Sunday, 29 March 2015

Media dan Journalis (Berita secara Atas Talian- Online)


“Penerbitan internet akan menggantikan penerbitan secara bercetak,” 
- Bill Gates, Microsoft, 1998

     Berdasarkan pernyataan tersebut, menunjukkan bahawa penerbitan secara bercetak bakal mengalami kelupusan akibat daripada perkembangan teknologi yang semakin canggih kini. Jika pada dahulunya, masyarakat mampu mendapatkan informasi dan berita hanya daripada surat khabar yang bercetak sahaja. Ekoran dengan perkembangan teknologi pada masa kini, informasi dan berita kini, boleh dicapai dengan mudah, pantas  dan di mana-mana sahaja dengan adanya talian internet. Akhbar memainkan peranan yang sangat penting kepada masyarakat untuk mengetahui perkembangan semasa dalam negara tersendiri mahupun luar negara.  Melalui perkembangan teknologi ini juga, telah melihat perubahan dalam penerbitan akhbar daripada akhbar bercetak kepada akhbar secara elektronik sehingga  wujudnya pelbagai rangkaian baharu sebagai  penyampai informasi dan berita sama ada berbentuk laman web, web log atau blog, portal berita dan sebagainya.

     Selain daripada itu, bukan hanya penerbitan secara bercetak sahaja yang berubah, malah penerbitan secara internet turut mengganggu aliran penerbitan dalam media arus perdana. Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat komunikasi pada sekitar tahun 1960-an serta kewujudan jaringan internet yang menjadi media alternatif telah menggantikan media arus perdana seperti televisyen dan radio (Nur Azween & Nidzam 2008). Hal ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan internet sangat memberi perubahan yang sangat drastik dalam penerbitan akhbar terutamanya berita online yang semakin menjadi pilihan untuk pengguna.


Corak Berita melalui Berita secara Online

     Di Malaysia, terdapat kepelbagaian berita secara atas talian yang menjadi tarikan masyarakat untuk memperoleh maklumat serta berita yang terkini. Antaranya ialah, MalaysiaKini, Harakah, Malaysia Today dan sebagainya. Namun begitu, setiap laman web berita online tersebut, mempunyai subjek dan target audiens mereka tertentu dalam menerbitkan sesebuah berita di laman web mereka.


  Misalnya, Berita online Harakah dihasil dan diterbitkan adalah khas untuk para penyokong PAS serta untuk mereka memperjuangkan barisan kepimpinan mereka yang berteraskan dengan agama Islam. Dapat dilihat dengan jelas, cara penulisan berita online Harakah ini lebih menonjolkan kearah keagamaan serta perjuangan untuk parti mereka.




Harakah membicarakan isu Hudud dari perspektif keagamaan.
( Sumber : Harakah Daily)


     Manakala, untuk berita online Malaysia Today pula mensajikan masyarakat dengan berita yang bercorak kritikan terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia. 



Misalnya, berkaitan dengan isu perlaksanaan hudud yang menjadi antara topik hangat di negara kita ketika ini. Malaysia Today telah mengkritik corak pemikiran  masyarakat berkaitan isu berkenaan. 
(Sumber : Malaysia Today)


    Berbeza pula dengan portal berita online Malaysiakini, portal ini menghasilkan berita online yang bercorak umum. Hal ini kerana, portal ini diwujudkan untuk menarik pada wartawan warga untuk terlibat sama dalam melaporkan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita. CEO dan pengasas Malaysiakini iaitu Premesh Chandran telah mewujudkan program melatih masyarakat di Malaysia untuk menjadi wartawan warga melalui kerjasama dengan International Centre for Journalist di US(Komunitikini 2011). 




Berita yang diterbitkan adalah berbentuk umum dan tidak menyebelahi mana-mana individu, dan berita tersebut juga adalah sebagai informasi kepada seluruh masyarakat tentang isu semasa.
(Sumber : Malaysiakini)


     Melalui beberapa contoh portal berita online tersebut, dapat dilihat bahawa kepelbagaian portal berita online yang diwujudkan turut mewujudkan kepelbagaian corak berita yang disampaikan dan fokus aundiens yang menjadi tumpuan dalam penerbitan berita online tersebut. 


Sudut Positif dan Negatif Berita Secara Online

   Penerbitan berita online yang menjadi tarikan kepada masyarakat pada masa kini mempunyai sudut positif dan negatifnya tersendiri terhadap para pembacanya.

  Sekiranya ditinjau dari segi kebaikan berita online, adalah dapat dikatakan bahawa berita online sememangnya jauh lebih berkesan daripada berita dalam media cetak. Berita online telah menjadi pilihan oleh generasi pada masa kini disebabkan oleh sifat kesegeraannya. Jika dibandingkan dengan berita yang dicetak, berita online tidak perlu dicetak untuk diedarkan pada hari berikutnya. Sebaliknya, berita online boleh terus dimuat naik ke dalam laman web dengan segera dan maklumat boleh disebarkan dalam kadar yang cepat.

   Satu lagi ciri berita online yang positif ialah berita dalam laman web mudah dikongsi dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Google+, Pinterest, dan Linkedin. Dalam erti kata lain, generasi kini makin mudah untuk mendapatkan informasi berita dengan adanya berita online. Generasi kini bukan sahaja mudah untuk mengakses berita dengan menggunakan smartphone atau laptop, malah dapat menyebarkan berita dengan hanya menekan butang 'klik' sahaja. Menurut Pew Research Center Publications (2009), generasi kini lebih kerap mendapatkan berita secara tidak langsung melalui link yang dishare laman media sosial dan seterusnya mereka akan ditujukan ke laman berita online yang utama.


MalaysiaToday membolehkan pembacanya untuk share berita dalam media-media sosial (Sumber: MalaysiaToday)


   Jika dilihat dari sudut negatif,  berita online adalah berita yang bersifat bebas, dan hal ini menyebabkan ia agak sukar bagi mereka untuk beroperasi. Laman berita online telah menghadapi pelbagai isu fitnah.Tambahan pula, pembaca-pembaca online juga berkemungkinan  didakwa sekiranya tidak berhati-hati semasa memberi komen dalam laman berita online. Sebagai contoh, dua pembaca Malaysiakini telah didakwa mencatatkan komen yang berbaur fitnah dalam dua artikel 'Yoursay' yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu 'Kes PM meraih apa yang menabur' dan 'Berapa banyak akan Najib menghabiskan menyimpan Terengganu?'


Keratan artikel berita online yang menunjukkan Perdana Menteri Malaysia ingin mendakwa Malaysiakini 
(Sumber: Malaysiakini)

Ruangan untuk berkongsi pendapat, komen berkaitan sesuatu isu dalam berita tersebut.

   Seperti yang kita sedia tahu, berita online adalah bersifat interaktif. Jika dibandingkan dengan media tradisional iaitu berita bercetak, pembaca-pembaca berita bercetak tidak berpeluang untuk memberikan pendapat mereka seperti mana yang dapat dilakukan dalam berita online. Dalam laman berita online pembaca-pembaca juga boleh berinteraksi sesama lain tentang berita yang dibaca. Tambahan pula, pembaca-pembaca boleh melanggani servis SMS news alert dan E-mail Newsletter yang disediakan oleh laman berita online.


Berita online Harakah yang menyediakan ruang untuk pembaca memberikan pendapat masing-masing. 
(Sumber: Harakah Daily)


Cadangan Portal Berita Secara Online kepada Masyarakat.

   Berdasarkan bahagian Corak Berita melalui Berita Secara Online tersebut yang menjelaskan perihalkan corak berita yang diterbitkan oleh beberapa contoh portal berita online yang dipilih, kami mencadangkan portal yang terbaik untuk dijadikan sebagai sumber informasi dan berita semasa ialah portal berita Malaysiakini. Portal ini menyampaikan berita tanpa memihak mana-mana individu tertentu sekalipun, malah berita yang disampaikan adalah secara meluas dan masyarakat mampu mengetahui keadaan sebenar yang berlaku serta isu-isu semasa melalui berita yang disampaikan tanpa sebarang kawalan serta ideologi-ideologi oleh mana-mana pihak.




Saturday, 28 March 2015

Penggunaan Media Baru dalam Dunia Politik

Media merupakan medium yang digunakan untuk menyalurkan informasi dari sumber infomasi kepada pembaca. Media memainkan peranan penting dalam membentuk negara yang kukuh dari segi ekonomi, politik dan sosial. Setiap manusia memerlukan media sebagai perantaraan untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Menurut Tankard (2001), komunikasi awal manusia melalui pelbagai peringkat dan perkembangan bermula daripada sistem media traditional sehingga kepada teknologi terkini seperti kemunculan internet yang menawarkan aplikasi. Antaranya ialah web sosial seperti Facebook, Blogs, Twitter dan lain-lain. Menurut Severin dan Tankard (2001), internet telah memberi ruang kepada semua manusia di dunia untuk berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah dan pantas.
Transformasi media konvensional ke media baru telah merencanakan perubahan pemikiran rakyat. Maklumat mudah diakses oleh semua masyarakat melalui jalur lebar tanpa wayar telah memberi peluang yang besar dalam politik Malaysia. Pihak politik seperti pihak Barisan Nasional dan pihak parti pembangkang menggunakan media baru untuk berkempen, dan menyebarkan propaganda serta untuk memenangi hati rakyat. Menurut Nor Jawahir dalam penulisannya yang bertajuk Kuasa Arus Media Baru & Laman Sosial Pengaruh Pemikiran Rakyat, media baru telah berjaya memainkan peranannya melalui penulisan, propaganda atau idea kolektif yang dilakukan tidak kira dalam kalangan pemimpin politik atau rakyat biasa.
Pada masa kini, ramai pemimpin politik mempunyai blog persendirian atau akaun laman sosial untuk meluahkan pendapat peribadi kepada pengikut atau para penyokong mereka di luar. Begiu juga dengan rakyat biasa yang sering mengulas dan mengkritik isu politik di blog mahupun laman sosial. Kemajuan teknologi juga membuat rakyat mula mengenali dan mengetahui tentang “media blackout” iaitu halangan atau tapisan maklumat oleh pemimpin politik yang menutup kelemahannya kepada masyarakat.
Di samping itu, blog pengkritik politik juga membawa pengaruh yang lebih besar walaupun tidak mempunyai kuasa yang sah dalam kerajaan tetapi memberi kesan yang besar kepada corak politik dan pemilihan pemimpin. Ramai blogger telah diambil tindakan kerana dengan beraninya mengulas isu-isu pemimpin dan isu yang tidak saksama bagi mereka serta kritikan politik. Hal ini merupakan cabaran kepada pemimpin politik kerana dengan kewujudan media baru, mereka akan dinilai oleh rakyat. Namun, adakah dengan kecanggihan teknologi dan wujudnya media baru telah mengancam parti politik di Malaysia? Dengan adanya media baru, rakyat telah menggunakan hak bersuara untuk bersuara dan mencari kebenaran di sebalik hegemoni dan pimpinan para pemimpin. Persoalannya, adakah kewujudan media baru mengancam keamanan negara ataupun memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara?

Watch "Media Baru & Politik Malaysia" on YouTube - Media Baru & Politik Malaysia: http://youtu.be/Lh6SHtTjhvc

Taasub Media Sosial

Pernahkah anda alami atau melihat situasi dimana anda melepak di gerai makan bersama kawan anda, sebelum makanan yang dipesan sampai, masing-masing bertukar cerita dan rancak berbual. Selepas selesai menikmati hidangan, perbualan menjadi bosan, dan akhirnya masing-masing membelek gajet sendiri. Semestinya anda pernah mengalami bukan?
Menurut Shuhada Mansor, wartawan myMetro, media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta liputan blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Remaja era baru terlalu fanatik dengan pelbagai gajet canggih yang boleh mengakses Internet dan melayari pelbagai jenis laman sosial tanpa had waktu. Hal ini menyebabkan seseorang itu menjadi lalai dan menjadi virus kepada pengguna terutama remaja.
Mengapa? Menurut Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, di myMetro, laman sosial sebenarnya adalah tempat strategik bagi penggunanya untuk meluah perasaan sama ada positif atau sebaliknya seperti kegembiraan, marah, kecewa, dendam, tertekan dan sebagainya. Dan faktor ini menyokong alasan kepada penyakit ketagihan laman sosial. Pengguna mudah terjurumus kepada ketagihan laman sosial kerana ia mudah, dapat mencari kenalan baru dan boleh membentuk satu kumpulan sosial dalam jumlah yang besar.
Kami telah menjalankan sedikit soal selidik mengenai kekerapan seseorang menggunakan media sosial. Mengikut hasil kajian, pengguna media sosial lebih ramai mempunyai akaun Facebook selain media yang lain iaitu seramai 98.6%. Seramai 31.5% melayari media sosial selama 3-4 jam dalam sehari. Namun, terdapat beberapa responden yang menggunakan media sosial selama 8 jam keatas. Selain itu, pengguna lebih ramai menggunakan media sosial untuk mencari hiburan dan bersosial iaitu sebanyak 84.9% dan 80.8% untuk berita. Disamping itu, ada yang merasakan hidup sunyi sekiranya tidak dapat melayari internet dalam tempoh sehari. Melalui soal selidik ini, jelas menunjukkan media sosial adalah sebahagian daripada hidup dan sosial masyarakat di negara kita. Malah ada yang sanggup berjaga sehingga lewat malam semata-mata untuk melayari internet. Bagaimana pula dengan anda. Adakah anda juga sebahagian daripada mereka yang taasubkan media sosial?
Ini merupakan antara soalan yang kami soalkan:









Keputusan yang kami perolehi daripada soal selidik:












Adakah anda menggunakan media sosial? Ataupun media soaial yang menggunakan anda? Tepuk dada tanya minda.

Thursday, 26 March 2015

Cabaran Teknologi Baru Terhadap Kerjaya Dalam Bidang Kewartawanan


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat menunjukkan bahawa masyarakat pada masa kini semakin celik IT dan terdapatnya perubahan dari tahap yang lama ke arah kemajuan. Perkembangan teknologi ini juga sekaligus memberi impak kepada bidang kewartawanan terutamanya dalam menyebarkan maklumat dan berita kepada masyarakat. Hal ini kerana wujudnya pelbagai saluran atau teknologi baru untuk menyebarkan berita dan maklumat seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya. Selain itu, banyak berita juga disampaikan secara online berbanding dahulu yang hanya disampaikan melalui penghasilan akhbar. Kewujudan teknologi ini juga membuka peluang kepada banyak pihak untuk menyampaikan berita mereka sendiri walaupun mereka sedar mereka bukanlah wartawan. Terdapat beberapa persoalan yang timbul berhubung dengan perkara ini.

  1. Adakah kewujudan teknologi baru ini membantu para wartawan untuk menghasilkan dan menyebarkan berita dengan lebih baik?
  2. Adakah penulisan berita secara online lebih berkesan berbanding dengan kaedah biasa iaitu melalui penghasilan akhbar?
  3. Adakah blog dan facebook sesuai untuk dijadikan medium untuk menyampaikan berita yang telus kepada masyarakat?
Bagi saya, kewujudan teknologi baru ini baik, sekurang-kurangnya kita tidak terlalu bergantung kepada satu medium sahaja namun, ia juga membawa kepada keburukan iaitu banyak orang yang akan mengeluarkan perkara yang tidak betul malah ada yang berbaur hasutan. Bukan wartawan namun cara mereka menympaikan satu perkara tersebut mengalahkan wartawan kerana mereka bebas menggunakan facebokk, blog dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu.








   



Saturday, 21 March 2015

Ketidaksamarataan Internet

Dalam pencapaian kemajuan teknologi yang tiada halangan pada tahun 2015. Internet menjadikan dunia tiada lagi sekatan dalam mencari sesebuah kehidupan yang sempurna. Dengan adanya internet, semua golongan tidak kira muda, mahupun tua dapat menikmati kebebasan dalam mencari pengetahuan. Tetapi terdapat beberapa persoalan dan halangan dalam internet. Antaranya seperti :-

  1. Kebebasan internet menjadikan 'class stratification' dalam masyarakat. Hal ini kerana, masalah kewangan yang meletakkan jurang perbezaan antara golongan berpendapatan rendah dan pendapatan tinggi. 
  2. Menjadikan masyarakat luar bandar semakin sukar memperolehi maklumat. Hal ini juga disebabkan oleh bahasa yang digunakan dalam internet. Kebiasaannya, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar satu dunia. Akan tetapi ia mewujudkan pemahaman yang berbeza terhadap sesuatu kelompok masyarakat yang berbeza pengetahuan dalam kehidupan.
  3. Internet juga meletakkan diri manusia itu pada tahap yang bawah.
Hal ini dapat dijelaskan melalui pemasaran internet yang semakin hari semakin mahal nilainya kerana ketamakan untuk mengaut keuntungan yang berganda.

Oleh itu, pendapat saya berkaitan dengan internet sememangnya tidak memuaskan kerana banyak mewujudkan kesan yang negatif dan juga diskriminasi.


Tuesday, 17 March 2015

Ketagihan Digital

Sumber: Google Image


         Berapa kerap anda menggunakan gajet ataupun 'smartphone' dalam sehari? Pasti anda akan menjawab hanya beberapa jam sehari tetapi sedarkah anda bahawa sebenarnya kita menggunakan 'smartphone' lebih lama daripada apa yang kita sangkakan. Jika dilihat melalui tingkah laku kita, apakah benda yang pertama kita lakukan setelah bangun tidur? Majoriti pemilik 'smartphone' akan membelek 'smartphone' mereka untuk memeriksa pesanan yang mereka terima sewaktu mereka tidur. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya akan memeriksa mesej yang saya terima di WhatsApp dan e-mail setelah bangun dari tidur. Ini kerana saya merasakan ketinggalan semasa saya sedang tidur.
     
 Apabila dunia semakin cepat berubah dan sangat pantas dalam pertukaran isu hangat, kita pasti akan turut sama mengejarnya. Tetapi adakah ini sebabnya kita menjadi ketagih dalam penggunaan 'smartphone' ? Atau adakah kita hanya ingin lari dari dunia sebenar dan memenuhi kepuasan yang mungkin tidak kita dapat di dunia sebenar?

Ketagihan digital yang berlaku menunjukkan kebergantungan yang amat sangat kepada gajet menyebabkan rasa tidak boleh berfungsi jika tiada gajet di tangan. Gajet menjadi lebih penting dalam hidup sehinggakan pengguna tegar gajet dilihat seperti berada di dunia yang lain dan tidak lagi berada di dunia yang sama seperti orang lain. Jadi tidak hairanlah jika apabila seseorang itu terlalu bergantung kepada gajet mereka tidak menghiraukan orang sekeliling dan semakin menjauh dari dunia sebenar.

Sumber: Google Image

Mereka yang mengalami ketagihan digital tidak lekang daripada menggunakan gajet dan melayari internet, tidak kira untuk tujuan hiburan, kerja atau pendidikan. Mereka merasakan penggunaan gajet lebih penting dan mudah berbanding menggunakan medium lain dalam mendapatkan maklumat. Ini dilihat melalui peningkatan penggunaan internet dalam apa jua hal pun. Memang sudah terbukti bahawa ketagihan digital membawa kesan yang negatif kepada hubungan sosial dan memberi kesan positif dalam kepantasan maklumat.



Wednesday, 11 March 2015

Kemajuan Teknologi Menghakis Nilai Insani


    Pada 26 Februari 2015, syarikat Lion Air dikatakan telah memuat naik status yang dianggap menghina syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dan Air Asia. Status yang dimuat turun adalah
 "tweet: dalam penerbangan kalian pilih yang mana? kena delay atau enggak penah sampai"(dengan emoticon tersenyum). selamat malam. salam # LIONAIR

    Selepas Lion Air memuat naik status ini, syarikat penerbangan tersebut menerima pelbagai kecaman dari pelbagai pihak. Status yang di muat naik menunjukkan sikap yang tidak matang dan tidak menghormati perasaan keluarga dan sahabat mangsa penerbangan Malaysia. Namun tidak lama selepas itu, Pengarah Perkhidmatan dan Operasi Lapangan Terbang Lion Air menafikan penah menghantar tweet tersebut dan syarikat Lion Air tidak memiliki apa-apa akaun tweeter rasmi. Selepas pengunguman itu di buat tweter _officiallionair telah dipadamkan. Situasi yang dihadapi oleh Lion Air boleh digambarkan dengan peribahasa Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Tidak dapat dinafikan kemajuan memberikan manusia kemudahan namun tidak bermakna nilai insani patut di lenyapkan.

 Globalisasi telah menyebabkan kemajuan semakin berkembang, internet telah muncul menyebabkan keluasan untuk perhubungan semakin luas dan semakin tidak dapat di kawal. Jika hal ini di teruskan, tidak mustahil kes diatas akan berulang ataupun akan terjadinya konflik yang lebih parah lagi. Kemajuan yang telah di sediakan akan hendaklah digunakan dengan sebaiknya agar ia dapat di manfaat dengan sewajarnya.