaya akui blog adalah sangat berguna kepada penulis kerana ia juga boleh dijadikan diari di atas talian di mana penulis berkongsikan pengalaman dan sebagai pembaca dapat mengaitkan pengalaman tersebut dengan diri mereka. Saya rasa itu adalah sebab utama mengapa saya gemar membaca blog yang berkongsi kisah hidup mereka dan saya merasakan kenal dengan penulis kerana penulisannya yang berbentuk peribadi. Bagi saya ini adalah cara bagaimana seorang blogger itu boleh menjadi terkenal dan disayangi pengikut. Tetapi saya kurang gemar blog yang hasil penulisannya menghentam individu lain tanpa sebab yang kukuh dan sentiasa memburukkan orang lain kerana bagi saya penulis itu tidak matang dan tidak seharusnya membuka aib dirinya dan aib orang lain.
ReplyDelete