Pernahkah
anda tertanya-tanya sejarah pembuatan game, bagaimana terhasilnya permainan yang anda kenali sekarang? Marilah bersama-sama kita melihat
perkembangan industri permainan terutamanya permainan atas talian. Industri permainan
video bermula sekitar pertengahan tahun 1950-an. Pada bulan November 1972, permainan
tenis yang mudah dengan gambar dua batang kayu sebagai pengayuh dan petak
sebagai bolah di kenali sebagai PONG daripada ATARI telah di pasarkan. Walaupun
pengeluaran permainan ini tersangat ringkas tetapi ia merupakan sesuatu yang
baru pada ketika itu. Permainan PONG menjadi sangat dikehendaki kerana
menunjukkan terdapat ruang bisnes di dalam industri permainan video. Banyak syarikat
telah meniru format PONG dan membuat permainan yang serupa yang di katakan telah
terjual sebanyak 100,000 unit. Pada tahun 1975, ATARI telah membangunkan semula
permainan PONG yang boleh digunakan untuk permainan di rumah di mana pemain
boleh menyambungkan permainan ini ke televisyen di rumah mereka. Permainan ini
pula telah terjual sebanyak 150,000 unit sebelum Chrismas tahun tersebut.
Permainan PONG, sember: www.googleimage.com |
Permainan video tercipta apabila seseorang
daripada pihak ketenteraan bermain dengan perisian komputer milik tentera. Antara
permainan video yang paling awal di cipta termasuklah Pac-man, Mario Series. Pada
sekitar 1990-an, telah muncul pula permainan video yang berbentuk 3D yang mempunyai
jalan cerita yang ringkas. Kebanyakkan permainan ini mensasarkan kanak-kanak
sebagai kumpulan sasaran utama mereka. Syarikat-syarikat besar sperti Sony,
Microsoft dan juga Nintendo menjadi pesaing dalam industri ini.
Kini,
permainan video menjadi salah satu penyumbang pendapat lumanyan kepada negara. Terdapat
banyak pembangun atau pencipta permainan video tidak kira samada secara atas
talian ataupun secara luar talian tidak putus-putus membangunkan perisian
permainan computer ataupun PC untuk di jual di pasaran. Terdapat tiga jenis
pembangun permainan video iaitu pembangun orang pertama, syarikat yang mencipta
dan membangunkan permainan itu sendiri, pembangun orang kedua iaitu pembangun
yang di upah oleh syarikat permainan video utuk membangunkan permainan yang
telah di ideakan dan pembangun orang ketiga iaitu pembangun yang bergerak
secara bersendirian dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat permanianan
video.
Apa yang menjadi permasalahannya di sini
adalah, apabila pencipta yang terlalu taksub dengan permainan video tidak
mendapat bayaran yang setimpal dengan hasil kerja mereka. Pencipta yang begitu
berdedikasi untuk membangunkan permainan tersebut sehingga tidak lagi
menghiraukan diri sendiri hanya di bayar mengikut ketetapan yang di persetujui
walaupun hasil kerjanya melangkaui jangkaan syarikat permainan video. Apa yang
menjadi persoalan di sini adalah patutkah pencipta permainan video di beri
pengiktirafan seperti anugerah untuk menghargai kemahiran dan juga skil yang di
miliki dalam membangunkan sesebuah permainan video? Apakah aspek yang menjadi
kayu ukur bagi menilai kemahiran dan juga skil mereka? Renungkanlah.
Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya. Malam tadi saya kelihatan seorang kanak kanak yang lengkap dengan permainan video di kedai makan. Saya tiba di kedai tersebut dalam pukul 8 sehingga 10malam. Tetapi apa yang mengejutkan, kanak kanak tersebut hanya memakai headphone dan bermain video game selama mereka duduk. Apa yang menghairankan saya ialah ibu bapa mereka tidak mengendahkan anaknya yang tidak bercerita dan hanya bermain game.
ReplyDeletePada tahun 2015 mereka secara langsung telah kehilangan adab dan masa yang berkualiti disebabkan oleh permainan video. Apakah nasib mereka pada tahun 2020? Masih wujud atau tidak kualiti masa untuk keluarga untuk menimbulakn kasih sayang dan belaian dalam kekeluargaan.
Maaf terdahulunya, saya gemar terhadap kecanggihan permainan video dan juga perkembangan teknologi pada masa kini, tetapi apabila saya renungkan kembali. Saya benci kecanggihan yang dibawa masuk kerana saya tidak merasakan manusia semakin bertamadun dan menjadi semakin biadap
Pada pendapat saya, pencipta permainan video ini perlu diberikan pengiktirafan kerana permainan video masa kini amat popular dan seperti sudah menjadi keperluan untuk mereka. Penat lelah merek juga harus dilihat dan perlu diberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha mereka. Saya seorang yang tidak suka dengan permainan video kerana bagi saya ianya hanya membuang masa, oleh sebab itulah saya tidak mengikuti perkembangan permainan video ini.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa pencipta permainan video harus diberikan pengiktirafan yang sepatutnya. Hal ini kerana penciptaan permainan video ini juga merupakan satu kemahiran dan sekiranya permainan video ini menyumbangkan sumbangan dalam mengharumkan nama baik negara, pengiktirafan seharusnya diberikan.
DeleteSelain itu, saya berasa bahawa permainan video bukanlah sesuatu yang buruk. Bagi saya permainan video merupakan hiburan. Cuma, sekiranya obses dengan permainan video, mungkin akan membawa kesan buruk kepada pemain. Oleh itu, pemain itu sendiri harus wajar dengan masa yang diluangkan dalam permainan video.
Pada pendapat saya, permainan video ini merupakan salah satu terapi yang mampu meredakan rasa stress dalam menjalani kehidupan seharian selain daripada muzik. Peranan pencipta permainan video sangat penting juga sebenarnya untuk menunjukkan kemajuan dalam tekonologi di dunia semakin berkembang melalui penghasilan permainan video yang semakin canggih. Kekurangan pencipta permainan video sedikit sebanyak akan menyumbang kepada penurunan dalam angka kewujudan permainan video. Cuba bayangkan jika suatu hari nanti pencipta permainan video ini semakin pupus ekoran dengan tiada pengiktiraf terhadap hasil karya mereka tersebut. Hal ini juga sekaligus akan menyebabkan terganggunya perkembangan teknologi khasnya kemajuan dalam permainan video ini. Pencipta permainan video ini sebenarnya mempunyai kemahiran dan skil yang sangat hebat kerana mampu menghasilkan sebuah permainan video yang memerlukan mereka mencipta pelbagai coding sebagai arahan untuk setiap pergerakkan serta kawalan dalam permainan video tersebut. Sewajarnya, pencipta permainan video haruslah diberi pengiktirafan atas usaha dan kreativiti mereka dalam menciptakan permainan video yang semakin canggih ini.
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat saudari bahawa pencipta perlu diiktiraf. Kerana terlalu banyak permainan video yang diciplak hasilnya kerana masih ramai yang tidak tahu siapa pemilik sebenar permainan itu dan menyebabkan pencipta permainan itu tidak mendapat kredit. Pada saya penting untuk mengelakkan penciplakan kerana itu adalah hasil susah payah pencipta dan jika tidak diiktiraf hilanglah hak mereka sebagai pencipta.
Deleteseperti yang saya kongsikan sebentar tadi di komentar. saya melihat ianya dari aspek kerohanian dan kemanusiaan juga kesosialan. jika pencipta perlu di iktiraf, maka makin banyak lah permainan video yang semakin membuat manusia ini lalai. tidak dinafikan lagi bahawa permainan video itu dicipta dari hasil titik peluh dan susah payah mereka. tetapi mungkin ada caranya untuk mengatasi masalah yang sering melanda.
Deletedari segi positifnya, pencipta hendaklah diberikan pengiktirafan supaya tiada penciplakan.
tetapi dari segi negatifnya, permainan video hendaklah dijual kepada mereka yang telah berumur 18tahun ke atas bagi mengelakkan masalah sosial berlaku. maaf jika pendapat saya bertentangan dengan saudari semua
Secara jujurnya saya tidak mempunyai kecenerungan untuk bermain game sejak saya kecil lagi. Saya lebih cenderung memilih buku sebagai teman ketika mempunyai kelapangan. Sikap tersebut kekal dalm diri saya sehingga dewasa. Pada saya jika seseorang bermain video game untuk mengisi masa lapang maka ia tidak menjadi sebarang masalah. Namun terdapat kes dimana individu yang meninggal dunia kerana bermain video tanpa tidur,selama berhari-hari. Bagi pandangan saya tindakan mereka ini diluar kewarasan akal. Perasaan taksub pada dunia permainan sehingga meragut nyawa sendiri adalah sesuatu yang mengarut pada pemikiran saya. Terdapat juga individu yang menghabiskan masa seharian semata-mata bermain game tanpa bercampur dan beriadah dengn manusia lain.berdasarkan pengalaman saya pergi ke cyber cafe saya dapati remajanyang bermain game ini mudah terpengaruh dengan gejala tidak sihat. Sebagai contoh bika mereka kalah atau tidak dapaf menumpaskan kawan didalam permainan game mereka cenderung menyebut perkataan lucah atau mencarut. Hal ini pada saya mengundang kepada pembentukan generasi yang tidak bermoral. Hal ini demikiaan kerana pada pengalqmqn saya,mereka yqng mengunjungi cyber cafe ini terdiri dari mereka yang seusia 9 tahun. Kanak-kanak sebegini mudah terpengaruh dengan sikap dan perwatakan mereka yang lebih dewasa. Secara keseluruhannya saya tidak membuat penghakiman bahawa permainan video merupakan sesuatu yang buruk 100%, namun manusia sendiri perlu bijak dalam membahagi masa mereka.
ReplyDeletePada pendapat saya, pencipta video patut menerima pengiktirafan. Hal ini kerana hasil mereka juga patut diberi penghargaan seperti artistik yang lain. Di samping itu, sekiranya segala hasil mereka diiktiraf dan dihargai, berkemungkinan individu lain yang mempunyai kepakaran yang sama akan berminat untuk menceburi bidang seperti ini. Tetapi, penciptaannya hendaklah memberikan impak yang positif kepada penggemar. Ramai yang mengatakan semakin banyak video game yang dicipta, semakin lalailah manusia terutama golongan remaja dan kanak-kanak. Tetapi, permainan seperti video game juga diperlukan dalam sistem pembelajaran. Hal ini akan menarik remaja atau kanak-kanak bermain sambil belajar. Untuk mencipta permainan dalam pembelajaran, pencipta diperlukan. Oleh itu, pencipta harus diiktiraf dan diberi penghargaan.
ReplyDelete